Sunday, May 8, 2011

Aziz Bari !!!! Jangan Cuba Menggadai Maruah Islam





Hari ini di dalam Malaysian Insider, Prof Aziz Bari sekali lagi membuat kenyataan di luar prospek kepentingan islam  dengan mengatakan tidak perlu bimbang jika PM bukan orang islam.
Lihat Kenyataannya:


KUALA LUMPUR, 8 Mei — Pakar undang-undang Prof Abdul Aziz Bari berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri beragama Islam boleh menerajui kerajaan pusat dan keperluan seperti itu bertentangan dengan undang-undang sedia ada.
“Peruntukan bahawa perdana menteri mesti seorang yang beragama Islam tidak selaras peruntukan di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Aziz (gambar) berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar semalam yang mengatakan perdana menteri wajar beragama Islam.
Kata Zainul Rijal, walaupun ia tiada dalam peruntukan undang-undang mengenai soal agama atau kaum untuk menjadi perdana menteri, namun ia perlu bagi membantu dalam hal ehwal agama Islam.
“Perdana menteri mestilah seorang Muslim, jika tidak dia tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal-hal berkaitan agama Islam.
“Bagaimana anda boleh ada bukan Islam menasihati Agong dalam soal-soal mengenai Islam,” katanya.
Menurut Aziz, salah satu cara untuk meminda peruntukan itu adalah dengan memastikan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Justeru kata beliau, perdana menteri tidak seharusnya hanya orang Islam kerana Islam adalah agama rasmi negara dan terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri.
“Jangan kita lupa bahawa negeri-negeri Melayu secara jelas mengatakan: MB (menteri besar) itu — bukan ketua menteri — perlu orang Melayu dan beragama Islam. Peruntukan ini adalah jelas dan setiausaha kerajaan negeri juga perlu orang Melayu dan beragama Islam.
“Islam telah dilindungi dalam peruntukan, jadi tidak perlu bimbang sekiranya perdana menteri bukan orang Islam,” kata Aziz.
Beliau juga menegaskan Perlembagaan juga secara jelas mengatakan Raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing dan tidak memerlukan nasihat daripada kerajaan negeri.
“Peruntukan sudah jelas mengatakan ketua agama Islam tidak perlu mendengar nasihat kerajaan negeri kerana mereka boleh membuat keputusan sendiri. Sekiranya diperlukan Yang di-Pertuan Agong boleh melindungi Islam, namun keperluan untuk menasihatkan Agong adalah tidak penting.
“Lebih baik jika kita tidak menyebut perkara yang tiada dalam Perlembagaan melainkan ia memerlukan semangat Perlembagaan atau sesuatu perkara lain, Perlembagaan perlu difahami dan bukan untuk menunjuk-nunjuk,” katanya.(Malaysian Insider)
Dari sudut undang-undang, memang tidak dinafikan jawatan PM tidak meletakkan syarat bahawa perlu orang islam sahaja, tetapi meliputi konteks agama islam sebagai agama rasmi , PM seharusnya perlu beragama Islam demi menjaga kesucian dan kepentingan islam serta golongan melayu bumiputera.Beliau membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPIMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yg mengatakan wajar Perdana Menteri beragama islam supaya dapat menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam hal-hal berkaitan agama islam.

Renungkan apa tugas umat islam yg dikatakan oleh Allah dalam Al-Quran:
   "(Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan ugamaNya serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadat kepadaNya pada waktu pagi dan petang".Surah Al Fat-h ayat 9


Prof Abdul Aziz Bari seharusnya  jangan membuat kenyataan berkiblatkan undang-undang sahaja dan perlu memikirkan mengenai kepentingan Umat Islam di Malaysia.Tugas untuk memuliakan dan menguatkan islam merupakan satu tugas ke atas setiap umat islam.Wajib kita mentaatinya.Kenyataan sebegini akan menimbulkan resah dikalangan rakyat khususnya yang beragama Islam. 

1 comment:

  1. Itulah kalau dah Prof.Barua yg beramalkan plurisme
    dan reti mendaulatkan Islam.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.