Thursday, January 20, 2011

Rahsia Anwar -Mufti Perak




            
Lagi saranan Anwar Ibrahim harus bertaubat . Sebelum ini benggali Karpal Singh dan kini Tok Mufti Perak yang meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat dan segera kembali ke pangkal jalan ekoran perbuatannya yang terlalu mengikut nafsu semata-mata mahu mencapai matlamat politiknya.

Politik Anwar yang menghalalkan segala-galanya termasuk agama demi untuk berkuasa semakin hari semakin teruk . Contohnya , gerakan Pluralisme yang dicetuskan dunia barat disokong oleh Anwar dan ini jelas bertentangan dengan Islam dan boleh membawa seorang itu murtad .

Tok Mufti Perak bukan calang-calang orang dan untuk pengetahuan pencacai2 yang baru kenal Anwar , beliau lah individu yang membenarkan perkahwinan Anwar dengan Azizah yang tidak mendapat restu bapa mertuanya .

Jadi , kepada pencacai PKR yang menuduh Tok Mufti melacurkan dirinya ....hang pa itu tak layak bercakap dengan tokoh yang lebih mengenali Anwar sebelum beliau sertai politik .






Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat dan segera kembali ke pangkal jalan ekoran perbuatannya yang terlalu mengikut nafsu semata-mata mahu mencapai matlamat politiknya.

Sambil mengakui perubahan yang berlaku pada Anwar pada masa ini amat memeranjatkannya, beliau berkata, antara perbuatan itu ialah pengiktirafannya terhadap gerakan pluralisme yang jelas amat bertentangan dengan Islam.

Tegasnya, walau apa alasan sekalipun Anwar sebagai seorang Islam haram mengiktiraf gerakan tersebut kerana kesannya boleh membawa seseorang itu menjadi murtad.

''Hanya Islam agama di sisi Allah dan ini jelas termaktub di dalam al-Quran iaitu dalam surah Ali Imran ayat 19: 'Sesungguhnya Din (agama) di sisi Allah hanya Islam'.

''Bagi saya apa yang dilakukan oleh Anwar ini hanya mengikut nafsu. Anwar sanggup menghalalkan cara demi mencapai matlamatnya. Sebagai seorang sahabat saya menasihat supaya Anwar kembali ke pangkal jalan dan segera bertaubat kepada Allah SWT,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.




Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap perjuangan Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengulas lanjut Harussani berkata, sekiranya dikatakan semua agama sama, itu sebenarnya merupakan tindakan yang jelas melawan Allah kerana agama di sisi-Nya hanya Islam.

''Murtad dibuatnya. Pluralisme hanyalah merupakan pendapat John Hick bagi memecahbelahkan orang Kristian pada kurun ke-16,'' katanya.

Justeru Anwar, ujar beliau, harus sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan setiap manusia akan dipertanggungjawabkan apabila berhadapan dengan Allah ketika di akhirat kelak.

Dalam perkembangan sama, beliau mengakui amat terperanjat dengan perubahan yang berlaku kepada Anwar jika dibanding pada zaman dahulu terutama semasa menjadi pemimpin utama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

''Saya akui pada masa itu saya melihat Anwar merupakan seorang pemimpin Islam yang cukup hebat. Saya juga yakin terhadap kemampuannya membawa perubahan kepada kehidupan yang lebih islamik.

''Bayangkan melalui pengaruh Anwar kebanyakan mahasiswi yang berada di universiti tidak lagi memakai skirt tetapi berbaju kurung. Perubahan itu hasil daripada pengaruh Anwar sendiri,'' katanya.

Namun beliau berkata, harapan yang disandarkan kepada Anwar itu tidak lagi berpanjangan kerana Penasihat PKR tersebut berubah 360 darjah.

''Anwar sekarang bukan Anwar yang dahulu. Anwar sekarang sanggup menghalalkan cara demi mencapai matlamatnya. Anwar sekarang bertindak hanya mengikut nafsunya demi untuk berkuasa,'' katanya lagi.

Dalam pada itu ketika ditanya sejauh mana hubungannya dengan Anwar, Harussani berkata, beliau merupakan individu awal yang bersama-sama berusaha menubuhkan ABIM.

