Perhimpunan haram yang dirancang Sabtu gagal meraih sokongan orang ramai apabila sasaran penganjur perhimpunan, Bersih, sebuah badan tidak berdaftar, untuk mengumpul 100,000 penyokong tidak kesampaian apabila hanya 10,000 orang “turun padang” sehingga petang ini.
Ini memperlihatkan matlamat kumpulan itu kononnya untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil tidak mendapat sokongan rakyat sepenuhnya memandangkan mereka sedar akan tujuan sebenar perhimpunan itu yang lebih bermotifkan politik.
Pemerhati politik Dr Sivamurugan Pandian berkata selain itu, perancangan teliti polis juga telah berjaya mengawal perhimpunan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Kalau benar-benar rakyat menyokong dengan apa yang diperjuangkan Bersih ini, sudah tentu mereka juga akan hadir. Tetapi ia menjadi sebaliknya. Ini berbeza berbanding ketika reformasi pada 1998, Hindraf dan Bersih pada 2007 yang mendapat sokongan ramai ketika itu.
“Ini sekaligus menunjukkan sambutan kepada perjuangan mereka (Bersih) hambar kerana rakyat telah melihat apakah sebenarnya matlamat yang hendak dicapai oleh kumpulan – tidak ada,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang itu yang berada di Kuala Lumpur sejak Rabu lepas bagi melihat sendiri perjalanan perhimpunan itu berkata kegagalan kumpulan haram itu mengadakan perhimpunan adalah hasil perancangan strategik polis untuk mengawal kemaraan kumpulan tersebut.
Beliau berkata strategi kumpulan itu ialah dengan bergerak dalam kumpulan kecil dari beberapa lokasi bertujuan untuk mengaburi mata orang ramai supaya mereka dilihat lebih ramai daripada angka sebenar.
“Saya setuju bahawa gerakan dalam kumpulan kecil ini berjaya mempengaruhi minda dan mata supaya mereka ini nampak banyak. Sebenarnya saya tidak nampak pun orang Cina turun dalam perhimpunan ini, sebaliknya banyak di kalangan anggota PAS,” katanya.
Selain gagal meraih sokongan rakyat, Bersih juga gagal mewujudkan gelombang kuning apabila polis berjaya merampas baju-T berwarna kuning yang tertera perkataan Bersih sejak beberapa hari lepas sebelum perhimpunan itu diadakan.
Bersih juga hari ini mengaku gagal menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Bagaimana pun, Jawatankuasa Pemandu Bersih menerusi laman web rasmi mereka www.bersih.org menyatakan:”kita akan mengatur langkah sewajarnya untuk menyampaikan memorandum itu apabila keadaan kembali tenang.
“Perhimpunan hari ini tidak berakhir, ia merupakan satu daripada langkah yang panjang bagi pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia. Kempen akan diteruskan bagi mendapatkan pembaharuan dalam daftar pemilih, pembebasan tahanan dan bagi menamatkan gangguan pihak berkuasa,” kata laman web itu.
Sementara itu, menurut laman facebook Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mereka yang ditahan kerana menyertai perhimpunan itu mendapat layanan yang baik dan profesional dari polis.
Polis telah menyediakan beberapa keperluan seperti makanan, pemeriksaan kesihatan dan tempat bersolat untuk kumpulan yang ditahan.
-Bernama
Komentar KP: Dah terang lagi bersuluh....hanya rakyat yang pergi turun BERSIH jadi balaci ambiga dan anwar pandikutty...rakyat dah awal lagi beri signal tolak himpunan bodoh dan takdak hasil kepada rakyat...cuma tinggal rakyat yang masih tegar menyokong mereka sahaja yang turun.Bertempik la TAKBIR disana-sini sewaktu berdemonstrasi...tapi siapa yang paling ramai kena tangkap orang melayu juga...Cina ...India mna pi ...depa tak turun demo ka...kenapa melayu pakat jadi bodoh dan tak berfikir panjang dahulu??? Bila dah kena cekup sapa yang nak mai jamin hangpa semua...si ambabiga nie ka....dia pun dah kena cekup....Anuwar ka...dia pun duk buat-buat sakit macam nak mati kat hospital pantai ....sudah la...perjuangan yang hangpa perjuangkan hari ini sia-sia dan tidak memberi apa-apa kebaikan pun kepada rakyat.Kepada mahasiswa pulak, dengar cerita ramai mahasiswa turun berdemo bersama dan ada juga yang ditangkap,kepada tak kena tangkap selamatlah hangpa...kepada yang kena...sapa yang nak tanggungjawab???Macam mana pengajian hangpa.....dah la menyusahkan mak bapak tak pasai-pasai nanti kena "dismiss" atau kena buang dari Universiti. Jadi kesimpulannya, perhimpunan haram BERSHIT@BERSIH ini telah GAGAL tarik sokongan rakyat.
Mereka ini melayu yang tak kenang budi Melayu yang bangang, bagi pelajar biasanya pelajar yang hampir nak kena tendang elok jangan bagi mereka pijaman atau biasiwa, biar mak bapak mereka bayar. orang cina juga yang cekap tidak melibatkan diri.
ReplyDelete