Saturday, February 4, 2017

Kerajaan DAP Pulau Pinang Jangan Campur Urusan Institusi Fatwa Negeri


Kenyataan Mufti Pulau Pinang yg memberitahu bahawa sebarang Fatwa yang diputuskan dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri perlu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk disemak terlebih dahulu dianggap sangat mencemari institusi fatwa negeri tersebut.
“Apabila mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri memutuskan untuk mewartakan sesuatu fatwa, maka ia terlebih dahulu dikemukakan ke dalam mesyuarat exco oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). 
“Ia kemudian dihantar ke pejabat Penasihat Undang-undang Negeri untuk diperbaiki susunan katanya dan selepas itu dihantar ke Istana Negara untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Wan Salim. 
Menurut beliau lagi, selepas ia memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong, SUK akan menghantarnya ke Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri untuk tujuan pewartaan.
Sebarang proses urusan perwartaan fatwa di Pulau Pinang tidak diwajar dibincang dalam MMK(Majlis Mesyuarat Kerajaan) kerana mereka bukan  ahli dalam membincang hukum -hakam agama yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri terutama di Pulau Pinang ini yang majoritinya Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dianggotai oleh bukan Islam daripada DAP dan PKR.

Adakah mereka ini(bukan Islam) yang akan menentukan hukum halal,haram ,sah,makruh dan sebagainya dalam urusan ibadah dan muamalat umat Islam ? Hanya 3 orang sahaja exco beragama Islam yg sebenarnya tiada seorang pun berkelulusan agama . Dimana letaknya maruah dan integriti Institusi Fatwa di Pulau Pinang ? Adakah Mufti takut membisu untuk bersuara terhadap campur tangan kerajaan negeri ?


Campur tangan kerajaan DAP Pulau Pinang ini sangat salah disisi undang-undang ia bertentangan dengan seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam(Pulau Pinang).


Komentar KP; Kalau di Pulau Pinang pun kerajaan DAP sudah berani campur tangan dalam urusan agama Islam,agaknya kalau dapat menjadi kerajaan pusat nanti, lebih banyak lagi campur tangan mereka. Jika dahulu penjajah Inggeris menyerahkan urusan agama Islam dan adat istiadat melayu kepada Raja-raja untuk diurus tadbir,kini Kerajaan DAP lebih teruk daripada penjajah kerana masuk campur dalam proses urusan fatwa dan perwartaan fatwa. Ini sangat tidak boleh sama sekali diterima.

Wednesday, January 25, 2017

Apa Motif Kit Siang Minta Jawatan TPM ?


Berikut adalah kenyataan penuh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin:

25 Jan 2017

Ia adalah penting dan tepat pada masanya untuk Lim Kit Siang menjelaskan kepada rakyat Malaysia keengganan beliau mengakui bahawa beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang. Memandangkan hakikat jelas bahawa DAP adalah pemimpin Pakatan, rakyat Malaysia perlu tahu sama ada Lim Kit Siang akan menduduki jawatan tersebut jika pembangkang pimpinan DAP menang pilihan raya umum akan datang. Kita tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa DAP adalah parti dengan kerusi terbesar di Parlimen dalam Pakatan dan oleh itu, pada hakikatnya mempunyai kedudukan kepimpinan yang dominan di kalangan komponen Pakatan.

Lim Kit Siang perlu mengesahkan tentang hal ini, kerana ia adalah hak rakyat Malaysia untuk tahu siapa yang akan memerintah mereka jika mereka mengundi Pakatan. Dia mesti memberitahu rakyat sama ada ia adalah cita-cita politiknya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, seperti yang diakui oleh Tun Mahathir pada 19 Januari 2017.

