Saturday, May 7, 2011

Guan Eng Dan DAP Cuba Bermain Api



Pendedahan yang dibuat oleh BIGDOGDOTCOM dan MY ANGER yang kemudiannya dipetik oleh Utusan Malaysia untuk disiarkan di muka hadapan akhbar tersebut, menyebabkan Lim Guan Eng panas punggung. Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong yang menganjurkan majlis ikrar mengkatholikkan Malaysia dan menaikkan Perdana Menteri Katholik, juga terpaksa membuat penafian dengan alasan bodoh.

Seperti biasa, Lim Guan Eng akan segera melabelkan Utusan Malaysia sebagai jahat dan membuat fitnah. Guan Eng tidak mampu membuat penafian, lebih dari itu. Dari dahulu sampailah sekarang, Guan Eng hanya mampu melabelkan Utusan Malaysia dengan label kegemarannya tanpa dapat menyanggah apa yang disiarkan oleh akhbar tersebut.

Permainan RASIS dan Katholik yang dimainkan oleh DAP cuba diselindungkan dengan menuduh Utusan Malaysia sebagai pengamal budaya rasis dan fitnah. Guan Eng berharap, serangannya ke atas Utusan Malaysia akan dituruti oleh para pencacai, sekaligus melupakan tentang misi sebenar DAP. Malah, menjadikan serangan itu sebagai perisai untuk DAP bergerak bebas MENGKATHOLIKKAN Malaysia dan misi menaikkan Perdana Menteri Katholik pertama di Malaysia.

Dalam keadaan sekarang, Lim Guan Eng akan berusaha menafikan berita dan pendedahan ini dengan walau apa cara sekalipun. Membenarkan pendedahan ini atau mengakui pengkatholikan seluruh Malaysia, akan membuatkan DAP diharamkan dan Jeff Ooi, serta sekalian yang hadir dalam majlis tersebut ke tali gantung kerana memerangi Yang Dipertuan Agong.



Sumber: Pejuang Bangsa

2 comments:

  1. haramjadah punya dap. berani main api dgn umat islam seluruh malaysia. bab agama jgn duk main2, islam adalah agama rasmi malaysia. ia adalah 1 daripada 7 wasiat raja2 melayu sebelum merdeka lagi. nampaknya dap sudah kurang ajaq dan berani memainkan bab sensitiviti umat islam. dap laknatullah...

    ReplyDelete
  2. @anonymous 11.00 PM
    DAP nie sejak dari penubuhannya lagi sudah membahayakan negara Malaysia ni. Pelbagai tuntutan nya yg bertentangan dengan prinsip perlembagaan yg diminx. Memang x guna punya parti chauvanist nie.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.