Tuesday, April 19, 2011

PAS sudah hilang halatuju: Islamkah? Politikkah? Anwarkah?


Pas makin tersepit sejak ke belakangan ini. Keghairahan Hj Hadi mempertahankan Anwar dan keberanian Nik Aziz mendoakan supaya ditunjukkan kebenaran dalam solat hajat mega telah disusuli dengan pelbagai pendedahan menggemparkan yang menyebabkan mereka sendiri pun jadi bingung.
Bingung mungkin disebabkan ‘expectation’ dari sembahyang hajat mega yang diadakan bersama lebih 7000 jemaah tidak seperti yang mereka mahukan.
Mereka mahukan kebenaran ditunjukkan tapi kebenaran yang memihak kepada Anwar dan menurut cita rasa serta kepentingan mereka.
Mereka mahu Allah tunjukkan kekuasaannya dan menghukum mereka yang bertindak zalim, kerana mereka menyangka pihak mereka tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim dan menurut hawa nafsu.
Mereka mahu Allah menghukum dan membalikkan semula keaiban yang lebih besar kepada pihak yang telah mendedahkan keaiban Anwar dan keluarganya kerana keaiban yang begitu menurut Islam tidak boleh didedahkan sama sekali dan walau dalam keadaan apa dan siapa sekali pun.
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Satu demi satu perkembangan yang berlaku selepas solat hajat mega seolah-olah sedang menempelak pihak yang mereka sedang pertahankan.
Bermula dengan pengesahan ketulinan Video.
Susulan dari itu, Wan Azizah mengatakan tulin atau tidak bukan isu. Isunya orang dalam video itu bukan Anwar. Titik.
Bila ditanya di mana jam omega. Azizah kata ‘kamu bukan pendakwa raya’.
Turutan dari pertanyaan ini, Anwar juga turut menempelak semula wartawan dan hampir-hampir hilang kawalan diri apabila ditanya di mana jam Omega.
Anwar seboleh-bolehnya mahu wartawan tanya soalan lain dan mencadangkan supaya wartawan tanya DS Najib apa kaitan Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantunya.
Anwar sudah tidak kedengaran lagi melaungkan ayat Quran ‘favourite’nya, ‘Wamakarullah’ kerana segala perancangan atau lebih tepat lagi KONSPIRASI yang dirancangnya semakin menampakkan kegagalan dan semakin ‘terbonggeng’.
Selama ini dia sering menuduh semua orang mahu berkonspirasi bagi membunuh ‘kenaikan’ beliau dalam politik.
Akhirnya muncul operator kanan ‘group of konspirator’nya sendiri membuat pengakuan bahawa Anwarlah yang mengarahkan RPK untuk ‘spin’ dan kaitkan Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantunya dengan harapan dapat menyekat Najib dari menjadi PM seperti mana tersekatnya peluang dia untuk menjadi PM dulu.
Rupa-rupanya doa solat hajat mega telah termakbul.
Satu demi satu tuduhan yang Anwar lemparkan dalam proses dia mempertahankan diri, sedang berbalik kepada dia. Satu demi satu pendedahan keaiban pemimpin UMNO dan kerajaan yang dibawa oleh Anwar, juga sedang berbalik kepada dia.
Satu demi satu tuduhan yang Anwar lemparkan dalam proses dia mempertahankan diri, sedang berbalik kepada dia. Satu demi satu pendedahan keaiban pemimpin UMNO dan kerajaan yang dibawa oleh Anwar, juga sedang berbalik kepada dia.
Tuduhan Najib dan seluruh pihak kerajaan berkonspirasi akhirnya telah terbalik kepada Anwar. Anwar membuat tuduhan bahawa UMNO dan Najib berniat mahu mengaibkan dia. Akhirnya telah menyerlahkan kepada rakyat bahawa dialah sebenarnya yang berpolitik dengan menggunakan kaedah mengaibkan lawan dengan pelbagai tuduhan tidak berbukti.
Malahan dialah yang mereka-reka jalan cerita supaya nampak ‘real’. Ini bukan lagi mendedahkan perkara yang benar-benar berlaku tetapi mengada-adakan cerita yang tiada.
Ini bukan taraf mengumpat atau memfitnah, malah ia adalah tahap melakukan pendustaan. Lebih dahsyat dari mengumpat dan fitnah. Dusta adalah salah satu dari sifat dajal yang bakal muncul di akhir zaman.
Ulamak Pas yang mendesak supaya pihak yang menuduh Anwar supaya membawa empat saksi, sekarang harus membuat desakan yang sama kepada Anwar supaya mengemukakan empat saksi terhadap tuduhannya kepada Najib dan Rosmah.
Jika mereka menuduh Altantunya dibom untuk menghapuskan bukti bahawa Altantunya mengandungkan anak Najib, maka hari ini ulamak Pas harus mendesak Anwar supaya membawa bersama empat saksi yang muktabar bagi membuktikan bahawa janin kononnya yang ada rahim Altantunya itu adalah dari benih Najib.
Untuk peringatan – Ulamak Pas dan Persatuan Ulamak Malaysia tidak mengiktiraf proses pembuktian melalui kaedah saintifik seperti DNA.
Ulamak Pas juga menolak mentah-mentah penubuhan Suruhanjaya Diraja. Segala jalan dan proses ke arah mencari kebenaran telah ditolak oleh Pas.
Sekarang adalah saat di mana Pas harus membuat keputusan apa sebenarnya yang mahu diperjuangkan. Islamkah? Politikkah? Anwarkah?
Inilah garis pemisah antara iman dan kufur. Tiada yang ke tiga. Tiada percampuran antara iman dan kufur kerana pembalasan tuhan hanya ada dua, iaitu syurga atau neraka. Allah tidak menyediakan tempat untuk golongan yang separuh beriman dan separuh kufur.
Pilih antara satu. Jika Pas masih ‘bias’ dalam hal-ehwal agama, maka tunggulah keputusan tuhan.
Tiada siapa yang boleh mendidik ulamak melainkan petunjuk dari

"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata:  Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya Allah meredhai tiga perkara dan memarahi (murka) tiga perkara:  Allah redha kepada kamu apabila kamu mengibadahiNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, berpegang teguh kepada tali Allah dan tidak bercerai-berai, dan kamu sentiasa menasihati pemimpin yang diangkat Allah menguruskan urusanmu.  Dan Allah marah (murka) kepada kamu tiga perkara: Memperkatakan itu dan ini (banyak berdebat), banyak bertanya dan boros (menyia-nyiakan) harta".

WASSALAM.....




No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.