Saturday, August 13, 2011

Rintihan Ustaz Nasrudin Tantawi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat


KUALA LUMPUR 11 Ogos – Selepas Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menjadi mangsa kecaman pemimpin Pas ekoran sokongannya terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini, nasib yang sama dipercayai menimpa Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar).



Nasrudin dipercayai menerima kecaman serta tekanan hebat daripada pemimpin Pas terutamanya golongan ‘Anwarinas’ iaitu kumpulan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tindakan itu dilakukan selepas Nasrudin mengeluarkan kenyataan keras kelmarin, bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan nyawa.


Ia diperkukuhkan lagi dengan status terkini Ketua Dewan Pemuda Pas itu di laman Facebooknya yang membayangkan beliau sedang ‘diserang’ apabila berkata: “Tidak mudah untuk kita memperjuangkan Islam. Kadang-kadang cabaran dalaman lebih perit dialami berbanding cabaran luaran. Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan,”.


Kelmarin, Nasrudin melalui laman blognya, http://www. eperjuangan.com, dilihat memberi ‘kejutan’ bermakna kepada pucuk pimpinan Pas yang sebelum ini takut untuk bersuara, apabila menyeru umat Islam bersatu di bawah payung akidah bagi memastikan tiada ruang yang membolehkan musuh Islam menyelinap masuk.


Lebih menambahkan kemarahan kumpulan ‘Anwarinas’ apabila beliau berkata: “Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,”.


Dalam pada itu, tidak cukup dengan status tersebut, Nasrudin juga dilihat cuba meluahkan tekanan yang sedang dilalui akibat mengambil pendirian berbeza berbanding pucuk pimpinan Pas, melalui satu lagi status terdahulu yang penuh dengan maksud tersirat.


“Aku cuba berlari di kaki pelangi, mengukur jarak berbanding masa. Aku cuba gapai warna-warni, akhirnya akur ditipu fatamorgana. Begitulah realiti sisa umur di alam ini. Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai, menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari, satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi,” katanya.


Sementara itu, cubaan Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan Nasrudin sendiri berhubung dakwaan beliau sedang ditekan dan dikecam oleh pucuk pimpinan Pas, termasuk apa maksud sebenar di sebalik status Facebook gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan.


Komentar KP: Begitulah cabaran seorang pejuang islam dan Daie' sejati ,adakala kita disanjung  dan dihormati tika kita dalam kesenangan ,Apabila timbul hal begini, persoalan jatidiri dan kepentingan diri menjadi cabaran bagi seorang Pemimpin dalam meletakkan kepentingannya utamanya dimana. Cabaran sebegini akan lebih mencabar jika mendapat tentangan dari dalaman sendiri.


Itulah asam garam perjuangan,selepas Dato' Dr. Hassan Ali kini tibalah waktu Ustaz Nasrudin pula dikecam oleh pimpinan PAS yang Pro Anwar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan berani mati untuk mempertahankan islam.Semestinya perkara ini tidak akan disenangi oleh rakan dalam selimut mereka terutamanya DAP yang kebanyakan  pemimpin beragama kristian yang sememangnya diketahui tidak suka dengan islam atau lebih tepat lagi anti islam.Mereka ini akan bermati-matian pertahankan pihak DUMC dan menyalahkan JAIS atas tindakan keatas gereja tersebut.


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. (Surah Al Baqarah :120)

Itulah harga yang terpaksa PAS bayar kepada pakatannya iaitu akan tunduk dan patuh sahaja atas apa yang diputuskan oleh Anwar dan DAP.Jika ada pihak dalam PAS yang cuba bangkit menentang pasti akan menerima nasib yang sama seperti Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasrudin.
Hj Hadi sendiri pun sebagai Presiden terpaksa berdolak dalik dengan kenyataannya yang akan meminta pihak JAIS dan DUMC memberikan kenyataan kepada pimpinan PAS sendiri demi hendak menjaga hati rakan dalam pakatan mereka.Beliau sanggup tidak percaya kepada kenyataan secara lisan oleh Dr. Hassan Ali berhubung kes ini dan masih mahu merujuk kepada pihak berkenaan padahal Dr Hassan Ali bertanggungjawab menjaga portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor.


Saudara Zulkifli Nordin dalam Perhimpunan Anti Murtad Dan Mempertahankan JAIS di Masjid Negeri Shah Alam membuat ucapan  merasa terkejut  membaca kenyataan merintih Ustaz Nasrudin Tantawi yang bukan terpaksa berdepan dengan musuh-musus islam dikalangan Al Kafirun tetapi terpaksa berhadapan dengan saudara seagama satu parti sendiri yang terdiri dari pimpinan atasan dan ahli yang menentang usaha Ustaz Nasrudin untuk bangun mempertahankan aqidah umat islam..


“Sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu mati dalam kekufuran, maka merekalah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat. Dan merekalah ahli Neraka yang kekal di dalamnya” - Surah al-Baqarah: 217.





Wallahu'alam Bi Sawwab 
Yang baik itu datang daripada Allah, Yang kurang itu datang dari kelemahan diri saya sendiri
~Salam Ramadan~



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.