Selepas satu masalah ,timbul lagi satu masalah membabitkan kemasalahatan umat islam dan agama islam sendiri di Pulau Pinang.Dahulunya, tentang isu pilihanraya masjid yang akan dibuat diseluruh masjid di negeri Pulau Pinang tetapi alhamdulillah berkat kebijaksanaan Tuanku Yang Dipertuan- Agong,beliau tidak benarkan pilihanraya berlangsung .
Kini isu paling HOT adalah larangan bacaan Al Quran menggunakan pembesar suara sebelum subuh di semua masjid di Pulau Pinang.Kenapa kini selepas lebih setengah abad mencapai kemerdekaan,baru hendak ditimbulkan perkara seperti ini???Dahulu Pulau Pinang dibawah BN tidak pernah ditimbukan hal-hal sebegini dan rakyat hidup dalam harmoni,kini setelah DAP Laknat ini memerintah,pelbagai pembaharuan cuba hendak dilakukan terhadap umat islam Pulau Pinang dan banyak menyusahkan umat islam.Kenapa DAP cuba nak masuk campur dalam hal ehwal islam???Apa hak engkau DAP sebuah parti yang memang sejak dari dahulu dilihat tindak tanduknya memusuhi islam dan berteraskan Malaysian Malaysia iaitu menyokong kesamarataan semua kaum yang memang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan hendak ikut campur dalam hal ini??.
Yang paling menyedihkan PAS sebagai parti yang kuat bertakbir kononnya berteraskan islam sebagai perjuangannya dilihat merestui segala tindak-tanduk DAP memperkudakan agama islam sesuka hati mereka sahaja .PKR pun sama naik sahaja, jadi TKM dan Exco hal ehwal islam pun jadi Kuda Trojan sahaja,dikudakan dengan rakusnya oleh DAP.
Mangsanya ialah umat islam Pulau Pinang.Dilema dengan pelbagai masalah dan pembaharuan yang dilihat tidak kena pada tempatnya .Kerajaan DAP Pulau Pinang pula sewenang-wenang menekan orang melayu islam dengan pelbagai tekanan sehinggakan membabitkan hal ehwal agama islam.Demo dilakukan disana-sini dek kerana ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran DAP Pulau Pinang dan hendak menuntut keadilan atas apa yang telah dilakukan terhadap mereka.
Berbalik kepada isu bacaan Al Quran tadi, KP nampak ada tangan-tangan jahat yang cuba mencari mileage dengan isu ini dari puak Melayu PR yang kononya menunjukkan mereka itu perjuangkan islam sedangkan isu itu dipolitikkan untuk kepentingan mereka .Mereka mengatakan bacaan sebelum subuh itu bising dan menganggu orang ramai tapi ia sebenarnya ada satu syiar dan medium dakwah secara tidak langsung kepada umat islam khususnya dan bukan islam amnya.Kalau ia pun nak melarang bacaan Al Quran kerana ada hadis Rasulullah melarang menguatkan suara bacaan,biarlah jika ada sesetangah kawasan ataupun ahli-ahli kariahnya hendak melaksanakannya, ia tidak salah bahkan akan menyegerakan seseorang muslim untuk bersiap sedia untuk mendirikan solat subuh .Tapi,lihat apa arahan JHEIPP terhadap semua masjid,larang terus bukannya optional ataupun pilihan oleh ahli-ahli kariah .
Dalam isu ini, kita perlu lebih terbuka dan bukannya menyempitkan pandangan dengan alasan-alasan yang skeptikal sahaja..Kita disini bukannya menidakkan Sabda Rasulullah dan kita menjunjung tinggi segala nas dan hadis yang sorih yang diwasiatkan kepada kita umat akhir zaman. Tapi dalam hal sebegini kenapa ia ditimbulkan ketika umat islam sedang menyambut bulan ramadan yang mulia ini!!Nampak seperti tidak kena pada tempatnya satu sahaja penyelesaian iaitu pihak majlis fatwa negeri perlu bermuzakarah semula dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak JAKIM dengan mencari persefahaman dalam menfatwakan sesuatu perkara yang dilihat kesannya yang amat besar kepada kemasalahatan umat kerana sudah menjadi kebiasaan sejak berpuluh tahun dahulu bacaan al Quran di bacakan atau dimainkan di pembesar suara masjid.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.