Monday, February 28, 2011

Live Dari Kerdau: Bob Lokman Jadikan Pentas Ceramah Pas Sebagai Gelanggang Raja Lawak


Siri ceramah Bob Lokman di PRK Kerdau. Fuhh...cepat sungguh depa angkat dia jadi penceramah Pas. Semasa dia duk berceramah tue , aku nampak macam Gelanggang Raja Lawak ja. Ada ka patut dia duk sembang boleh accident kalau drive malam-malam kat kerdau nie sebab jalan raya tue hitam sgt katanya. Dia kata apa salahnya kalau kereta sekali sekala masuk lubang.Apa cerita ni....kalau jalan berlubang lagi la banyak accident Ustaz Bob. Tu la sebabnya kerajaan keluarkan peruntukan menurap jalan -jalan nie.

Semasa dia duk berucap tadi dia habaq, baru aku tau dia masuk Pas sebab apa kata dia nampak kebenaran sebenarnya selepas ustaz -ustaz yg dia kata duk mengajar dia semuanya dari parti Pas. Rupa-rupanya pandai juga nuh Ustaz-ustaz Pas ni mendekati dan tarik artis macam Bob nie untuk masuk Pas dan  menggunakannnya pengaruhnya ketika kempen politik.Lepas nie pemimpin BN kena start gak la tarik artis malaysia nie yg nak bertaubat masuk parti masing-masing....hehe


Bob juga memperlekehkan calon Barisan Nasional,Syed Ibrahim Syed Ahmad, seorang lulusan Al Azhar yg banyak ilmu tapi tidak mudah menerima islam. Inilah ajaran Pok Nik yg beliau semai dalam jiwa orang-orang pas termasuk la Bob yg ingin mencari jalan kebenaran menuju ke syurga. Bagi mereka orang Umno tidak islam walaupun mereka menuntut ilmu agama sampai ke Al Azhar, Mesir
Masyaallah......

Firman Allah Dalam Surah Al Fatihah ayat 6 dan 7 yg bermaksud:
"Tunjukilah kami jalan yang lurus(6)Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat(7)



                                                                                

1 comment:

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.