KUALA LUMPUR 29 Okt. - Perjanjian rahsia antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan DAP bukan suatu perkara yang boleh dianggap 'main-main' kerana ia didalangi oleh kepimpinan tertinggi parti terbabit.
Menyifatkan perjanjian itu sebagai 'konspirasi syaitan', Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bagaimanapun enggan mendedahkan dalang yang terlibat kerana masih menunggu masa dan keadaan yang sesuai.
"Pendedahan ini dibuat kerana saya mahu ahli bawahan Pas dan PKR serta rakyat Malaysia tahu bahawa wujudnya 'perjanjian syaitan' melibatkan PKR dan DAP.
"Jangan nanti apabila perkara sudah berlaku baru hendak menyesal. Baru hendak kata tidak jangka semua itu akan berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat semalam, beliau mendedahkan wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas.
Melalui perjanjian rahsia itu jelasnya, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.
Perjanjian itu juga dakwanya, turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri dimenangi parti itu.
Zulkifli menambah, bagi menjayakan rancangan itu, DAP dijangka meletakkan calon-calon Melayu terutamanya di Negeri Sembilan dan Perak untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
"DAP meletakkan calon Melayu bagi membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri Besar. Formulanya, mungkin dengan mencari calon Melayu daripada dalam PKR atau meletakkan calon pilihan parti itu sendiri.
"Memang kita lihat Lim Kit Siang seolah-olah tidak mendapat apa-apa. Tetapi sedarlah, autonomi yang diberikan kepada Pulau Pinang sebenarnya adalah ganjaran besar untuk Kit Siang dan keluarganya," ujarnya.
Ditanya bila sebenarnya perjanjian itu bermula, Zulkifli memberitahu, ilham mengenainya bermula apabila berlaku krisis bagi melantik menteri besar sewaktu pakatan pembangkang mula-mula menguasai Perak pada pilihan raya umum lalu.
"Setelah itu, timbul pula isu Kabinet bayangan yang mengatakan Kit Siang akan diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Di situlah, mulanya mereka memikirkan semua ini," katanya.
Mengulas gelaran 'badut' yang diberikan oleh Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas DUN Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah terhadapnya dalam laman web propembangkang, The Malaysian Insider ekoran pendedahan itu, Zulkifli tidak langsung mengendahkannya.
"Mahu kata apa pun, ikut suka dialah. Anwar dulu terang-terang berbohong tentang 16 September, boleh pula dia terima," katanya.
Katanya, semua itu tidak mustahil berlaku kerana DAP memang diketahui tidak boleh menerima Pas.
"Pas tidak sedar mereka dijadikan kuda tunggangan,'' ujarnya.
Saturday, October 30, 2010
Perjanjian rahsia DAP - PKR : PP bakal menuju kerajaan autonomi ??
Apabila KP membaca tentang dakwaan terdapat perjanjian rahsia DAP - PKR oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Zulkifli Nordin , timbul persoalan di sini di mana harga diri PAS sebagai sebuah parti dalam Pakatan Haram ini . Hubungan antara DAP - PKR memang cukup rapat tetapi PAS pulak dianggap seperti anjing yang disuruh jilat tulang yang diberikan tuannya .
petikan pendedahan berani Zul Kulim
" melalui perjanjian rahsia itu DAP akan memiliki kuasa autonomi terhadap Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan. “Sebenarnya di antara kepimpinan DAP dan PKR, yang membuatkan mereka jadi rapat sebab adanya perjanjian sulit yang Pas sendiri tidak tahu.
“Jika pakatan pembangkang menang dan ambil alih kerajaan Persekutuan, DAP akan diberi kuasa autonomi di Pulau Pinang,” katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Zulkifli berkata, sekiranya pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum, wakil DAP akan dilantik menjadi menteri besar di negeri-negeri yang dimenanginya sementara calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak jika mereka menang.Menurutnya, perkara itu sememangnya sudah dirancang kedua-dua parti itu bagi memastikan DAP mendominasi pakatan pembangkang.
