Thursday, June 9, 2016

Ceramah AMANAH Ganggu Solat Tarawih



Beberapa pemuda bertindak menghalang Ceramah Kelompok anjuran AMANAH apabila menerima aduan bahawa ceramah tersebut mengganggu solat tarawih di masjid mereka. Lelaki itu muncul dan menutup sistem audio lalu menyuruh mereka menyambung semula ceramah selepas solat.

Ceramah politik di bulan puasa hingga mengganggu urusan ibadat umat Islam sewajarnya tidak boleh berlaku sekiranya pemimpin PH faham sensitiviti dan sentimen agama dikawasan berkenaan. Anthony Loke Siew Foke seharusnya faham dan tidak mempersoalkan kembali tindakannya yang berceramah sehingga mengganggu ketenteraman masjid2 berdekatan yang sedang mengerjakan ibadah solat tarawih.Walaupun tempat itu kawasan ceramah mereka, kenapa tidak boleh tunggu sehingga solat tarawih selesai dahulu ? Sikap sebegini membuatkan orang2 melayu naik muak dengan parti2 chauvanist seperti DAP yang kini menjadikan PAS sebagai keldai suruhan mereka untuk mendapatkan undi2 orang Melayu.

Orang2 Melayu sewajarnya menolak politik chauvanist seperti ini dan memberi pengajaran kepada PAN dengan tidak mengundi mereka sebaliknya memilih parti yang lebih faham akan kehendak dan memahami keperluan rakyat dikawasan tersebut. Kita tidak perlu ahli politik 24 jam sahaja seperti DAP,PKR dan PAN. Perubahan tidak boleh dilakukan oleh mereka dan peluang perlu diberi kepada BN atau PAS dalam menentukan hala tuju politik yang lebih matang dan sejahtera.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.