Trend terbaru PAS ketika ini ialah menarik sokongan di kalangan Artis tanah air bagi menyemarakkan syiar islam di Malaysia. Ostat Bob Lokman dijangka dilantik sebagai Ketua Lujnah Dewan Himpunan Karyawan PAS yang petama buat julung kalinya bagi menguatkan slogan PAS iaitu" PAS FOR ALL".
KP berpandangan sedemikian kerana terbaca kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS,Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi yang mengatakan akan ada lebih ramai artis bakal menjadi ahli PAS tidak lama lagi. Nampaknya, PAS begitu agresif dengan agendannya untuk menggunakan artis tak kira penyanyi ,pelakon dan pelawak sebagai penceramah dan role model mereka kepada generasi muda untuk bersama-sama mereka dalam PAS.Semuanya mereka nak rekrut menjadi sebahagian daripada mereka. Barangkali, artis-artis ini hendak bertaubat ,tapi bukan dengan cara masuk PAS baru dikira bertaubat. Sekadar masuk PAS tidak jamin seseorang itu bakal ke syurga. Takwa dan pahala menjadi bekalan dan dipandang Allah diakhirat kelak.
Nampaknya, golongan ulama PAS sudah dipandang sepi oleh ahli mereka sendiri seperti yang berlaku dalam pemilihan jawatan ketika Muktamar semalam. Golongan bukan ulama mendominasi saf kepimpinan PAS Pusat selepas diumumkan keputusan pemilihannya.
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Kesediaan beberapa orang artis untuk menyertai PAS, selepas Bob Lokman, membuktikan PAS sudah semakin diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di tanah air.
Perkembangan yang memberangsangkan ini diyakini akan menarik minat lebih ramai anggota masyarakat negara ini untuk menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, sejajar dengan perjuangan PAS untuk kepentingan semua kaum.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasarudin Hassan Tantawi menegaskan, kesediaan golongan artis untuk menyertai PAS sudah dimaklumkan oleh golongan artis sendiri kepada beliau secara jujur baru-baru ini.
Menurut beliau, artis-artis tersebut sudahpun dikenalpasti dan mereka sememangnya terdiri daripada artis-artis ternama yang melibattkan pengarah, penyanyi, pelakon dan pelawak.
Katanya, bagaimanapun beliau tidak mahu menyebut nama-nama artis terbabit kerana mahu menyerahkan kepada artis-artis itu sendiri untuk mengumumkannya nanti.
"Saya difahamkan buat masa ini mereka masih belum bersedia untuk mengumumkannya. Tetapi mereka memang mahu menyertai PAS seperti juga Bob Lokman," katanya pada sidang media di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, hari ini.

pssstttt : pengarah , pelakon ,penyanyi dan pelawak antara sasaran PAS...berhati-hati artis Malaysia!!!!! Diminta Saudara Mat Sabu ,Timbalan Presiden PAS yang baru usulkan perkara ini dalam mesyuarat PAS Pusat nanti ye..haha
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.