''Saya bukan tidak kenal Anwar. Mula-mula berceramah pasal (penubuhan) ABIM di Pulau Pinang), saya yang pertama buat perhimpunan. Majistret pun saya panggil, ketua polis, semua hadir, saya himpun.

''Apabila diluluskan penubuhannya saya tidak menjadi ahli ABIM. Puncanya, Anwar ketika itu mahu ABIM ke istana. Saya kata, Anwar, sekarang kita baru jadi 'tauge'. Tauge ini, pukul orang, dia patah, orang pukul (pun), dia patah. Biarlah kita jadi batang kacang orang langgar, dia bercalar, kita sebat, dia bercalar,'' katanya.

Ekoran kenyataannya itu, Anwar berkata kepadanya yang beliau telah mati semangat jihadnya.

''Anwar kata, sudah mati, pada kami, Harussani sudah mati, tidak ada lagi (semangat) jihad, jadi saya tidak masuk ABIM,'' ujarnya.

Bercerita lebih lanjut, Harussani juga mengakui yang beliau turut terlibat dalam pernikahan Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika bertugas sebagai Kadi Besar di Pulau Pinang.

Harussani berkata, berdasarkan kuasa yang ada padanya pada masa itu, beliau telah membenarkan Anwar dan Wan Azizah dinikahkan atas wali hakim setelah bapa Wan Azizah tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.

''Bukan saya yang nikahkan tetapi oleh seorang ustaz lain. Saya hanya beri kebenaran sahaja. Akibat kebenaran yang saya berikan itu sepasukan anggota polis datang menemui saya untuk disiasat. Pasukan itu diketuai oleh seorang Asisten Supritendan (ASP).

''Saya tanya sebab apa mereka masuk ke pejabat saya. Pasal kahwinkan (Anwar dan Wan Azizah). Itu hak dia (Anwar) nak kahwin. Pasal apa (awak) datang? Saya yang berkuasa dalam perkara ini. Tunjuk mana undang-undang (yang) salah,'' katanya.

Akhirnya beliau berkata, pasukan polis terbabit tidak ambil apa-apa tindakan.

Sementara itu dalam satu majlis keraian selepas berlangsungnya perkahwinan itu Harussani pernah bertanyakan kepada Anwar mengenai tahap penerimaan bapa Wan Azizah.

''Pada masa itu Anwar sudah menjadi timbalan menteri. Beliau kata pada saya sekarang ini bapa mertua sayanglah,'' katanya lagi.

Saturday, January 15, 2011

Jangan politikkan isu agama - Jamil Khir



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan isu-isu agama supaya menghentikannya dan menilai kesan perbuatan mereka.

Beliau berkata, provokasi yang tinggi akan menimbulkan sentimen dan kemarahan orang Islam untuk bangkit mempertahankan agama mereka.

"Jadi jangan sentuh soal ibadat orang Islam,” katanya dan mengingatkan pihak terbabit tidak menggunakan parti-parti politik untuk menguji orang Islam dengan isu agama demi kepentingan politik mereka.

Jamil Khir diminta mengulas isu seorang pengadu mempersoalkan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Jalan Pantai Permai, Kuala Lumpur yang didakwa mengganggu tidurnya, baru-baru ini.

Beliau yang ditemui pemberita pada majlis ramah mesra pegawai penyelaras masjid daerah, imam dan guru KAFA (Kelas Agama dan Fardu Ain) di di sini hari ini berkata, surat pengadu yang diterimanya turut dihantar kepada Perdana Menteri, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kita membuat kajian dan pantau apa sebenarnya berlaku. Adakah pembesar suara di pasang 24 jam atau ia hanya dipasang apabila masuk waktu (solat)?

