Sunday, May 29, 2011

Hj Hadi Kata PAS Berani !!! Betul Ka !!!

Dalam Haramkah Daily hari ini, Hj Hadi memberi kenyataan kononnya PAS lebih berani  dari Barisan Nasional.Ini disebabkan PAS berani mengadakan pemilihan parti menjelang  kemungkinan beberapa bulan sahaja lagi Pilihanraya Umum Ke-13 akan diadakan.



Difahamkan ,UMNO dan beberapa komponen parti BN telah menanggguhkan pemilihan parti tahun ini bagi memberi fokus untuk PRU-13 ini.Sekiranya diadakan pemilihan parti juga pada kali ini, ia akan memberi kesan dan impak kepada momentum gerakerja pilihanraya parti dan kemungkinan mengganggu proses menstrukturkan jentera pilihanraya parti menjelang PRU-13 yang tidak lama lagi.


Hj Hadi bolehlah berkata begitu kerana jawatan presiden yang disandangnya tidak dicabar oleh mana-mana tokoh pimpinan dalam PAS.Beliau boleh merasakan selesa setelah sebulat suara menyokong kepimpinannya.
Lihatlah kepada jawatan paling panas dalam pemilihan PAS kali ini iaitu jawatan Timbalan Presiden yang mengalami pertandingan 3 penjuru iaitu 2 tokoh dari golongan ulama PAS dan seorang dari mana entah kelulusannya lagak bertanding kononnya ingin memberi lebih sumbangan kepada parti yang dulunya pernah kalah dalam pemilihan jawatan yang sama ditandingi tetapi atas dasar ehsan diberi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.


Langkah yang diambil oleh PAS ini bukan menunjukkan mereka berani  tetapi bakal menanpakkan kelemahan mereka sepanjang berlangsungnya muktamar pada jun ini. Semestinya akan berlaku pergeseran diantara pemimpin -pemimpin yang bertanding dalam memenangi hati perwakilan bagi memilih mereka di pemilihan pada muktamar kali ini.Lobi -melobi akan menjadi mainan sepanjang pemilihan tersebut.


Hj Hadi tak boleh kata PAS berani kerana ia akan memakan diri mereka sendiri. Lihatlah nanti waktu pemilihan PAS pusat di Muktamar Agung PAS Pusat.


Komentar KP: Depan ahli PAS bolehlah kata berani, depan DAP sumpah dia tak berani. Itulah realiti sebenar pemimpin Parti Islam Se-malaysia.Kelulusan penubuhannya dulu pun atas dasar British ingin memecahbelahkan perpaduan umat melayu islam bukan nak suruh martabatkan islam.






No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.