Jika Pakatan menang pada PRU 13 dan memegang kuasa kerajaan Persekutuan , Pulau Pinang akan mencipta sejarah menjadi kerajaan negeri pertama yang akan diberi kuasa autonomi dan DAP akan terus berkuasa 100 % . Pada masa itu , baru lah bermulanya era pentadbiran ala Singapura ke 2 @ Singapura Utara secara rasminya . Tiada lagi campur tangan kuasa dari kerajaan persekutuan selepasi itu .
Hebat perancangan parti chauvinis ini yang cuba menguasai negeri PP tetapi mereka tidak hebat lagi melawan takdir dan kuasa Allah s.w.t . Terima kasih kepada YB Zul Kulim yang mendedahkan kerja jahat DAP - PKR jika mereka menguasai negara ini . PAS memang parti paling bodoh dan bangsat hingga mereka tidak tahu tentang perjanjian rahsia ini .
Jadi kepada pengundi di Galas dan Batu Sapi , fikir-fikirkan lah ..
undi PAS dan PKR bermakna ada menyokong agenda rahsia DAP - PKR untuk hancurkan negara ini

Saturday, October 23, 2010
Melayu ,Melayu Dan Melayu
Melayu (ملايو) merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu (بهاس ملايو) dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera.Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi.
Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam.
Sehubungan dengan itu,kita orang melayu harus berbanggalah dengan bangsa keturunan kita sendiri kerana tanpanya kita tidak beridentiti.Justeru itu kenang-kenangkanlah Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "kenallah keturunan kamu,kenallah anak bangsa kamu,kenallah saudara-mara kamu dan kaum kerabat".Justeru janganlah takut untuk mengaku 'Saya Melayu' kerana itulah nasab keturunan kita.
Jadi renung-renungkanlah bait puisi gurindam Sasterawan Negara, Usman Awang yang bertajuk:
Melayu
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
~ Usman Awang

Friday, October 22, 2010
PAS Dulu Dan Kini
LUDAH KELANGIT JATUH ATAS MUKA SENDIRI
1. Kata PAS : UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)
KEMUDIANNYA.,PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan...raya ke-11 & 12.
APA KATA ANDA?!
2. Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.
APA KATA ANDA?!
3. PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”
KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.
APA KATA ANDA?!
4. PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga? Babi? ”
KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?! Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.
APA KATA ANDA?!
5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.
KEMUDIANNYA.. Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.
APA KATA ANDA?!
6. Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata : “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”
KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.
APA KATA ANDA?!
7. Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”
APA KATA ANDA?!
8. PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”
KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata : “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.
APA KATA ANDA?!
9. PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.
KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.
APA KATA ANDA?!
10. PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.
KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata : “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah)
APA KATA ANDA?!
11. PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.
KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.
APA KATA ANDA?!
12. PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.
APA KATA ANDA?!
13. Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.
KEMUDIANNYA.. PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?
APA KATA ANDA?!
14. PAS kata : UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara
KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?
APA KATA ANDA?!
15. PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”
KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (YB Lim Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.
APA KATA ANDA?!
16. PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”
KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS? Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.
APA KATA ANDA?
17. PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”
KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Pulau Pinang,Selangor dan Kedah.
APA KATA ANDA?
18. PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
KEMUDIANNYA.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?
APA KATA ANDA?!
19. Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46 : PAS memuji-muji Tengku Razaleigh, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
KEMUDIANNYA.. PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?
APA KATA ANDA?!
20. PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam!
KEMUDIANNYA.. PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)
APA KATA ANDA?!
21. PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
KEMUDIANNYA.. PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.
APA KATA ANDA?!
Sumber:http://bromalaya.blogspot.com

Wednesday, October 20, 2010
Model Politik Baru:Pembaharuan Baru UMNO
Idea Model Politik Baru yang telah diutarakan oleh Perdana Menteri dilihat adalah satu bentuk 'Tajdid politik' ataupun 'Transformasi politik' yang kalau diikutkan telah lama berlaku dalam sejarah perjalanan politik UMNO sebagai entiti politik politik Melayu.