"Islam telah diterima semua pihak sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi kini terdapat musuh politik yang cuba mengganggu-gugat perkara yang disepakati bersama,” katanya. – Bernama

Sunday, January 2, 2011

Taubat Sebelum Terlambat

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang sanggup mati mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana ia boleh menggugat akidah seorang Islam.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, wakil rakyat Pas itu tidak sepatutnya mempertaruhkan nyawa kepada orang bukan Islam semata-mata atas kepentingan politik.
“Sebagai orang Islam tidak sepatutnya membuat sesuatu pendirian sanggup mati kepada bukan Islam kerana soal politik dunia tidak boleh dicampur aduk dengan hal akhirat.
“Beliau harus berfikir dan kembali ke pangkal jalan serta kewarasan agama kerana Islam mempunyai batasan tertentu dengan bukan Islam khususnya berkaitan akidah dan kenyataan itu jelas sudah terkeluar daripada ajaran Islam,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan ucapan Wan Abd. Rahim di Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini yang memberi amaran ‘langkah mayat saya dahulu’ jika ada pihak yang ingin ‘mengusik’ Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu sebelum ini pernah memberi amaran ‘langkah mayatnya dahul’ jika Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia.
Kenyataan Karpal Singh

Pengorbanan itu dibuat atas dasar kesetiaan dan semangat setiakawan Pas terhadap pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ia dipercayai bertujuan mempertahankan Karpal yang ‘diserang’ pelbagai pihak, berhubung pendiriannya membela Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan, beliau yang mendedahkan kegiatan salah laku seks ketua pembangkang tersebut pada tahun 1997 di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Bekas Felo Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, Pas dan Ahli Parlimen Kota Bharu itu diminta bertaubat apabila sanggup mempertahankan seseorang yang tegar menentang hukum Allah dan pembentukan negara Islam semata-mata terlampau kemaruk kuasa.
Katanya, kenyataan itu adalah sesuatu yang tidak relevan dan disifatkan sudah hilang pedoman dan jati diri muslim.
“Cikgu Rahim (Wan Abd. Rahim) sepatutnya banyak beristighfar dan bertaubat serta sedar implikasi kepada akidah seorang Muslim sekiranya mati dalam keadaan mempertahankan seseorang yang umum sedia maklum amat tegar dan lantang menentang hukum Allah dan pembentukan sebuah negara Islam.
“Pendirian melampau beliau seolah-olah lagak Pak Kadok yang bersorak sedangkan kampung (maruah Islam) bakal tergadai.
“Apakah dia (Wan Abd. Rahim) tidak sedar kenyataannya itu seolah- olah mengisytihar ‘jihad’ mempertahankan kemungkaran dan penghinaan yang selama ini dilakukan oleh Karpal Singh dan DAP dalam kancah politik tanah air,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

 Komentar KP:
Masyaallah...demi mencapai matlamat yg tidak ada pangkalnya, sanggup mereka menentang Amar makhruf nahi mungkar yg ditetapkan oleh Islam. Sanggup beliau mempertahankan orang yg selama ini menentang kuat penubuhan negara Islam di Malaysia. Nauzubillah...bawa2 bertobat la ...
 Lebih baik beliau pergi berjihad mempertahankan Palestin yg kian hari dirobek yahudi zionis Laknatullah dari mempertahankan org yg terang2 disebutkan oleh Allah dalam surah  Al Mumtahanah ayat 8 dan 9 yh bermaksud:
       
          Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap org2 yg tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai org2 yang berlaku adil . (Surah Al Mumtahanah ayat 8)

Dan kemudiannya Allah berfirman lagi:
         
          Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan mereka sebagai kawanmu org2 yang memerangi kamu dalam urusan agama dan mengusir kamu dari kampung halamanmu dan membantu (org lain ) untuk mengusirmu. Barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan ,mereka itulah orang yang zalim.(Surah Al Mumtahanah ayat 9)

Dan demikian merupakan janji Allah bagi org2 yang bersekongkol atau mengambil kafir harbi menjadi rakan dalam perjuangan yg mereka katakan suci ,padahal mereka tidak sedar bahawa mereka telah terpesong diatas landasan perjuangan meraka sendiri. Sanggup menggadaikan diri demi mempertahankan org bukan islam daripada sesama islam sendiri walaupun berbeza ideologi . Namun ,disebabkan atas dasar setiakawan(kononnya) sanggup beliau berbuat demikian.

BAWA BERTAUBAT LA...........


                                           JANJI ALLAH ITU PASTI............