Idea Model Politik Baru yang telah diutarakan oleh Perdana Menteri dilihat adalah satu bentuk 'Tajdid politik' ataupun 'Transformasi politik' yang kalau diikutkan telah lama berlaku dalam sejarah perjalanan politik UMNO sebagai entiti politik politik Melayu.
UMNO sebagai platform perjuangan Melayu, sememangnya perlu diberikan anjakan paradigma dari segi pendekatan dan strategi untuk terus memenangi hati orang Melayu dan dan rakyat Malaysia amnya.
Ini dalam usaha memastikan UMNO kekal relevan dalam survival politik untuk terus menerajui negara.Sejak mula ditubuhkan kira-kira 64 tahun dahulu, UMNO telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah parti politik yang bukan sahaja mampu menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu.
Kita tidak harus lupa jasa-jasa pemimpin terdahulu yang telah memberikan sumbangan besar kepada pari dan negara.
Sehubungan itu, UMNO mesti berubah selaras dengan perkembangan semasa politik.Hari ini,UMNO sedang menghadapi satu cabaran getir untuk memenangi semula 'hati' rakyat.Sebagai penawarnya,Model Politik Baru dilihat mampu menyelesaikan segala permasalahan yang sedang dihadapi oleh UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada pandangan saya,MPB ini dapat memberikan sumbangan yang positif kepada UMNO menerusi beberapa cara. Antaranya:
1.MPB boleh menjadi mekanisme pengukuhan UMNO sebagai sebuah entiti parti politik Melayu.UMNO perlu mencari formula baru dan membentuk strategi yang boleh diguna pakai bagi menjana perkembangan politik yang lebih pro-aktif dan dinamik.
2.MPB boleh menjadi satu mekanisme penyatuan dalam UMNO.Ia boleh berfungsi sebagai garis panduan yang akan membentuk disiplin dan keperibadian ahli-ahli UMNO dari pelbagai peringkat.
3.MPB juga mampu menjamin penerusan dan kelangsungan UMNO sebagai peneraju tampuk pemerintahan negara. Pun begitu, satu persoalan yang mungkin boleh dilontar dan difikirkan bersama dalam menjayakan MPB ini ialah sejauh manakah bersedianya UMNO, khasnya para pemimpin, ahli dan penyokong untuk menerima idea MPB ini?
Kejayaan dan kegagalan sesebuah parti politik biasanya ditentukan oleh faktor 'dalaman' parti tersebut. Tanpa kefahaman dan sokongan kuat di kalangan ahli parti, tidak mungkin sebarang idea yang baik akan dapat dijayakan dengan mudah.
Kini, sudah tiba masanya satu proses transformasi politik dialami oleh UMNO demi memastikan kelangsungan statusnya sebagai peneraju pemerintahaan negara. Jika UMNO terus selesa dengan status-quonya yang boleh dianggap sebagai sudah lapuk ditelan zaman, maka tidak usahlah UMNO berangan-angan untuk terus kekal sebagai parti pemerintah.
Langkah awal ke arah merealisasikan idea MPB ini mestilah dimulakan terlebih dahulu oleh para kepimpinan tertinggi UMNO sebelum ia diikuti oleh semua ahli dan penyokong di seluruh negara, selaras dengan slogan kepimpinan melalui tauladan.
Pentas Perhimpunan Agung UMNO tahun ini wajar menjadi medium kepada bagaimana MPB itu bakal dilaksanakan di dalam UMNO bermula dari peringkat pemimpin tertinggi sehinggalah kepada ahli di akar umbi.
Adalah menjadi harapan sekiranya semua ahli UMNO dapat memahami idea dan konsep MPB ini, maka hasrat untuk melihat pengukuhan dan penerusan kelangsungan UMNO sebagai peneraju pemerintahan negara akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.