Monday, July 11, 2011

Ustaz Zamri TV9 Pun Join BERSIH jugak !!!



Foto diatas merupakan gambar Ustaz Zamri  Mari Mengaji di TV9 semasa dalam perhimpunan BERSIH 9 Julai baru-baru ini.Aku pun pelik kenapa la ramai pulak selebriti cuba nak menceburkan diri dalam hal-hal macam ini.Dulu,Wardina Safiyyah yang dihentam oleh pelbagai pihak kerana dikatakan menghadiri satu program bersama PKR dan menyokong mereka.Kini pulak Ustaz ini yang terkenal dengan trademarknya"Mantop" dalam program Mari Mengaji cuba-cuba nak terjun dalam hal-hal demonstrasi seperti ini.
Pada pandangan aku la, Sebagai seorang ustaz yang bertugas melalui ruang media bagi menyampaikan seruan dakwahnya kepada masyarakat seharusnya bersikap neutral dan tidak memihak kepada sesiapa kerana dikuatiri ia akan disalahtafsirkan oleh segelintir pihak bertujuan hendak merosakkan peribadi beliau.Jadi, sebagai seorang Da'ie ,ustaz mestilah sedia maklum dalam islam tidak ada sebarang dalil ataupun nas yang sorih yang membolehkan demonstrasi ini dihalalkan walaupun apa sekalipun tujuannya  tanpa melihat kepada cara dan bagaimana islam mengajar kita cara menegur pemerintah.Mengikut hadis Nabi, cara yang paling sesuai menegur atau membetulkan kesilapan pemerintah secara tertutup.Ini yang aku dengar dari beberapa orang ustaz dan guruku sendiri.
Aku pun malas nak ulas panjang sangat tentang hal ini kerana ustaz lebih tahu dan faham tentang maslahah ini.
Jadi pembaca nilailah sendiri apa akan jadi jika golongan ulama digunakan oleh puak-puak manusia yang bertopengkan syaitan ataupun dalam bahasa arabnya "As-syaitan linnas" dalam menghalalkan cara dan tujuan jahat mereka hendak menumbangkan pemerintah islam sendiri,Nauzubillahi Minzalik..moga-moga Allah menjauhkan kita dari petualang dan pengkhianat negara ini.

8 comments:

  1. aik?..ustaz zambri pun sokong peliwat.bia betik ustaz ni

    ReplyDelete
  2. tiba2 hilang ghairah tenguk ustaz ni.

    ReplyDelete
  3. Ustat tai kucing

    makan pun disuap UMNO and barisan

    ReplyDelete
  4. ustaz pun tak ada jaminan terlepas dari diheret tipu daya syaitan. syaitan yang kerumun ustaz lebih kuat dari syaitan yan kerumun kita yang jahil ni. Hanya Para Nabi shj yang tidak mampu di perdaya oleh syaitan.

    ReplyDelete
  5. para ustaz dan ulama' pun menyokong perhimpunan ini.
    ada sesetengah ulama' berpendapat perhipunan rakyat itu harus, provokasi itu yang haram. haram bagi pemimpin menghalang rakyat bersuara.

    bye.

    ReplyDelete
  6. Jangan maki hamun org.. kalau kita tak tahu kebenarannya... sekalipun kita tahu kebenarannya.. tetap juga tak baik maki hamun orang... takot2 dia atau kita mati dalam keadaan berdosa padanya... dosa ngan Allah bole minta ampun n bertaubat... dosa ngan manusia?? selagi org itu tak maafkan kita... selamanya itu kita berdosa dengan nya... bukan niat nak mengajar tuan2 yang sememangnya sangat pandai.. cuma berkongsi apa yang saya tahu.

    ReplyDelete
  7. @Anon 12:37
    Bila masa pulak aku maki Ustaz Zamri....aku cuma bagi nasihat ja....yang selebihnya pikir sendiri la...jangan nak putar belit...aku tau perangai juak-juak pakatan nie kerja nak pusing statement orang ja...lain kali baca bagi habis dulu...jangan hentam keromo ja...

    ReplyDelete
  8. Nabi ada bersabda jangan kita cerca sesama Islam justeru dia seorang ulama terpulang pada pendirian masing-masing yang UMNO kutuk PAS cerca Ustaz PAS , yang PAS menggelarkan Mufti perak macam-macam sepatutnya kita umat Islam bersatu , bersatu berkerjasama bukan berpuak-puak wallahua'lam

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.