Wednesday, March 2, 2011

PAS pertikai calon kelulusan Bahasa 'Arab' jadi wakil rakyat

Dalam Harakah Daily baru-baru ini ada menyiarkan satu artikel nukilan Dr. Dzulkefly Ahmad,seorang Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor yg sudah terkenal dek bukan kerana sumbanganya kepada islam mahupun masyarakat tapi  tindakan kalau kita boleh kata agak kurang cerdik kot kerana bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH dalam agama kristian di Malaysia. 


Dalam artikel tersebut beliau turut mengkritik kepimpinan DS Adnan Yaakob,Menteri Besar Pahang. Beliau cuba membawa masalah defisit negeri ke sebagai satu isu  ketika pilihan raya kecil Kerdau ini.

Bukankah kepimpinan Pas sebelum telah menyarankan tidak ada serangan peribadi terhadap calon yg bertanding??Tapi terbukti beliau tetap mengkritik seperti dalam tulisan beliau ini:

 Seluruh pengundi dalam PRK N28 Kerdau supaya membuat pilihan yang wajar dan tepat bagi membongkar segala kepincangan pengurusan kewangan negeri demi memperjuangkan kepentingan penduduk Kerdau khasnya dan seluruh negeri Pahang amnya.

Maka calon yang paling wibawa bagi merealisasikan tujuan dan menggalas tanggungjawab ini tentunya adalah mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tersebut. Apakah seorang calon yang berlatar belakang di bidang bahasa ’Arabkah atau yang berlatarbelakang di bidang ‘profesional’ dengan kemampuan serta pengalaman kerjayanya di luar negara dan dalam negeri?

ALAMAK !!!! SUDAH TUKAR KA........

Tu dia la pemimpin PAS nie, macam lalang dah aku tengok sekejap dia mai kot sini ,lepas tue beralih kot sana plak dah...macam ada musim plak. Dimana pendirian PAS sebenarnya ???? 

Apakah dengan kelulusan dalam bidang bahasa arab dia tidak layak dipilih oleh untuk menjadi wakil rakyat???Apakah dia tidak berkemampuan hendak melaksanakan tugas-tugas tersebut??

Belum tentu orang yg berkelulusan juru ukur tanah saja bak kata Bob Lokman lebih mengenal islam berupaya melaksanakannya.Bahkan calon PAS itu calon recycle PAS yg terang-terang telah di tolak oleh pengundi di Dun Kerdau sebelum ini.

Nampaknya artikel ini kurang cerdik untuk ditulis macam ni oleh Dr. Dzulkefly,beliau sebagai seorang Ahli Parlimen perlu lebih matang dalam soal memberikan pandangan.Gaya penulisannya seperti merendahkan seseorang yang memiliki ilmu dalam bahasa arab iaitu bahasa Al Quran itu sendiri.
Firman Allah Dalam Surah Al Fussilat ayat ke-3 :

"Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya"(3) 

Takkan dia dah lupa kot ,kebanyakkan Ahli Parlimen dan Dun PAS pun berlatarbelakang dalam bidang agama dan bahasa arab. Nampaknya PAS sebenarnya dah takdak isu dan gagal menyentuh Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad.Kalu depa letak calon yg berkelulusan agama mesti depa tak berani main isu ni.

Aku rasa daripada dia duk membebel dalam penulisannya, baik dia pi selesai hal-hal rakyat di Kuala Selangor yg belum selesai.Jangan duk jaga tepi kain orang kalau hal sendiri tak selesai lagi.

"Yang benar itu datang daripada ALLAH, Yang kurang itu datang dari kelemahan saya sendiri"

Wassalam.....


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.