UMNO sebagai platform perjuangan Melayu, sememangnya perlu diberikan anjakan paradigma dari segi pendekatan dan strategi untuk terus memenangi hati orang Melayu dan dan rakyat Malaysia amnya.
Ini dalam usaha memastikan UMNO kekal relevan dalam survival politik untuk terus menerajui negara.Sejak mula ditubuhkan kira-kira 64 tahun dahulu, UMNO telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah parti politik yang bukan sahaja mampu menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu.
Kita tidak harus lupa jasa-jasa pemimpin terdahulu yang telah memberikan sumbangan besar kepada pari dan negara.
Sehubungan itu, UMNO mesti berubah selaras dengan perkembangan semasa politik.Hari ini,UMNO sedang menghadapi satu cabaran getir untuk memenangi semula 'hati' rakyat.Sebagai penawarnya,Model Politik Baru dilihat mampu menyelesaikan segala permasalahan yang sedang dihadapi oleh UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada pandangan saya,MPB ini dapat memberikan sumbangan yang positif kepada UMNO menerusi beberapa cara. Antaranya:
1.MPB boleh menjadi mekanisme pengukuhan UMNO sebagai sebuah entiti parti politik Melayu.UMNO perlu mencari formula baru dan membentuk strategi yang boleh diguna pakai bagi menjana perkembangan politik yang lebih pro-aktif dan dinamik.
2.MPB boleh menjadi satu mekanisme penyatuan dalam UMNO.Ia boleh berfungsi sebagai garis panduan yang akan membentuk disiplin dan keperibadian ahli-ahli UMNO dari pelbagai peringkat.
3.MPB juga mampu menjamin penerusan dan kelangsungan UMNO sebagai peneraju tampuk pemerintahan negara. Pun begitu, satu persoalan yang mungkin boleh dilontar dan difikirkan bersama dalam menjayakan MPB ini ialah sejauh manakah bersedianya UMNO, khasnya para pemimpin, ahli dan penyokong untuk menerima idea MPB ini?
Kejayaan dan kegagalan sesebuah parti politik biasanya ditentukan oleh faktor 'dalaman' parti tersebut. Tanpa kefahaman dan sokongan kuat di kalangan ahli parti, tidak mungkin sebarang idea yang baik akan dapat dijayakan dengan mudah.
Kini, sudah tiba masanya satu proses transformasi politik dialami oleh UMNO demi memastikan kelangsungan statusnya sebagai peneraju pemerintahaan negara. Jika UMNO terus selesa dengan status-quonya yang boleh dianggap sebagai sudah lapuk ditelan zaman, maka tidak usahlah UMNO berangan-angan untuk terus kekal sebagai parti pemerintah.
Langkah awal ke arah merealisasikan idea MPB ini mestilah dimulakan terlebih dahulu oleh para kepimpinan tertinggi UMNO sebelum ia diikuti oleh semua ahli dan penyokong di seluruh negara, selaras dengan slogan kepimpinan melalui tauladan.
Pentas Perhimpunan Agung UMNO tahun ini wajar menjadi medium kepada bagaimana MPB itu bakal dilaksanakan di dalam UMNO bermula dari peringkat pemimpin tertinggi sehinggalah kepada ahli di akar umbi.
Adalah menjadi harapan sekiranya semua ahli UMNO dapat memahami idea dan konsep MPB ini, maka hasrat untuk melihat pengukuhan dan penerusan kelangsungan UMNO sebagai peneraju pemerintahan negara akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Monday, October 18, 2010
Jgn Ingat Kami Bodoh....
Semalam lebih 100 penduduk Kampung Genting berhimpun bagi membantah cadangan pengambilan tanah seluas 40 hektar di kampung mereka untuk pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan disokong kerajaan Guan Eng .
Penduduk membawa sepanduk dan kertas bertulis 'Kami tak rela tanah kami dijadikan bisnes kerajaan negeri', 'Jangan cuba memperbodohkan orang kampung, kami ada maruah' dan 'Pakatan rakyat tak bela nasib rakyat'.
