Saturday, February 4, 2017

Kerajaan DAP Pulau Pinang Jangan Campur Urusan Institusi Fatwa Negeri


Kenyataan Mufti Pulau Pinang yg memberitahu bahawa sebarang Fatwa yang diputuskan dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri perlu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk disemak terlebih dahulu dianggap sangat mencemari institusi fatwa negeri tersebut.
“Apabila mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri memutuskan untuk mewartakan sesuatu fatwa, maka ia terlebih dahulu dikemukakan ke dalam mesyuarat exco oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). 
“Ia kemudian dihantar ke pejabat Penasihat Undang-undang Negeri untuk diperbaiki susunan katanya dan selepas itu dihantar ke Istana Negara untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Wan Salim. 
Menurut beliau lagi, selepas ia memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong, SUK akan menghantarnya ke Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri untuk tujuan pewartaan.
Sebarang proses urusan perwartaan fatwa di Pulau Pinang tidak diwajar dibincang dalam MMK(Majlis Mesyuarat Kerajaan) kerana mereka bukan  ahli dalam membincang hukum -hakam agama yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri terutama di Pulau Pinang ini yang majoritinya Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dianggotai oleh bukan Islam daripada DAP dan PKR.

Adakah mereka ini(bukan Islam) yang akan menentukan hukum halal,haram ,sah,makruh dan sebagainya dalam urusan ibadah dan muamalat umat Islam ? Hanya 3 orang sahaja exco beragama Islam yg sebenarnya tiada seorang pun berkelulusan agama . Dimana letaknya maruah dan integriti Institusi Fatwa di Pulau Pinang ? Adakah Mufti takut membisu untuk bersuara terhadap campur tangan kerajaan negeri ?


Campur tangan kerajaan DAP Pulau Pinang ini sangat salah disisi undang-undang ia bertentangan dengan seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam(Pulau Pinang).


Komentar KP; Kalau di Pulau Pinang pun kerajaan DAP sudah berani campur tangan dalam urusan agama Islam,agaknya kalau dapat menjadi kerajaan pusat nanti, lebih banyak lagi campur tangan mereka. Jika dahulu penjajah Inggeris menyerahkan urusan agama Islam dan adat istiadat melayu kepada Raja-raja untuk diurus tadbir,kini Kerajaan DAP lebih teruk daripada penjajah kerana masuk campur dalam proses urusan fatwa dan perwartaan fatwa. Ini sangat tidak boleh sama sekali diterima.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.