Adalah adil untuk rakyat tahu jika ia adalah benar bahawa Lim Kit Siang mendekati PAS baru-baru ini adalah kerana dia memerlukan PAS untuk menyokong cita-citanya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Jika ia adalah sebaliknya, maka Lim Kit Siang perlu membuat Akuan Berkanun, seperti yang dicadang Tunku Aziz, menyatakan bahawa dia akan menolak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jika Pakatan pimpinan DAP memenangi pilihan raya umum akan datang. Ia adalah hak rakyat untuk mengetahui kebenaran cita-cita politik tanpa had beliau supaya mereka boleh membuat pilihan sebelum mengundi.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN, AKHBAR SETIAUSAHA KEPADA PERDANA MENTERI

Komentar KP: Melalui carian di facebook, sudah ada rupanya fanpage Lim Kit Siang for TPM,jadi memang sudah lama agaknya DAP mengidam jawatan TPM





Saturday, January 14, 2017

Jersi Terbaru Pasukan Pulau Pinang Dikecam Peminat Bola Sepak Tanah Air


13/01/2017 Pulau Pinang – Walaupun Faiz Subri telah mengharumkan nama Pulau Pinang dan Malaysia ke persada dunia, namun lain ceritanya dengan apa yang terjadi didalam skuad bolasepak negeri itu hari ini.

Pelancaran jersey baru untuk skuad bolasepak berkenaan bagi musim 2017 ternyata mendapat respon yang sangat negatif dari kebanyakan peminat bolasepak negeri ini. Malah peminat dari negeri-negeri berhampiran juga tak kurang mengambil kesempatan untuk mengkritik jersey baru yang dianggap paling buruk dalam sejarah sukan bolasepak negeri tersebut.

 Jersey baru skuad Harimau Kumbang itu dilancarkan oleh Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama-sama Timbalannya Rashid Kasnon. Dengan menggunakan tagline ‘Simple tapi Rare’.., jersey berkenaan mendapat kritikan kerana dianggap ketinggalan zaman serta setaraf dengan jersey kanak-kanak sekolah rendah.

 Ada juga netizen yang menyifatkan penglibatan orang politik DAP didalam pasukan bolasepak negeri telah mencacatkan sukan tersebut terutamanya dari segi pemilihan jersey. Mungkin mereka merujuk kepada Adun DAP Bukit Bendera iaitu Zairil Khir Johari yang dilantik sebagai Pengurus Pasukan Bolasepak Pulau Pinang ketika ini.

 Apapun persepsi yang dilemparkan oleh penyokong serta peminat skuad Harimau Kumbang kepada pihak pengurusan Penang FA, yang pastinya jersey baru skuad bolasepak Pulau Mutiara itu bagi musim 2017 sangat memalukan.

Mungkin tak keterlaluan jika dikatakan, walaupun dijual dengan harga RM19.90 sehelai sekalipun, penyokong dan peminat Pulau Pinang akan ragu-ragu untuk membelinya. – Utaranews.com


Friday, January 13, 2017

Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri Baru Sarawak


KUCHING – Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, 66, hari ini dilantik sebagai Ketua Menteri baharu Sarawak menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia Rabu lepas. Timbalan presiden parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu yang lengkap berpakaian Baju Melayu hitam, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi ketua negeri di sini.

Turut hadir, isteri beliau Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang, anggota-anggota Kabinet negeri, anggota Dewan Undangan Negeri dan kakitangan kanan awam.

Abang Johari atau dikenali mesra dengan nama Abang Jo, merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr James Masing.

Merupakan seorang ahli politik veteran, Abang Johari berkecimpung dalam politik lebih daripada 30 tahun. Beliau merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Satok selama sembilan penggal.

Abang Johari yang berkelayakan jurutera, buat pertama kali bertanding bagi kerusi itu, pada 1981.

Beliau mempunyai 10 orang adik beradik daripada keluarga ternama Sarawak yang mempunyai sejarah panjang di negeri ini.

Allahyarham bapanya Tun Abang Haji Openg merupakan Yang Dipertua Negeri Sarawak pertama selepas Sarawak mencapai kemerdekaan daripada Britain dan selepas pembentukan Malaysia pada 1963.

