Wednesday, March 30, 2011

Lima Soalan Buat Anwar-Dato Eskay


…pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?
“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Eskay.
Setelah lebih satu dekad tidak bertemu, semalam, Dato’ Eskay dan saya ditakdirkan Allah s.w.t bertemu semula di Shah Alam. Panjang cerita kami, kembali ke zaman kami merancang membuat sebuah filem bertajuk ‘Kacau Malaya’ bersama Datin Tiara Jacquelina dan Uwei Hajisaari. Dato’ Eskay masih seperti yang saya ingat tentang beliau, lincah dan sporty.
Di dalam pertemuan semalam, Dato’ Eskay di temani oleh Dato’ Shuib Lazim dan pertemuan itu disertai oleh lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif. Saya berterima kasih kerana dipelawa ikut serta kerana terdapat beberapa soalan yang saya benar-benar mahukan kepastian dari Dato’ Eskay.
Cerita selanjutnya Klik kickdefella.wordpress.com


Monday, March 28, 2011

Gempar!!!!! Video Seks: Wartawan Harakah Sahkan Itu memang Anwar Ibrahim

Wartawan Harakah


Dari Langkawi blogger Papa Gomo hubungi saya meminta supaya saya menyertai pertemuan dengan wartawan harakah dan beberapa orang yang lain lagi di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng malam tadi.


Katanya , kau pergi saja, kau jangan risau, itu kawan aku dan orang itu telah pun menonton video seks berkenaan hari isnin yang lepas.


Mengikut cerita wartawan harakah berkenaan yang juga kawan kepada Papa Gomo memang benar beliau telah menonton video tersebut pada hari isnin lepas di Carcosa Seri Negara.


Beliau yakin 100 % lelaki dalam video berkenaan adalah Anwar Ibrahim. Tidak mungkin video itu dipalsukan kerana katanya ianya dirakam dari empat sudut.


Saya tanya dia, "habis itu kenapa harakah tidak laporkan yang betul" ?


Jawabnya, "saya hanya pekerja bro, yang menentukan bos dan itu semua adalah politik".


Dalam hati saya berkata , "parti islam pun menipu juga ke" ?


Katanya lagi, tiga orang teratas dalam harakah semuanya telah dipegang oleh Anwar Ibrahim dan sudah tentu mereka hanya melaporkan berita mengikut selera Anwar.


Fuhhhhh, papa Nurul Izzah memang hebat. Bukan hanya hebat di ranjang, malah hebatnya sehingga boleh menguasai harakah yang dimiliki oleh Pas. Tidak mustahil satu hari nanti, Pas akan dikuasai oleh Anwar. Sekarang pun sudah kelihatan tanda-tanda ke arah itu.


Mengikut wartawan harakah itu, wartawan malaysiakini juga menonton video berkenaan dan cakap benda yang sama kepada beliau, iaitu lelaki dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.


Katanya dari sudut mana Johari Abdul kata itu bukan Anwar beliau pun tidak tahu melainkan pembohongan semata-mata.


Jadi, apa kita nak kata lagi ? kalau wartawan harakah dan malaysiakini pun kata itu Anwar Ibrahim, kita nak kata bukan lagi ?


Memang sah jawabnya itu Anwar Ibrahim. Jangan lagi anda semua tertipu dengan harakah dan malaysiakini. Apa yang mereka laporkan itu bohong semata-mata. Wartawan mereka yang pergi cari berita sendiri akui itu adalah Anwar Ibrahim.


Balik pejabat, apabila mereka tulis berita benar, bos suruh tukar kerana bos semua telah dilimpahi dengan wang ringgit yang dicurahkan Anwar.

Sumber: RBF 

Friday, March 25, 2011

Golongan Pro Ulama Pas Dipinggirkan

Semakin nyaring suara majoriti golongan Pro Ulama marah dan tidak berpuashati dengan tindakan Presiden PAS akhir akhir ini. Hadi Awang jelas terlalu berkompromi dan menyokong setiap tindakan Anwar Ibrahim seolah olah beliau semakin selesa dengan golongan Pro Erdogan.

Bermula dengan tindakan membabi buta beliau berdiri teguh dibelakang Anwar Ibrahim dan yakin aktor Y dalam video seks bukanlah Anwar Ibrahim. Walhal Presiden PAS tidak pernah melihat dan menyaksikan klip video tersebut.

Sebenarnya Hadi Awang tidak perlu bersekongkol dalam hal ini tanpa mengadakan musyawarah bersama dengan pucuk pimpinan parti. Namun tindakan pantas beliau tanpa merujuk kepada para sahabat yang lain telah memberi kemenangan pertama kepada golongan Pro Erdogan, sebelum berlangsungnya Muktamar PAS.

