Kemenangan 2/3 PRN Sarawak sabtu lalu oleh Barisan Nasional merupakan satu indikator yg penting buat BN untuk terus memenangi hati rakyat. Trend pengundian di Sarawak dilihat lebih kepada bersifat perkauman kerana trend pengundi cina di bandar-bandar memilih DAP sebagai pilihan untuk mewakili kawasan mereka di DUN Sarawak.Manakala pengundi melayu,melanau dan bumiputera Sarawak serta di kawasan pedalaman yg lain terus menerus menunjukkan peningkatan sokongan kepada BN Sarawak.
Adakah Konsep 1 Malaysia yg digagaskan oleh Perdana Menteri tidak difahami dan diterima dengan jelas oleh masyarakat cina?????
Parti komponen BN di Sarawak seperti SUPP juga gagal mempertahankan dan memenangi kerusi yg ditandingi.Presiden Parti SUPP yg juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak sebelum ini Datuk Seri George Chan Hong Nam gagal mempertahankan kerusi DUN Piasau yg dimenanginya sebelum ini apabila tewas kepada calon DAP yg muda berusia 28 tahun. Parti tersebut yg mewakili masyarakat cina Sarawak hanya menang separuh sahaja kerusi yg ditandingi.
Walaupun BN menang 2/3 kerusi pilihanraya tetapi mengalami kekurangan kerusi yg dimenangi dalam PRN kali ini. BN hanya menang 55 kerusi dari 71 kerusi yg ditandingi berbanding PRN sebelum ini.
Pencapaian terbesar parti pembangkang dilakar oleh DAP yg menawan hampir keseluruhan kawasan majoriti pengundi cina apabila menang di 12 kerusi.
PKR pula hanya menang 3 kerusi sahaja iaitu pertambahan 2 kerusi dari PRN sebelum ini tetapi merupakan parti pembangkang paling banyak bertanding kerusi DUN Sarawak.PAS yg mahu melahirkan anak sulung mereka di Sarawak nyata ditolak mentah-mentah oleh pengundi Sarawak apabila tewas di semua 5 kerusi yg ditandingi.
Nasib malang juga turut menimpa SNAP yg juga antara parti tertua di Sarawak apabila kalah di 25 kerusi yg ditandingi. Presiden Parti SNAP ,Edwin Dundang juga tewas di DUN Marudi yg ditandinginya.
Mengenai kemenangan besar DAP dikawasan pengundi cina perlu diberi perhatian sewajarnya oleh BN dengan mencari fornula dan kaedah terbaik bagi menarik semula pengundi cina menyokong BN dalam pilihanraya umum yg akan datang. Trend pengundi cina sebelum ini dalam siri pilihanraya kecil di beberapa DUN dilihat kurang dan hanya meningkat sedikit sahaja dari PRU 12 sebelum ini.
Justeru apa yg berlaku di Sarawak masih belum jelas bahawa adakah pengundi cina akan memberi undi kepada BN dalam PRU 13 akan datang tidak lama lagi. Politik perkauman seperti ini perlu dihentikan agar keharmonian kaum di Malaysia tidak tergugat. DAP chauvanist yg dilihat di dalam kempen-kempennya ketika di Sarawak memainkan isu-isu perkauman dan sensitiviti kaum dan agama yg dilihat mempunyai agenda tertentu. Antaranya isu yg paling panas adalah mengenai penahanan masuk kitab injil dalam bahasa melayu. Walaupun telah selesai isu tersebut,mereka masih memutarbelitkan fakta dan mengelirukan rakyat bahawasanya kerajaan menidakkan kebebasan beragama dalam Malaysia.
Apa yg berlaku di P. Pinang telah menjadi saksi bagaimana DAP memerintah P. Pinang. Pelbagai masalah dan isu-isu perkauman timbul dek sikap chauvanist kerajaan DAP yg dipimpin oleh Lim Guan Eng menyusahkan rakyat P. Pinang terutamanya bumiputera melayu.
Dari masalah gerai-gerai kecil dirobohkan hingga kepada masalah kampung-kampung melayu yg ingin dirobohkan atas nama pembangunan . Dimanakah slogan CAT yg diwarwarkan oleh DAP?? Ibarat indah khabar dari rupa. Bagaimana kita sebagai rakyat Malayasia ingin memberi mandat kepada Pakatan seperti ini ??Kedangkalan pemimpin mereka dalam mengeluarkan kenyataan juga menimbulkan perasaan curiga kepada rakyat .
Baru-baru ini bekas speaker DUN Perak, V.Sivakumar dalam twitternya menghina penduduk pedalaman Sarawak kerana memilih BN dalam PRN Sarawak.Antara kata-katanya berbunyi:
" Tahniah kepada BN yang masih lagi berjaya menipu orang kawasan pendalaman di Sarawak"
Persoalannya, apakah rakyat Sarawak terutamanya kawasan pendalaman terlalu bodoh dan tidak berakal untuk memilih yang terbaik untuk mereka dan keluarga mereka?
Di manakah kredibiliti V. Sivakumar untuk mempertikai pilihan rakyat Sarawak sedangkan beliau sendiri tidak ada sumbangan yang signifikan kepada rakyat tempatan dan negara secara amnya selain daripada bercakap kosong ?Ini merupakan contoh kedangkalan pemimpin pembangkang dalam mengeluarkan kenyataan.
Akhir kata, sekalung Tahniah buat Barisan Nasional kerana dipilih sekali oleh Allah S.W.T bagi memerintah Sarawak.Kalam penutup buat entry kali ini kepada pengundi Sarawak yg telah memilih BN,kepada yg tidak muhasabah diri balik :
"Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak".
Firman Allah:“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58)
Wassalam

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.