Sepanduk lain yang tertera adalah 'Kami tak mahu P. Pinang jadi macam Singapura, ada faham!!', 'Mana CAT hang Guan Eng, cakap tak serupa bikin' dan 'Kami tak rela tanah kami dirampas, langkah mayat kami dulu! Guan Eng perampas tanah Melayu'.
Sebelum ini PB pernah menulis artikel mengenai kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk pembinaan sebuah IPT dengan mengejut . Pewartaan tersebut dikatakan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah pada 15 Ogos lalu.
Penduduk merasakan adalah tidak adil bagi mereka tanah kampung iaitu tempat tinggal mereka puluhan tahun bakal hilang untuk memberi laluan pembinaan IPT di tanah mereka . Jelas sekali perbuatan Guan Eng dan konco2 untuk merampas tanah penduduk kampung iaitu Melayu di situ jelas zalim dan menindas mereka . Lebih-lebih lagi tiada langsung perbincangan di ambil antara pihak kerajaan negeri dengan penduduk kampung .
Selain itu , di mana Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof selaku pemimpin di situ ?? Jika beliau yang terkenal dengan anak muda yang bijak yang banyak idea baru bila bercakap , tak kan masalah penduduk kampung genting ini tak ada idea untul settle kan .
Ikuti luahan penduduk kampung :
Seorang penduduk, Ismail Sulaiman, 65, dalam nada marah memberitahu, dia dan rakan lain tidak akan melepaskan tanah mereka begitu sahaja kerana sudah menetap di situ sejak bertahun-tahun lamanya.
"Guan Eng jangan ingat kami bodoh. Kami anak tempatan di sini dan ini tempat kami cari makan, jadi kami tidak sekali-kali akan lepaskan tanah yang kami duduki dengan rakan daripada kaum Cina dan India secara aman damai sejak sekian lama," ujarnya.
Bagi bekas guru, Aisyah Budin, 73, dia kesal tindakan kerajaan negeri yang 'cakap tidak serupa bikin' sekali gus mahu Guan Eng menunjukkan ketelusan berhubung isu tersebut.
Jelasnya, dia dan penduduk kampung terlibat membantah sekeras-kerasnya sebarang pengambilan balik tanah di situ dan tidak akan berganjak dengan keputusan tersebut kerana telah menetap di situ sejak dilahirkan.
"Mana kami nak duduk, bawah pokok pisang atau pokok nipah, baru berapa tahun perintah dah nak ambil macam-macam. Jangan ingat kami bodoh," tegasnya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau, Aziaan Ariffin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Rosman Long mahu kerajaan negeri mencari tempat lain lebih sesuai bagi tujuan itu.
Menurut mereka, kawasan yang dicadang itu rata-ratanya diduduki orang kampung dan sekiranya IPT antarabangsa didirikan dikhuatiri memberikan impak sosial kepada mereka.
Pada masa sama, mereka kecewa kerana mengikut penduduk, kerajaan negeri langsung tidak mengadakan sebarang perbincangan berhubung perkara itu dan ia hanya diketahui apabila pewartaan tanah dilakukan.
"Di mana dasar urus tadbir cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang diuar-uarkan. Kalau betul telus, Guan Eng patut bincang," ujarnya.

Sunday, October 17, 2010
Ahlan Wasahlan ....Salam Perjuangan
Assalamualaikum ...Salam Perjuangan Bangsa
Alhamdulillah.....akhirnya tercapai juga hasrat untuk memiliki blogku sendiri .....pada mulanya berfikir hanya untuk saja2 shj...tetapi setelah mengambil kira keadaan semasa yang agak meruncing ketika ini mengenai kepentingan bangsa melayu yang kian terhakis dek kerakusan kuasa petualang bangsa.Jadi marilah kita semua kembali bersatu ,merapatkan saf perjuangan demi kepentingan agama ,bangsa dan negara.Barakallahu fi kum....semoga allah memberkati perjuangan kita. Terima Kasih ....Syukran Jazilan ....kerana membaca blog ini