"Gandingan sedia ada sudah mantap dan tiada sebarang masalah antara mereka mahu pun kepada parti."
Begitulah kata Timbalan Mursyidul Am Pas, Dato' Dr Haron Din mengenai pemilihan jawatan Timbalan Presiden pada sidang muktamar PAS yang sedang giat berlangsung ini. Beliau juga mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden mesti dijawat oleh golongan Ulama di dalam PAS bertepatan dengan ketetapan Muktamar PAS 1980 dahulu.
Nampaknya, Dato' Haron Din sudah memberi 'green light' kepada perwakilan PAS supaya terus menyokong kepimpinan Hadi-Nasharuddin . Ustaz Nasharuddin perlu menggunakan peluang seperti ini untuk terus mempertahankan jawatan yang disandangnya yg kemungkinan akan diambil oleh Tuan Ibrahim Tuan Man ataupun Mat Sabu.
Kemasukan Tuan Ibrahim Tuan Man ibarat seperti kambing hitam sahaja bertujuan bagi memecah undi golongan ulama yg menyokong Ustaz Nasharuddin.Jika dibaca di laman-laman web media baru,portal-portal pembangkang menaruh harapan supaya Tuan Ibrahim Tuan Man diangkat menjadi Timbalan Presiden PAS yang baru. Ini disebabkan oleh Ustaz Nasharuddin yang dulunya lebih kepada Pro Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Pastinya hal ini akan digagalkan oleh Pemimpin No. 1 PAS, Nik Aziz yang masih berdendam dengan UMNO mengenai peristiwa hitam PAS-UMNO dahulu.
Peluang untuk seorang lagi pencabar yang sudah kalah dahulu yang aku tidak tahu kelulusannya, nak kata ulama tidak,profesional pun jauh sekali, Mat Sabu yang merupakan calon popular dalam PAS. Mendapat pencalonan paling tinggi unutk jawatan Timbalan Presiden.Jangan main dengan Mat Perdana 121 nie.Hebat sangat !!!!
Apa-apa pun , golongan tertinggi ulama seperti Dato Dr Haron Din dah merestui dan menyokong penuh Ustaz Nasharuddin untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.Kita tunggu dan lihat bagaimana kebijaksanaan
perwakilan PAS memilih pemimpin mereka untuk survival PAS dalam arena medan siasah negara.
psstt: Berita terkini, Nik Abduh menang jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS mengalahkan 3 calon yang lain!!!!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.