Adenan yang memegang jawatan Ketua Menteri selama hampir tiga tahun, meninggal dunia Rabu lepas kerana komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan.

Thursday, January 12, 2017

Jemaah Haji Tajaan 1MDB Kecewa,Marah Terguris Dengan Kenyataan Tun Dr Mahathir


ALOR SETAR 9 Jan. – Kecewa, marah dan terguris. Tiga perkataan itu cukup untuk menggambarkan betapa terusiknya perasaan mereka yang berpeluang menunaikan haji melalui tajaan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) ekoran kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya ibadah mereka itu tidak mabrur.

Begitu pun rata-rata mereka menganggap Dr. Mahathir sudah tidak perlu dilayan kerana matlamatnya dalam mengeluarkan kenyataan ketika ini kebanyakannya hanyalah bermotifkan politik semata-mata.

Bagi bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hamzah Adnan, 67, kenyataan Dr. Mahathir itu terlalu jauh menyim­pang kerana beliau dilihat cuba membuat penilaian sendiri terhadap perkara yang menjadi hak Allah.

“Saya fikir beliau perlu lebih berhati-hati membuat kenyataan. Seruan menunaikan haji ini adalah satu anugerah Allah kepada hamba-Nya yang terpilih.

“Saya sendiri contohnya bukan orang senang. Namun pada tahun 2014, ketika baru sahaja berkira-kira mahu mendaftar menunaikan haji bersama isteri, tiba-tiba, Allah pilih untuk ke sana atas tajaan 1MDB, maka adakah wajar untuk orang mempertikaikan hak Allah dalam menjemput saya ke sana dengan jalan begitu?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Hamzah, selaku bekas Perdana Menteri dan orang ber­usia, kenyataan dikeluarkan Dr. Mahathir itu adalah sesuatu yang amat tidak boleh diterima.

“Dahulu kita hormati panda­ngan dan visinya yang jauh. Tetapi hari ini selaku orang yang sentiasa mengikuti isu politik semasa, saya kecewa dengan kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh beliau,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penerima tajaan 1MDB ke Mekah, Jamil Ismail, 60, mengakui kata-kata bekas Perdana Menteri tersebut benar-benar mengguris perasaannya.

“Siapa kita manusia biasa ini hendak menilai mabrur atau tidak sesuatu amalan dilakukan? Apabila ada individu yang buat kenyataan begini, maka secara tidak langsung umum akan mempertikaikan pula tahap keimanannya kepada Allah.

“Kalau kita yakin dengan ketentuan dan kebijaksanaan Allah, bagaimana boleh kita pertikaikan seruan Allah kepada insan-insan terpilih yang menunaikan haji. Bagaimanapun bagi saya, usahlah kita bebankan hati dengan memikirkan perkara yang tidak sepatutnya kita fikir seperti melayan kenyataan sebegini,” katanya.

Dalam pada itu, seorang jemaah haji yang ditaja 1MDB tahun lalu, Abdul Rahim Zakaria, 65, menasihatkan Dr. Mahathir agar beristighfar dan menilai semula kata-katanya kerana dianggap telah membuatkan ramai jemaah haji berkecil hati.

“Ketentuan Allah ini kita kena terima. Kalau Tuhan hendak angkat parti baharunya itu untuk memerintah Malaysia, Tuhan akan beri juga tetapi tidak perlulah sampai tergamak mengeluarkan ke­nyataan-kenyataan sebegini.

“Kalau beliau hendak berpolitik, teruskanlah berpolitik tetapi jangan babitkan orang ramai dan rakyat yang membuat ibadat. Tak seronok rasanya. Bukan hendak menentang tetapi tidak kena de­ngan cara orang tua-tua seperti­nya, tidak bolehlah cakap begitu,” kata Abdul Rahim. sumber: Utusan Malaysia