Printscreen diatas merupakan jawapan Ustaz Zamri berkenaan kontroversi gambarnya di BERSIH 2.0 baru-baru ini. Beliau memberi pandangan harus mengadakan demonstrasi ini dan haram memprovokasi demonstrasi.
Saya tahu banyak pandangan ustaz-ustaz yang mengharuskan mengadakan demonstrasi ini disebabkan oleh kononya tujuannya itu yang dilihat akan memberi kebaikan kepada rakyat padahal mereka tidak pula melihat kepada perkara yang lebih aula' seperti muamalah lelaki dan perempuan dalam demonstrasi.Semestinya saya yakin perhimpunan haram BERSIH sabtu lalu berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.Jadi apa rasionalnya keharusan dalam demonstrasi ini???
Mesti berlaku persentuhan diantara mereka ketika sedang berasak-asak dan bertempur dengan polis.
Saya juga sedia maklum bahawa ustaz-ustaz juga menggunakan dalil -dalil syari'e dari al quran dan hadis untuk mengharuskan demonstrasi ini tapi saya juga ada mendengar bahawa ada seorang ulama salafi yang berpandangan bahawa mereka yakni ustaz-ustaz ini menggunakan dalil dan nas ini tidak kena pada tempatnya.contoh hadis ialah berkaitan jiran mengikut kata ulama itu .Lihatlah bagaimana singkatnya pendekatan yang diambil dengan mengambil nas dan dalil untuk disesuaikan dengan matlamat tanpa melihat kepada tatacara dan pelaksanaannya secara komprehensif.
Tujuan saya bukanlah nak mengajar tapi inilah hakikat sebenar hukum islam Demonstrasi bukan cara islam.Mengikut sumber sejarah yang saya baca,demonstrasi pertama dalam islam ialah ketika pemerintahan khulafa' Ar-Rasyiddin yang ke-3 yakni Saidina Uthman Bin Affan sehinggakan terbunuhnya Saidina Uthman Bin Affan.
Semua boleh nilai sendiri kerana demonstrasi ini bakal huru-hara kan negara seperti terjadi kepada sahabat Rasulullah S.A.W yang terbunuh sewaktu huru-hara berlaku semasa pemerintahannya kerana dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati akibat keputusan Saidina Uthman melantik dikalangan sanak saudaranya memegang jawatan dalam pentadbirannya,walhal Saidina Uthman hanya melantik sanak saudaranya yang berkelayakan dan berkebolehan sahaja.Tidak semua jawatan diberikan kepada sanak saudaranya, terdapat banyak jawatan yang turut diberikan kepada kabilah lain mengikut kesesuaian jawatan tersebut
Namun isu yang sekecil ini akhirnya menjadi semakin besar sehingga menjadikan kaum muslimin huru hara,pergolakkan dalam masyarakat menjadi tidak terkawal. Akhirnya menjadi salah satu punca perpecahan, pembunuhan sesama muslimin, perang saudara, wujudnya golongan-golongan seperti muktazilah, syiah yang membawa halauan masing-masing. Permulaan kepada perpecahan dalam Islam. Perpecahan kesatuan Islam.
Namun isu yang sekecil ini akhirnya menjadi semakin besar sehingga menjadikan kaum muslimin huru hara,pergolakkan dalam masyarakat menjadi tidak terkawal. Akhirnya menjadi salah satu punca perpecahan, pembunuhan sesama muslimin, perang saudara, wujudnya golongan-golongan seperti muktazilah, syiah yang membawa halauan masing-masing. Permulaan kepada perpecahan dalam Islam. Perpecahan kesatuan Islam.
Jadi,demonstrasi haram ini lebih banyak membawa kepada perpecahan umat dan memecahbelahkan institusi kesatuan islam sahaja dari kebaikan.
Mahukah Malaysia juga menerima nasib yang sama???Ambillah iktibar dan pedoman dari sejarah terdahulu agar kita tidak mengulanginya sekali lagi.
Wallahu'alam ....
ustaz2 ni tahu apa...taksub kat politik..guna hujah2 yg lemah tanpa melihat motif
ReplyDeletehuru hara sebab polis tembak pemedih mata..ini bukan merusuh cuma nak berhimpun dan berjalan menunjukkan sokongan...kenapa tak nak komen juga pasal demo UMNO di pulau pinang sebelum 2 ni..itu dalil mana plak?...
ReplyDeletecomment pun kena approval dulu nampak sangat takut...keris pusaka...perjuangan keris sekarang hanya milik UMNO..orang Melayu sekarang jadi malu nak guna walaupun cinta dan sayang dengan kaum sebangsa dan seagama hanya kerana orang UMNO guna keris untuk kepentingan politik sempit
ReplyDelete@anon 7:58
ReplyDeleteitu takpa....menentang kerajaan DAP kafir Harbi .... wajib kita tentang habis-habisan....ini aku cakap menentang kerajaan islam...jangan jadi cakap besar la...Guan Eng pun double standard haprak jugak ...bila nak demo dekat penang...suruh polis tangkap habis semua geng demo....bila dekat KL...marah polis pi tangkap geng demo BERSIH...apa punya KM nie...kat tempat hg tak boleh...tempat orang lain bleh plak...Macam tue ka pemimpin yang adil??
@anon 8:01
ReplyDeleteaku buat semua nie kerana aku tak mau statement bodoh dan sensitif timbul dalam ruang komen nie...nanti menyusahkan aku je...baik aku tapis dulu...