Penolakan cadangan untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat kes video seks sekali lagi memberi tamparan besar kepada golongan Pro Ulama. Tanpa melihat dengan jelas idea penubuhan badan tersebut, Hadi Awang memperolokkan cadangan tersebut sebagai mengarut dan bodoh. Ini merupakan kemenangan kedua golongan Pro Erdogan yang memang berada dalam kem Anwar Ibrahim.

Walhal ramai golongan Pro Ulama bersetuju dengan cadangan tersebut bagi menyiasat ketulenan dan pembersihan imej Anwar Ibrahim yang acapkali dikaitkan dengan seks dan liwat. Umpamanya YDP PAS Kawasan Batu, Tarmizi Mohd Jam menyokong idea penubuhan badan tersebut sebagai jalan terbaik untuk membuktikan kesahihan video seks tersebut.



Sedangkan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib mencabar Anwar Ibrahim untuk bersumpah mubahalah bagi menolak segala dakyah seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim. Harun Taib bukanlah pemimpin yang digemari oleh Pro Erdogan memandangkan terlalu banyak kenyataan beliau sering bercanggah dengan aspirasi perjuangan Pro Erdogan.

Tindakan Hadi Awang sebenarnya membunuh karier politik beliau secara senyap (silent killer) dan inilah peluang yang cukup dinantikan puak berhaluan kiri parti PAS. Puak Erdogan sememangnya sudah terlalu lama mengimpikan jawatan tertinggi dalam parti sejak kesemua calon tewas pada pemilihan parti tahun 2010.

Strategi dan perangkap Pro Erdogan semakin mengena, golongan Pro Ulama semakin sesak nafas dengan tindakan Presiden Parti yang semakin membelakangkan suara majoriti dan pucuk pimpinan parti.



sumber: Gelombang Wangsa Maju


Nampaknya ,di dalam PAS sendiri pun sudah berlaku perbezaan pendapat dan percakaran di antara mereka dek kerana masalah moral pemimpin  Melayu Islam dalam pakatan mereka.Lepas satu ,satu masalah lagi timbul yg dilihat sudah nampak tidak kena di mata masyarakat Malaysia. Dulu masalah liwat kini dengan video seks pulak, inikah yg rakyat malaysia suka sangat nak tabalkan sebagai pemimpin No. 1 negara. 


Ulama -ulama tidak seharusnya diam dan berpeluk tubuh  dalam soal ini kerana ia membabitkan isu moral dan kreadibiliti pemimpin. Soal mubahalah sepatutnya perlu dilakukan bagi membersihkan nama dan peribadi.
Perkara ini telah termaktub dalam Al Quran yg Bermaksud:


         “kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.”(surah ali imran ayat 61)


Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi kesan buruk kepada mereka yg berdusta. Apabila kedua-duanya bermubahalah,mesti ada salah satunya benar dan salah.Melalui ayat ini Allah menjanjikan balasan buruk kepada mereka yg berdusta.


Wallahualam...

Wednesday, March 23, 2011

Muncul Perwira Trio Mendedahkan Kebenaran

Tengok tajuk nie macam cerita Ultraman plak, tapi itulah lumrah politik malaysia.Baru sebentar di TV 3 dipaparkan sidang media Perwira Trio atau Datuk 'T' yang mendedahkan mengenai video seks seorang pemimpin pembangkang .


 Siapa Datuk T ini semua sudah terjawab  .  Di bawah adalah rakaman sidang akhbar Datuk T atau Datuk Trio yang terdiri daripada DS Rahim Tamby Chik, Shuib Lazim dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ketiga-tiga mereka ini  mengesahkan kesahihan video lucah tersebut adalah Anwar Ibrahim. Lebih menarik lagi mengapa Wan Azizah mahu sangat  menonton video dari Datuk Shazryl   kerana beliau sendiri mengaku bersama Anwar ,keluarga dan cucu ketika masa dan tarik 21 Feb 2011 ! 

Puzzle dan hint bahawa  Anwar berada di tempat kejadian juga semakin dipersoalkan apabila penemuan di  Tweeter Anwar yang senyap ketika antara 9.20 pm - 11 .38 pm pada malam 21 Feb 2011 .KLIK


Rakaman Press Conference Dato' T

Mungkinkah ini teori Sun Tzu :Art Of War???

