Monday, October 18, 2010

Jgn Ingat Kami Bodoh....

Semalam lebih 100 penduduk Kampung Genting berhimpun bagi membantah cadangan pengambilan tanah seluas 40 hektar di kampung mereka untuk pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan disokong kerajaan Guan Eng .


Penduduk membawa sepanduk dan kertas bertulis 'Kami tak rela tanah kami dijadikan bisnes kerajaan negeri', 'Jangan cuba memperbodohkan orang kampung, kami ada maruah' dan 'Pakatan rakyat tak bela nasib rakyat'.


Sepanduk lain yang tertera adalah 'Kami tak mahu P. Pinang jadi macam Singapura, ada faham!!', 'Mana CAT hang Guan Eng, cakap tak serupa bikin' dan 'Kami tak rela tanah kami dirampas, langkah mayat kami dulu! Guan Eng perampas tanah Melayu'.

Sebelum ini PB pernah menulis artikel mengenai kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk pembinaan sebuah IPT dengan mengejut . Pewartaan tersebut dikatakan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah pada 15 Ogos lalu.

Penduduk merasakan adalah tidak adil bagi mereka tanah kampung iaitu tempat tinggal mereka puluhan tahun bakal hilang untuk memberi laluan pembinaan IPT di tanah mereka . Jelas sekali perbuatan Guan Eng dan konco2 untuk merampas tanah penduduk kampung iaitu Melayu di situ jelas zalim dan menindas mereka . Lebih-lebih lagi tiada langsung perbincangan di ambil antara pihak kerajaan negeri dengan penduduk kampung .

Selain itu , di mana Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof selaku pemimpin di situ ?? Jika beliau yang terkenal dengan anak muda yang bijak yang banyak idea baru bila bercakap , tak kan masalah penduduk kampung genting ini tak ada idea untul settle kan .

Ikuti luahan penduduk kampung :


Seorang penduduk, Ismail Sulaiman, 65, dalam nada marah memberitahu, dia dan rakan lain tidak akan melepaskan tanah mereka begitu sahaja kerana sudah menetap di situ sejak bertahun-tahun lamanya.

"Guan Eng jangan ingat kami bodoh. Kami anak tempatan di sini dan ini tempat kami cari makan, jadi kami tidak sekali-kali akan lepaskan tanah yang kami duduki dengan rakan daripada kaum Cina dan India secara aman damai sejak sekian lama," ujarnya.



Bagi bekas guru, Aisyah Budin, 73, dia kesal tindakan kerajaan negeri yang 'cakap tidak serupa bikin' sekali gus mahu Guan Eng menunjukkan ketelusan berhubung isu tersebut.

Jelasnya, dia dan penduduk kampung terlibat membantah sekeras-kerasnya sebarang pengambilan balik tanah di situ dan tidak akan berganjak dengan keputusan tersebut kerana telah menetap di situ sejak dilahirkan.

"Mana kami nak duduk, bawah pokok pisang atau pokok nipah, baru berapa tahun perintah dah nak ambil macam-macam. Jangan ingat kami bodoh," tegasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau, Aziaan Ariffin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Rosman Long mahu kerajaan negeri mencari tempat lain lebih sesuai bagi tujuan itu.

Menurut mereka, kawasan yang dicadang itu rata-ratanya diduduki orang kampung dan sekiranya IPT antarabangsa didirikan dikhuatiri memberikan impak sosial kepada mereka.

Pada masa sama, mereka kecewa kerana mengikut penduduk, kerajaan negeri langsung tidak mengadakan sebarang perbincangan berhubung perkara itu dan ia hanya diketahui apabila pewartaan tanah dilakukan.

"Di mana dasar urus tadbir cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang diuar-uarkan. Kalau betul telus, Guan Eng patut bincang," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.