Sunday, May 29, 2011

Ustaz Kazim selar orang yang menghina Mufti Perak




Ikuti sedutan ceramah Ustaz Kazim Elias Al Hafiz yang bercakap tentang peristiwa penghinaan terhadap mufti Perak, Tan Sri  Harussani Zakaria.

IPOH 28 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria  menyifatkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa menyerupai orang fasik kerana setiap kata-katanya sukar untuk dipercayai.

Katanya, orang seperti itu tidak wajar dipercayai kerana perbuatan memburukkan orang lain jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya nak tanya dia, semasa dia bekerja makan gaji dulu, dari mana sumber duit gaji yang diterimanya?

"Semasa zaman Rasulullah dahulu pun, duit yang dibayar gaji juga diperoleh daripada cukai arak dan judi, semua itu tidak pernah dipertikaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas kebiadapan Nor Azli yang sanggup menggelarnya sebagai 'Haramsani' kerana menerima wang yang didakwa daripada sumber haram.

Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Harussani berkata, tidak salah menggunakan duit tersebut kerana perkara seperti itu tidak pernah dipertikaikan pada zaman pemerintahan Islam dahulu lagi

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.