Tuesday, April 26, 2011

Terima Kasih Bangsa Melayu



Nampak janggalkan tajuk entry kali ini, tetapi itulah hakikat yg perlu diterima oleh masyarakat Cina dan India di Malaysia.Tanpa tolak ansur dan persefahaman ,tidak mungkin  orang melayu pada ketika menjelang kemerdekaan berlapang dada menerima puluhan ribu masyarakat cina dan india menjadi warganegara Tanah melayu ketika itu.


Jangan jadi bangsa yg tidak kenal dek untung, sudah diberi betis nak paha pula.Pelbagai pengorbanan telah dilakukan oleh orang Melayu . Dari sudut pendidikan seperti biasiswa pengajian hingga kepada penguasaan ekonomi telah diberikan tanpa rasa prejudis. Inikah balasan pengorbanan orang melayu dengan meminta memulau akhbar suara melayu iaitu Utusan Malaysia kerana dikatakan perkauman . Adakah akhbar-akhbar berbahasa cina  selama ini tidak perkauman dengan menyiarkan bahan berita dan rencana yg menyentuh sensitiviti kaum dan agama??


Jangan cuba bermain api dengan kelak akan membakar diri!!!Kita ingin ingatkan kepada orang yg cuba menyentuh dan mengusik kepentingan dan hak keistimewaan orang bahawa jangan hanya melihat orang melayu diluar sahaja tetapi fikirkan yg masih ada dalam kem-kem tentera diseluruh malaysia.Bukan kita mengugut bangsa lain.Ia sebagai peringatan sahaja.


Sedarlah dari angan -angan yg tidak akan menjadi kenyataan .Berterima kasih lah kepada bangsa melayu ini yg telah memberi ruang dan tempat yg selesa buat anda. Kalau di negara lain tidak mungkin akan dapat taraf seperti di malaysia.Mari kita merenung kembali sorotan dalam lipatan sejarah negara bagaimana pemimpin cina dan india pada ketika dahulu berterima kasih kepada melayu, bukan seperti pemimpin sekarang yg menuntut bermacam-macam sehinggakan meminta kesamarataan antara kaum seperti  DAP dengan slogan 'Malaysian Malaysia'.Perkara seperti ini tidak mungkin akan terjadi kerana telah termaktub dalam perlembagaan negara mengenai hak keistimewaan melayu dan Raja-raja melayu.


Berikut merupakan ucapan petikan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969
  ''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.




Sebelum itu , pada tahun 1965 seorang pemimpin MIC ,Tun V.T. Sambathan pernah berkata :
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? 

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. 
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''



Persoalannya kini, apakah ini balasan atas pengorbanan orang melayu??
Renung-renungkan lah dan fikir-fikirkan!!!!











5 comments:

  1. ingat generasi cina dan india sekarang pakai lagi ke kenyataan dua orang pemimpin tu..silap silap dorangpun dah tak kenal dah..kita orang melayu tak payah lah nak mengenang benda lepas..akhir zaman ni kita lawan je balik.

    ReplyDelete
  2. memang dah tak ingat dah pun...tue pakat-pakat nak hentam orang melayu ja...tp sejarah la yg membentuk peradaban bangsa...klau kita tidak kenang sejarah...kita akan mengulanginnya sekali lagi...biar depa x ingat sejarah ...kita orang melayu ingatkan siapa depa dibumi malaysia ini..

    ReplyDelete
  3. MANTAP ARTIKEL BRO! ... MOHON IZIN LINKKAN BERSAMA BLOG MANTAP INI BERSAMA BLOG KAMI. WASALAM ...

    ReplyDelete
  4. syukran kathiraa....insyaAllah akan saya juga link kan blog anda

    ReplyDelete
  5. Salam bro. Ada perkara sikit gua nak bincang mengenai persiapan PRU13 untuk negeri Penang. Harap contact gua balik di unitmediapp@gmail.com. TQ.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.