KP terpanggil untuk mengutarakan pandangan mengenai isu fatwa larangan bacaan Al Quran sebelum subuh di corong-corong speaker masjid-masjid diseluruh negeri Pulau Pinang oleh pihak JHEIPP dan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang.Memang benar terdapat satu hadis Rasulullah S.A.W mengenai larangan Rasulullah S.A.W mengangkat tinggi suara ketika membaca Al Quran dikhuatiri akan mengganggu orang lain hendak beribadah.
Hadis Rasulullah dari Abu Sa'id al-Kudri..
"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: 'Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat’ (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)
Tapi Rasulullah S.A.W tidak pernah melarang terus bagi umatnya yang hendak membaca tetapi mesti perlahankan suaranya .Jadi tidak salahlah jika terdapat masjid-masjid yang memperdengarkan bacaan Al Quran sebelum subuh tetapi mesti memperlahankan suara bukannnya melarang terus .
Persoalannya kenapa pihak JHEIPP melarang terus dari membaca Al Quran dan bukannnya mengeluarkan arahan supaya diperlahankan sahaja suara dan bunyi bacaan!!
Adakah pihak JHEIPP mendapat tekanan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri??Sebenarnya kenapa isu Fatwa larangan ini ditimbulkan semasa isu murtad orang islam di DUMC sedang hangat diperkatakan dan menimbulkan ketegangan antara islam dan kristian.Mungkinkah kebetulan sahaja ataupun bertujuan hendak mengalihkan isu tersebut supaya orang islam bertelagah berkenaan hal ini.
KP ingin memetik pandangan sahabat KP @Media Permatang Pauh mengenai hal ini:
" Jadi kenapa pihak JHEIPP melarang terus bacaan Quran sebelum azan dan bukannya keluarkan pekeliling suruh perlahankan bunyi bacaan?
Macam mana pula dengan hadis dibawah ni...
Dari Abu Qatadah RA bahawa Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar RA yang bermaksud:
"Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu merendahkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku hanya memperdengarkan kepada Siapa yang aku bermunajat kepada-Nya. Balas baginda: Angkatlah sedikit (suaramu)."
Dan baginda juga bersabda kepada ’Umar RA yang bermaksud:
"Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu mengangkatkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku ingin membangkitkan orang yang mengantuk dan mengusir syaitan. Balas baginda: Rendahkan sedikit (suaramu).
Rasulullah saw sendiri suruh kita bersederhana didalam semua perkara.. Jadi sepatutnya suara bacaan Quran sebelum azan Subuh diarahkan supaya diperlahankan agar tak menganggu masyarakat sekitar.., bukannya melarang terus..
Jika mahu umat Islam bertoleransi dengan pihak kafir didalam menjaga masa tidur mereka, pihak kafir juga perlu menjaga sensitiviti umat Islam didalam menjalankan ritual agama dorang..
Gua ada kawan yang berjiran dengan kafir.. Dia mengadu yang terpaksa menghidu bau colok yang dibakar oleh jirannya hampir 24 jam..
Macam tu juga sahabat gua yang sorang lagi bila tinggal dikawasan perumahan yang tak jauh dari kuil.. Bau kemenyan gaharu yang dibakar setiap hari memang menganggu kehidupan..
Lim Guan Eng yang mengetuai portfolio Hal Ehwal Agama bukan Islam di Penang ni patut keluarkan larangan juga terhadap semua tu.. Itu baru ADIL !!
Kenapa pulak umat Islam saja yang kena bertoleransi tapi kafir di negeri ni buat bodoh saja bila ritual agama dorang menganggu kehidupan umat Islam?
Kalau hanya sebelah pihak saja yang bertolak ansur kononnya berlandaskan syarak.. Itu sudah tak adil beb..
So.., persoalan gua sekarang.., JHEIPP dibawah Exco Agama Negeri Malik Kassim ni jaga Umat Islam ataupun jaga kebajikan pihak kafir di Penang
Memang ada asas apa yang sahabat MPP katakan dan dia pun senada dengan KP tentang hal ini,
Justeru tindakan JHEIPP sepatutnya mengambil kira kepentingan islam dahulu dari orang bukan islam dan satu lagi adakah fatwa ini telah mendapat perkenan dari Yang Dipertuan Agong dan fatwa ini dilihat bertentangan dengan fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ,setahu KP Blog MIM telah membuat pendedahan tentang hal ini (Klik Sini).
p/s: Jangan pulak nanti Azan pula tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara masjid
salam ustaz, bagaimana pula dengan kerajaan melaka yang melanjutkan tempoh aktiviti pusat hiburan..kenapa kerajaan berdiam diri...masalah furu' yang berkaitan isu pembesar suara biarlah alim ulama yang menentukan.. siapa kita jika nak dibandingkan dengan jawatankuasa fatwa..apa yang ana lihat, masala furu' sering dijadikan isu? kenapa tidak membincangkan perkara asas seperti wajibnya menutup aurat namun perkara tersebut tidak diendahkan oleh masyarakat kita pada hari ini... (aku hanya insan kerdil)
ReplyDeleteUstaz faham tak ayat tu 'dengan menggunakan pembesar suara'. Bila masa pula dilarang baca Al-Quran.
ReplyDeletemmg betul ayat tu "mengunakan pembesar suara" tp x perlu di larang terus,kan lg elok kalau fatwa menyarankan mengunakan pembesar suara yg berteknologi tinggi yg sound nya lg merdu supaya x mengangu kententeraman org lain.(bg aku lg bagus pagi2 dengar bacaan ayat Al Quran yg indah,dan jiran aku cina pun suka sbb dia senang bangun pagi g jogging
ReplyDelete