MiM ingin berkongsi berita baru tentang Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang merangkap ADUN Bagan yang termalu terkedu tergagap-gagap apabila sidang akhbar di Taman Bagan menjadi tempat debat di antara beliau dengan Shaik Hussein, Ketua Pemuda Bagan merangkan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang.
Sidang akhbar yang menjadi medan Lim Guan Eng mengutuk parti lawan dan parti UMNO tiba-tiba menjadi medan melondehkan ketidakefesienan Lim Guan Eng sebagai ADUN Bagan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Shaik Hussein tidak mampu dijawap oleh Lim Guan Eng dengan logik.
Di antara yang dibawa oleh Shaik Hussein ialah usaha Lim Guan Eng merasmikan jalan alternatif dari jalan Mak Mandin ke Jalan Tiram di Sungai Nyior tetapi dalam masa yang sama, DAP telah gagal menunaikan janji PRU 12 mereka iaitu untuk memansuhkan tol di Tol Sungai Nyior. Soalan yang mudah itu tidak dapat di jawap oleh Setiausaha Agung DAP tersebut.
Selain daripada itu, Shaik Hussein mencabar Lim Guan Eng supaya mengambil tindakan terhadap Jeff Ooi jika beliau didapati terlibat di dalam perhimpunan paderi-paderi yang dikatakan turut mengandungi ikrar bahawa 'Agama Kristian akan di jadikan agama rasmi negara ini dan Perdana Menteri adalah orang kristian.'
Lim Guan Eng yang cuba mengelak daripada menjawap tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan desakan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap Jeff Ooi.
Semasa ditanya, Jeff Ooi telah memberi jawapan yang sangat mencurigakan dan bodoh iaitu beliau sedang menggunakan iPad dan makan ketika ikrar tersebut berkemundang di dalam dewan tersebut.
Apa pun, kita semua mahukan kebenaran!! Dan bukannya jawapan berkias-kias Jeff Ooi yang menambah minyak di dalam api!
PERHATIAN : Jika tidak ada aral melintang, MiM akan menyiarkan video semasa perhimpunan tersebut di adakan.
Sumber : Blog M.I.M
Sivaji The Boss Penang "Guan Eng kalau hang berani hang mai sini " |
hapuskan tol maknanya tak dapat duit.
ReplyDeletebuat jalan alternatif boleh dapat komisen lulus projek maa
hehehe
Padan muka LGE , Dikhabarkan juga selepas sidang media itu,Guan Eng beredar menaiki keretanya pulang , ramai penduduk di sekitar Taman Bagan yang hadir ke perasmian majoritinya kaum Cina bertepuk tangan kepada Sdr Shaik Hussein yang dianggap berani berdepan dengan seorang Ketua Menteri Pulau Pinang bagi pihak rakyat di Bagan .
ReplyDelete