Senario Pollitik Malaysia sekarang kian dilihat tertumpu kepada video seks pemimpin pembangkang sehinggakan  melupakan kes liwat yg kian hari dah jemu orang baca dalam surat khabar.
 "Asyik-asyik cerita liwat DSAI, tak dak cerita lain ka paper nie".Kata seorang pak cik yg dah agak berumur.
Mengenai tajuk entry kali ini adakah video merupakan konspirasi terbaru DSAI sendiri bagi mengalihkan pandangannya rakyat dari masalah DNA dan liwatnya.
Teori Sun Tzu Art of War yang pernah menyatakan akan taktikal untuk menumpaskan musuh adalah dengan mencederakan diri sendiri.
Selain itu dalam sebuah Filem hindi yg bertajuk Nayak lakonan Anil Kapoor lebih kurang sama ja teori yg digunapakai dengan mencederakan diri sendiri ketika pihak musuh politiknya berada dihadapannya semasa beliau menjadi ketua menteri dan menyalahkan musuhnya itu kemudiannya. Akhirnya musuhnya mati ditembak oleh pengawal dan polis peribadinya. Thrill la jugak cerita politik India nie.
Berbalik kepada teori diatas....
Mungkinkah startegi ini yg digunakan oleh DSAI ???
Ramai makin tertanya-tanya dan banyak blog hari-hari memainkan isu ini.
Fikir-fikirkan lah,mungkin ada udang disebalik batu.
Banyak kemusykilan dan andaian yg timbul disebalik cerita ini
Kita serahkan saja kepada Allah S.W.T kerana Dia lah yg lebih mengetahui
Wallahualam......
Anda jugak bleh rujuk entry dibawah ini:
Teori Konspirasi -GAP

Mahkamah Benarkan Tiga Barang Kes Sebagai Bahan Bukti Kes Liwat Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk menerima tiga barang kes; botol air mineral, sebatang berus gigi dan sehelai tuala Good Morning, tetapi menolak permohonan kedua untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyediakan sampel DNAnya bagi perbandingan.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu apabila beliau pada keputusan awalnya selepas perbicaraan-dalam-perbicaraan, mahkamah tidak mempunyai testimoni pegawai siasatan (IO) Supt Judy Blacious Pereira dan pegawai penangkapan Supt Ahmad Taufik Abdullah yang mengesahkan bahawa tangkapan itu pada 16 Julai, 2008 adalah sah.
“Saya memutuskan untuk mengecualikan barang kes itu oleh kerana pendakwaan tidak dapat mengemukakannya pada masa itu (perbicaraan-dalam-perbicaraan) dan oleh kerana permohonan ini dibuat setelah keterangan IO menyokong pendakwaan, kini bersetuju dengan keterangan mereka bahawa tangkapan terhadap tertuduh adalah sah,” kata Mohamad Zabidin.
Mengenai permohonan kedua, beliau berkata setelah mengkaji Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan 1950, tidak ada peruntukan di bawah kedua-dua seksyen itu untuk mahkamah membuat perintah seperti tersebut.
“Kedua-dua seksyen menyatakan lebih pada tulisan tangan dan cap jari dan DNA tidak dimasukkan, sehubungan itu tidak ada kewajaran untuk mahkamah itu dan menolak permohonan kedua.
Mohamad Zabidin memerintahkan kedua-dua saksi pendakwaan, DSP Amidon Anan dan ahli kimia Nor Idora Saedon, dipanggil sebagai saksi dalam mengemukakan tiga barang kes itu yang diambil dari bilik lokap ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di mana Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai, 2008.
Komentar KP: Macam -macam hal pulak Mahkamah kat Malaysia nie...Dulu kata tidak   terima...sekarang nak terima pulak...
                          

Monday, March 21, 2011

PANAS :Siapa Pemimpin Utama Pembangkang Itu????

Politik Malaysia Makin tercalar Dek Kerana Pembangkang!!!!!
PENDEDAHAN TERBARU !!!!LATEST


Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.


Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.


Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.


Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.


Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.


Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.


Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau telah terjumpa video selepas dia diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.


Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut tetapi sebaliknya terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.


Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.-MK

Sembah Takziah Atas Kemangkatan Bonda DYMM Yang Di Pertuan Agong

AL FATEHAH BUAT BONDA DYMM PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

Semoga DULI TUANKU dipayungi ALLAH dengan kesabaran dan HAMBA PATIK doakan buat DULI TUANKU sekeluarga agar BONDA Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah di tempatkan ALLAH bersama mereka yang beriman INSYAALLAH

Al-Fatehah


KUALA TERENGGANU 21 Mac - Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah mangkat pukul 1.07 pagi tadi di Pusat Rawatan Seri Kota, Klang, Selangor.

