Saturday, June 4, 2011

Kepimpinan Ulama Bukan Lagi Pilihan Perwakilan PAS



Dengan kedengaran kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS ,PAS kini menuju satu era dimana kepimpinan tokoh ulama ditolak sama sekali oleh perwakilan PAS ketika pemilihan parti. Sejak era penubuhan PAS yang pada tahun 1955 oleh Hj Ahmad Fuad,golongan ulama mendominasi dalam kalangan jawatan tertinggi  PAS Pusat . 


Tapi kini, kemenangan Mat Sabu dan beberapa orang bukan Ulama dalam kalangan jawatan tertinggi PAS telah merubah corak hierarki  kepimpinan PAS. Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS, Hj Harun Taib telah mengeluarkan kenyataan perlunya kepimpinan Ulama untuk jawatan-jawatan utama dalam PAS supaya kesinambungan perjuangan PAS tidak lari dari landasan asal.Tapi apa dah jadi kepada jawatan no 2 dan no 3 parti???


Bagi jawatan Naib Presiden , Kemenangan Trio bukan ulama  Mahfuz Omar, Husam Musa dan Salahuddin Ayub telah menaikkan pengaruh pasukan erdogan dalam PAS dan melumpuhkan terus golongan Ulama.
Mat Sabu pula yang dikatakan  sebagai ejen DAP di dalam PAS juga bakal mempengaruhi hala tuju PAS selepas ini.


~PAS sekarang bukan parti Islam ,dah jadi Parti Sekular dan Liberal.Slogan Gemilang Islam dibawah Kepimpinan Ulamak dah terkubur dalam PAS. ~


Berikut merupakan keputusan pemilihan PAS dalam Muktamar baru-baru ini:

Presiden : TG Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)


Timbalan Presiden : 
Mohamad Sabu (420 undi)
Tuan Ibrahim Tuan Man (399)
Nasharudin Mat Isa 224


Naib Presiden : 
Salahudin Ayub (753)
Husam Musa (660)
Mahfuz Omar (616)
Idris Ahmad (491)
Nik Amar Nik Abdullah(321)
Nizar Jamaludin (217)

AJK PAS Pusat Sesi 2011-2013 :
Mazlan Aliman (804)
Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
Datuk Kamarudin Jaafar (739)
Hanipa Maidin (735)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
Dr Zulkefly Ahmad (702)
Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
Khalid Samad (643)
Abdul Ghani shamsuddin (579)
Amiruddin Hamzah (576)
Abdul Wahid Endut (556)
Abu Bakar Chik (527)
Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
Dr Siti Mariah Mahmud (445)
Datuk Mahfodz Mohamed (449)
Datuk Hassan Ali (437)
Abdul Ghani Abd Rahman (430)
Nuridah Salleh (416)


p/s: Kaler hijau tu adalah geng pro ulamak.., biru adalah Erdogan yang pro anwar.., dan merah adalah kumpulan profesional yang pro DAP...
Sumber Keputusan : Blog MPP

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.