Wednesday, June 22, 2011

Sikap Biadap Adun DAP Sarawak






KUCHING 21 Jun - Kehadiran 12 wakil rakyat DAP yang tidak mengenakan pakaian rasmi dan songkok pada Upacara Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-17 hari ini disifatkan sebagai 'kurang manis' kerana tidak menghormati majlis.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, tindak- tanduk wakil rakyat DAP itu bukan perkara baru kerana mereka pernah melakukan perbuatan yang sama pada sidang DUN terdahulu.


"Meskipun tidak diwajibkan, mematuhi etika pemakaian pada upacara berkenaan secara zahirnya menunjukkan seseorang itu menghormati negeri, ketuanya serta DUN itu sendiri.
"Pemakaian songkok pula bukan simbol agama, masyarakat di India pun pakai songkok walaupun mereka bukan muslim. Songkok hanya melengkapkan pakaian seragam," katanya selepas menghadiri upacara berkenaan di Dataran Kompleks DUN Baru di Petra Jaya hari ini.


Pengerusi DAP negeri yang juga ADUN Bukit Assek, Wong Ho Leng semalam dilaporkan mempersoalkan pemakaian seragam rasmi dan songkok pada upacara pembukaan persidangan kerana menyifatkan ia menafikan kebebasan beragama di samping membazir wang rakyat.


Mengulas lanjut, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar negeri berkata, tindakan ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berpakaian rasmi pada upacara tersebut wajar dipuji kerana tidak terpengaruh dengan rakan pembangkang yang lain.


"Kita boleh katakan mereka ini sebagai pembangkang yang setia. Saya tak kata yang lain tidak setia, cuma mereka secara zahirnya tidak menghormati budaya di Dewan ini," katanya.
Sementara itu, Speaker DUN, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, pemakaian seragam rasmi pada upacara pembukaan bukanlah satu kemestian kepada setiap wakil rakyat.


"Kita tak paksa, kalau mereka nak pakai, kita sediakan, kalau enggan, kita tak sediakan. Cuma kalau pakai sut hitam, nampak janggal lebih-lebih lagi kalau mereka ingin gantung pingat kebesaran.
"Mengenai songkok, pendapat yang mengaitkannya dengan keagamaan adalah salah sama sekali. Songkok tiada kena-mengena dengan agama," katanya.


Komentar KP : Memang celaka betui la DAP nie..dulu di DUN Perak ..kini di DUN Sarawak

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.