Sunday, May 29, 2011

Mufti Perak Diberi Gelaran "Haramsani"


Memang dasar kurang ajar betui sorang lagi mangkuk Pas nie.Inilah bukti bahawa ceramah PAS penuh dengan makin hamun dan paling sedih kepada  seorang Mufti iaitu Mufti Perak.  Politik maki hamun , hina orang lain sudah lama jadi asam garam  dalam ceramah PAS dan kalau dengar memang cukup menyakitkan telinga dan hati. Rasa macam nak pi maki balik ja.

Di Perak, seorang bekas  Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa yang mendapat gelaran 'ustaz' dalam kalangan ahli parti itu bertindak biadab apabila menggelarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai 'Haramsani'.

Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Tindakannya itu ternyata memakan diri apabila kesemua 19 komen yang diterima daripada pengunjung web berkenaan, termasuk beberapa individu yang mengaku penyokong Pas mengkritik isi ceramah tersebut.

Berikut adalah petikan ceramah tersebut yang baru dimuat naik individu bernama MrPanglimaHarimau pada 23 Mei lalu.
"Duit kerajaan negeri perak, gaji-gaji kakitangan, termasuk Menteri Besar tak diasingkan, maka duit kerajaan negeri Perak bercampur, duit pelacur di situ, duit judi di situ, duit arak di situ, duit babi di situ, duit hiburan di situ, bercampur...

"Mufti tak 'respons' sebab dia tahu gaji dia duit pelacur, gaji mufti duit pelacur, gaji mufti duit babi, gaji mufti duit judi, gaji mufti duit haram.


"Itu sebab bila orang kata dia, dia bukan Harussani tetapi Haramsani. Dua kali haram....

"Itu sebab dia tak respons judi sebab dia tau gaji yang dia terima ini mungkin sumber judi, gaji dia mungkin sumber babi, sumber pelacur, sumber haram, sumber hiburan... Suruh dia respons," katanya.

Rakaman video bertajuk 'Mufti Perak digelar Haramsani' itu tercatat tarikh 7 Februari 2011 pukul 10.12 malam.







Komentar KP: Biadap terhadap Ulama ataupun mufti merupakan satu penghinaan terhadap golongan agamawan dan cendekiawan islam. Ulama  atau mufti merupakan 'warasatul anbiya' iaitu pewaris nabi dan perlu dihormati keberadaannya dalam masyarakat dan negara. Tindakan bodoh dan bahalul lagi baghal si pemimpin PAS ini telah menampakkan sifat mazmumah iaitu sifat keji  dalam diri.Inilah hasil tarbiyah dan didikan yg dikatakan Ulama dalam PAS yg hanya bertopengkan agama dan melacurkan hadis dan kalam Allah yg mulia iaitu Al -Quran. 


Pergi la cari mana-mana kitab yang usul fikh yg mengatakan hukum menghina ulama -ulama dan golongan agamawan ini. Pelbagai sirah catatan islam terdahulu pernah merekod perselisihan faham antara ulama-ulama besar ketika itu berkaitan pelbagai ruang lingkup meliputi hal politik ,aqidah dan lain-lain lagi.Tetapi mereka tetap kembali merujuk kepada Al-quran dan hadis dan menafsir sesuatu hukum berdasarkan pendapat dan ijtihad jumhur ulama yg berilmu tinggi dan dalam berkaitan usul fiqh islam.Bagi Ulama-ulama topeng dalam PAS nie mereka memutarbelit dan menafsir kalam Allah dan hadis Rasulullah  mengikut nafsu mereka sahaja dan tidak beramal dengan ilmu yang dipelajari. Ibarat kata pepatah Arab "orang yg tidak beramal dengan ilmu yg dipelajari ibarat pohon tanpa buah".Tetapi dalam konteks PAS, mereka nie tidak beramal dengan sebenarnya perkara yg mereka belajar. Sampaikan seorang ulama besar iaitu mufti negeri Perak yang lantang mengeluarkan pendapat yang tidak menyebelahi mereka dihina dan dikeji sebegini rupa.
Di mana prinsip keislaman mereka???? Islam hanya pada nama sahaja. ITU LAH PAS

2 comments:

  1. masyaAllah, takburnya bila bercakap. riak yg melampau-lampau. tak malu dgn Allah dh makhluk berjambang tu!!!

    ReplyDelete
  2. Kalau macamni rupa ustaz taubat saya tak akan menghantar anak cucu saya utk berilmu dengan dia. Tengok diri sendiri pun tak terurus nak jadi ustaz. Belajar urus diri sendiri dulu pas tu baru ajar orang ramai. 1 lagi cuba gi belajar bahasa melayu dahulu sebab nya kamu tu melayu. Bahasa yang diguna pada mufti tak menunjukan yang kamu itu melayu. Saya tak marahkan kamu sebab kamu kan anak murid Nik Aziz. Jika guru kencing berdiri anak murid apa lagi kencing merata la.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.