Thursday, April 28, 2011

Sumpah Laknat Datuk Eskay


Bertempat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul esok selepas Jumaat bakal menyaksikan satu lagi sumpah laknat yang akan dijunjung oleh Datuk Eskay, antara satu watak dibawah nama Datuk Trio.  

Datuk Eskay dalam kenyataan menyatakan bahawa ingin mendedahkan siapa sebenarnya Anwar, seorang yang kononnya alim dan warak, walhal hakikatnya telah disaksikan oleh Datuk Eskay selaku teman rapat Anwar.  Kalau Datuk Eskay sendiri tidak sanggup terus-terusan melihat gelagat Anwar di depan dan belakang masyarakat, apatah lagi melihat Anwar sebagai the next PM in the waiting!
DS Najib telah bersumpah atas isu altantuya, Ummi Hafilda juga telah bersumpah laknat.  Jangan kita lupakan Saiful Bukhari, mangsa liwat yang sehingga kini masih menuntut hak dan kebenaran untuk dirinya.  

Untuk bersumpah laknat, Anwar bila lagi???

Sumber :Gerakan Timur

Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.


 Wallahu'alam....
Yang Benar itu datangnya daripada ALLAH S.W.t


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.