Sedih melihat pemimpin yang kononnya hendak membela islam dengan darah dan nyawa kini telah putar 360 darjah kenyataannya dengan katanya akhbar lidah UMNO memanipulasikan kenyataannya.
Apa dah jadi kepada pejuang islam Nasrudin Tantawi nie?? Setakat itu sahaja ka perjuangan islam anta.
Takkan selepas diberi tekanan hebat oleh pimpinan tertinggi PAS dan sekutunnya terus tukar statement ,dimananya pendirian dia yang katanya akan terus mempertahankan aqidah umat islam dengan darah dan nyawa.Takkan hilang begitu sahaja???Kalau kata Utusan Malaysia menipu statementnya ,saman sahaja, tapi kenapa tiada tindakan terhadap Utusan Malaysia??
Jangan cuba nak berdolak dalik dengan kenyataan sendiri dan menyalahkan orang lain atas kenyataannya sendiri.
Inilah ciri-ciri seorang munafik yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis baginda:
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Ada empat perkara,sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen.Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu,maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik,hingga dia meninggalkannya.(Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat,apabila bercakap ia berdusta,apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran.(Menegakkan benang basah)".
(Hadis Riwayat Ahmad)
Apabila ia bercakap ia dusta,inilah orangnya...perjuangan islam yang hanya hangat-hangat tahi ayam
Tak guna belajar agama tinggi-tinggi tapi bila nak pertahankannya ,berdolak dalik sana sini menyalahkan orang lain dan sebagainya .Jangan hanya mengejar nikmat dunia, kuasa dan pangkat,itu tidak dipandang oleh Allah di akhirat kelak tetapi ketakwaan dalam diri dan semangat jihad pertahankan agamanya itu lebih menjadi keutamaan bagi Allah S.W.T.
Jangan takut kehilangan kuasa kerana pertahankan agama Allah S.W.T,itu lebih dipandang mulia disisi Allah dari terus membiarkan Islam dihina dan diperkotak-katikkan oleh orang bukan islam.
Berikut kenyataan 360 darjah beliau:
KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) kesal dengan manipulasi akhbar Umno, Utusan Malaysia yang disifatkan "membuat kesimpulan ikut suka dia" berhubung tulisan beliau bertajuk 'Pemuda PAS konsisten pertahan aqidah' yang disiar di blognya baru-baru ini.
Tulisan tersebut adalah pendirian Dewan Pemuda PAS Pusat berhubung pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor Jais terhadap satu majlis yang berlangsung di Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).
Utusan dalam laporan muka hadapannya hari ini menyimpulkan, Nasrudin dikecam hebat oleh pimpinan PAS ekoran tulisannya itu yang turut menyebut akan mempertahankan aqidah umat Islam daripada dirosakkan sekalipun dengan nyawa dan darah.
Akhbar Umno itu juga cuba membayangkan wujud percanggahan antara pendiriannya dengan keputusan PAS Pusat yang mahu mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak iaitu Jais dan pihak gereja.
Menjelaskan dakwaan itu kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata tindakan Utusan itu sengaja untuk melaga-lagakan pemimpim dalam PAS dan Pakatan Rakyat.
"Saya tidak bertanggungjawab dengan ulasan Utusan tersebut. Saya tidak pernah membuat kenyataan kepada Utusan, ini sengaja untuk melaga-lagakan.
"Cuba lihat kepala tulisan saya itu, saya nyatakan dengan jelas bersetuju dengan langkah PAS Pusat," katanya.
Perenggan pertama tulisannya beliau menyebut: "Setuju benar saya dengan pendekatan yang diambil oleh PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum membuat keputusan muktamad dalam menangani isu sensitif seperti ini. Sewajarnya PAS melangkah dengan penuh waspada sebelum mengambil apa jua pendirian setelah dilihat isu ini cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu bagi menangguk political millage dalam kekeruhan situasi yang dialami."
Menjelaskan maksud keseluruhan tulisannya yang juga disiar pada ruangan Kolum di Harakahdaily, beliau memberitahu pemuda PAS mahu menyatakan kepada rakyat bahawa mereka tegas untuk mempertahankan aqidah Umat Islam dari dirosakkan mana-mana pihak. - HaprakDaily
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.