Friday, June 24, 2011

Mahasiswa Dan Pelajar Dilarang Menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0




SUBANG – Pelajar di semua peringkat diingatkan tidak libatkan diri dalam perhimpunan Bersih 2.0.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi berkata, kerajaan tidak mahu pelajar dipergunakan untuk meraih sokongan.

“Mereka patut mengutamakan pelajaran berbanding terlibat dengan isu-isu mainan politik pihak-pihak tertentu yang akan merosakkan pemikiran mereka.

“Jika mereka didapati menghadiri demonstrasi itu pihak sekolah dan kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan, seharusnya mereka ini perlu menghabiskan pengajian.

“Pihak polis diminta mengenal pasti jika wujud pelajar-pelajar menyertai perhimpunan itu agar dirujuk kepada pihak sekolah supaya tindakan dikenakan ke atas mereka” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Pengetua Sekolah Malaysia di sini, semalam. -Sinar Harian



Komentar KP : KP mendapat maklumat bahawa golongan mahasiswa  Universiti sekitar KL dan Selangor akan turun beramai-ramai ke perhimpunan BERSIH ini. Di dalam kampus universiti  sendiri kalau tidak silap pun sudah pun  mula menjual baju T-Shirt  BERSIH secara gelap kepada mahasiswa-mahasiswa yang totok kepada Pakatan Rakyat yang dilakukan oleh orang luar melalui mahasiswa sendiri. Pelbagai posting di laman status Facebook mereka juga mengajak mahasiswa-mahasiswa turun berdemo dan menyokong BERSIH kali ini.Sebagai tanda sokongan mereka,mereka memaparkan lambang BERSIH di profile picture Facebook mereka.


Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi perlu memandang serius hal ini dengan mengambil tindakan awal mengarahkan pihak HEP di setiap universiti mengeluarkan notis larangan menyertai perhimpunan ini dan jika mereka menyertai juga , mereka berdepan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU). Mereka masih mentah mengenai hal-hal politik semasa dan sekadar menyokong kerana mereka dimomok oleh berita dan isu kepincangan kerajaan dalam mentadbir negara oleh Pakatan Rakyat.Mereka tidak memikirkan jasa baik kerajaan selama ini yang menyediakan kemudahan tempat untuk menyambung pengajian yang selesa dan pelbagai elaun dan biasiswa serta pinjaman pelajaran buat mereka menyambung pelajaran.Jangan biarkan golongan mahasiswa yang bakal memimpin negara rosak disebabkan oleh pemimpin ANugerah Tuhan yang gila kuasa dan pangkat.KP berharap kerajaan bertindak secepat yang mungkin bagi kebaikan masa depan mahasiswa universiti di negara ini.







1 comment:

  1. Diharap para pelajar dapat fokus pada pelajaran.Elakkan masalah.

    http://mybancik.blogspot.com/2011/06/kerajaan-perlu-tegas-terhadap-pihak.html

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.