Thursday, June 23, 2011

PAS Sokong Pemimpin ANTI ISLAM




Juak-juak PAS sudah jauh terpesong dengan menyokong pemimpin perhimpunan BERSIH yang sememangnya dikenali sebagai penentang kuat islam seperti Abu Lahab di zaman Rasulullah.Ambiga Sreenevasan bekas pengerusi Bar Council mencetuskan kemarahan umat islam dahulu ketika kerana terlibat dalam IFC yang sememangnya menuntut kesamaratan dan kebebasan dalam agama yang dianuti.Kita sebagai umat islam perlu sedar hal ini kerana ia bakal menggugat islam sebagai agama rasmi persekutuan dan akan berlaku banyak kes murtad dikalangan umat islam. Jangankan kerana inginkan jalan cepat ke Putrajaya, PAS sanggup menggadaikan maruah islam dan merugikan perjuangan Saidina Abu Bakar yang ketika zamannya menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah S.A.W,beliau begitu istiqamah dalam membanteras gejala murtad dikalangan umat islam ketika itu yang berleluasa dek kerana kurangnya kefahaman terhadap islam.




Di manakah pendirian PAS dalam hal ini???Sanggup bersekongkol dengan anti islam demi menjatuhkan pemimpin islam sendiri.Dalil mana yang ostat-ostat PAS pakai ini??? Usah berkata UMNO itu kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC kerana PAS pun bertahalluf siyasi  dengan DAP.Nik Aziz sendiri pernah berkata lebih baik berkawan dengan syaitan dan iblis daripada berkawan dengan UMNO.
Cuba renungkan hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi:


"Sesungguhnya Allah (subhanahuwata’ala) tidak sepakatkan umat Islam di atas kesesatan, dan tangan Allah (rahmatnya) di atas jemaah ramai (umat Islam) dan siapa yang memencilkan dirinya (dari jemaah tersebut) terpencillah ia ke dalam api (neraka).” (Hadis riwayat at-Tirmizi, Jami’ Saghir 1/278)


Dalam hadis ini, dijelaskan oleh Allah melalui Rasulullah kepada Umat Islam bahawa jika sudah terdapat satu jemaah islam yang ramai dalam sesuatu tempat, maka masuklah kamu bersama-sama mereka dan sesiapa yang cuba menjauhkan dirinya daripada mereka maka masuklah ia ke dalam api neraka.Justeru , apa yang berlaku sekarang sudah lain seperti yang disyariatkan oleh Allah dalam Islam dan golongan yang bertindak memencilkan diri ini , cuba menggugatkan jemaah islam sedia ada,jadi ini bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Jadi ,konsep islam yang cuba dibawa oleh PAS banyak bertentangan dengan islam itu sendiri kerana mereka banyak menolak perkara yang terdapat dalam Al-Quran dan sering memutarbelitkan kalamullah demi mencapai objektif mereka.



Jom kenali serba sedikit mengenai Petualang Anti Islam dan Negara
Nama : Ambiga Sreenevasan 
1. Agama Hindu
2. Anti Islam 
3. Penyokong Murtad
 Kerja Jahat Beliau
1. Menjadi peguam bela kes Lina Joy seorg wanita islam yg murtad
 2. Menganjurkan forum pertikaikan kuasa mahkamah syariah melibatkan kemasukan org bukan islam masuk Islam. 
3. Pendokong dan Penggerak IFC (Inter Faith Comission/Suruhanjaya Antara agama) yg pernah mengatakan bhw perceraian dlm islam adalah zalim dan juga menyokong pluralisme agama.
 4. Menawarkan khidmat guaman percuma kpd umat Islam yg nak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan. 
5. Penyokong kuat kpd seorng wanita India yg nak mohon jadi peguam syarie dan nasib baik permohonan ditolak. 
Kepincangan ahli PAS yg bertakbir dgn nama Allah tetapi sanggup mengikut petualang agama Islam Nauzubillahi minzalik, kembalilah  kepada Allah, Al-Quran dan Hadis Nabi, jgn kembali kepada DAP dan Anwar Ibrahim.Setiap sokongan anda kepada mereka akan disoal oleh Allah di akhirat kelak!!! Itu janji Allah didalam Al-Quran !!
                                               A007
      Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya (Az-Zalzalah 99:7


                                                             A008  
      Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Az-Zalzalah 99:8)

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.