Jenazah Almarhum diterbangkan ke sini menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, pukul 1 pagi tadi.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Wan Ahamad Wan Muda berkata, rakyat boleh menziarahi di Istana Maziah bermula pukul 1 petang hingga 2.30 petang.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, pada pukul 3 petang ini. - Utusan

Friday, March 18, 2011

Sejarah 1977 - Mengapa PAS Disingkir Dari Barisan Nasional?

Ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum. Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti. Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi. Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya. Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.


Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan. Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja. Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu. Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik. Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri. Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO. Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain? Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini? Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang. Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini. Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS. Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

Wednesday, March 16, 2011

Ustaz Nasharuddin Di Ugut Keluar PAS

Menjelang Muktamar PAS Pusat yg dijangka berlangsung sekitar bulan Jun ,kedengaran suara-suara kecil golongan Pemimpin PAS mengenai Jawatan Timbalan Presiden PAS yg  disandang oleh Ustaz Nasharuddin  kini telah diugut dan ditekan agar tidak bertanding dan mengundurkan diri jawatan yg dipegang sekarang dalam persidangan Muktamar  akan datang. Beberapa kumpulan pendesak terdiri daripada Geng Erdogan PAS sedang giat memberi tekanan kepada Ustaz Nasharuddin.


Yg menjadi persoalan sekarang kenapa perlu mendesak beliau mengundurkan diri dari bertanding sedangkan kalau berani bertandinglah mengikut sistem demokrasi yg adil melalui pemilihan kepimpinan PAS pusat. Golongan ini mempunyai agenda mereka bagi membawa PAS terus ke lembah kehancuran dengan bersekongkol dengan PKR dan DAP.


Untuk cerita selanjutnya sila KLIK


Wallhualam....

Saturday, March 12, 2011

Tuduhan Anwar Dianiaya Satu Pembohongan Jahat – Dr Siti Zaharah


KUALA LUMPUR 11 Mac – Semua Ahli Majlis Tertinggi diberi peluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing berhubung kes salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 1998 bagi membincangkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO ketika itu.
Bekas Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman berkata, tuduhanbahawa apa yang ditulis Tun Mahathir Mohamad dalam bukunya berjudul A Doctor In The House suatu pembohongan adalah tidak benar dan berniat jahat.
Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan itu hanyalah memanupulasi daripada apa yang berlaku ketika itu, yang kononnya beliau menjadi mangsa ketidak adilan sehingga menyebabkannya dipecat.
“Pada malam itu saya hadir sebagai Ketua Wanita UMNO, semua yang hadir diberi peluang untuk bercakap oleh Tun Mahathir. Sebelum itu, dia menceritakan apa yang berlaku termasuk salah laku Anwar dan kemudian menyerahkan kepada kami semua untuk membuat keputusan.
“Semua yang hadir pada malam itu bercakap dan memberi pendapat masing-masing, malah Anwar juga diberi peluang untuk bercakap untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan itu.
“Anwar turut diberi peluang, dia bercakap dalam keadaan marah dengan suara yang tinggi dan menuduh apa yang berlaku itu adalah konspirasi Tun Mahathir untuk menjatuhkannya,” katanya kepada UMNO-Online.
Zaharah berkata, selepas semua yang hadir diberi bercakap dan menyuarakan pendapat masing-masing, mesyuarat pada hari itu membuat keputusan memecat Anwar.
Menurutnya, keputusan yang dibuat adalah berdasarkan suara majoriti yang hadir dan bukannya Mahathir sendiri.
“Tidak benar kalau Anwar kata dia dianiaya dan tidak diberi peluang untuk bersuara dia diberi peluang untuk mempertahankan dirinya dan menafikan tuduhan terhadapnya,
“ Walaupun perkara itu sudah lama berlalu, namun saya masih ingat mengenai peristiwa itu. Ada juga di kalangan MT yang tidak bersetuju Anwar dipecat,  tetapi majoriti yang hadir setuju Anwar dipecat, itu bukan keputusan Tun Mahathir tetapi keputusan semua yang hadir,” katanya.
Menurutnya, selepas keputusan itu dibuat Anwar diminta keluar daripada bilik mesyuarat, pada mulanya beliau enggan melakukannya tetapi setelah didesak oleh mereka hadir, akhirnya Anwar keluar dengan perasaan tidak puas hati.
“Sebelum keluar, Anwar sempat mengatakan apa yang berlaku malam itu adalah rancangan Tun Mahathir dan itu semua sudah dirancang untuk menjatuhkannya,” katanya. -MediaUMNO.