Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Permatang Pauh hari ini mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat sekitar kawasan tersebut. Walaupun hujan renyai-renyai yang turun semenjak awal pagi semalam, ia tak menghalang rakyat Permatang Pauh turun menyambut kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dianggarkan tak kurang dari 30 ribu masyarakat berbilang kaum dan juga peringkat umur memenuhi kawasan padang sekolah terbabit. Kesesakan jalan juga berlaku sepanjang 3 kilometer dari kawasan Sekolah terbabit walaupun ramai petugas dari Rela dan anggota trafik ditugaskan untuk memastikan pergerakan lalulintas lancar.
Kehadiran seluruh Exco kerajaan negeri P.Pinang meraikan Majlis Rumah Terbuka ini disifatkan oleh Datuk Seri Najib sebagai satu lambang perpaduan rakyat walaupun berbeza dari segi ideologi politik. "Inilah lambang sebenar gagasan 1 Malaysia yang kerajaan maksudkan" kata Perdana Menteri.
Majlis turut diserikan dengan tarian kebudayaan negeri P.Pinang disamping artis-artis yang diundang khas bagi memeriahkan program ini. Rata-ratanya rakyat yang ditemui amat bangga dan berbesar hati dengan kehadiran Perdana Menteri serta pemilihan lokasi Rumah Terbuka Aidilfitri di kawasan kubu kuat pembangkang ini.Untuk melihat foto-foto dimajlis itu Klik Sini

Sumber: UtaraNews.com
Komentar KP: Rupa-rupanya Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia mendapat sambutan diluar jangkaan oleh rakyat di Permatang Pauh ini.Nampaknya trend rakyat di sini sudah kembali menapak kepada BN jika dilihat dari sambutan yang menggalakkan oleh rakyat berbilang kaum di kubu kuat Ketua Pembangkang ,Anwar Ibrahim.
Disebalik keriuhan dan kemeriahan majlis ini, ada juga juak-juak pembangkang yang cuba membuat provokasi di luar kawasan sekolah ini yang boleh disifatkan sebagai anjing menyalak tidak bertuan.Dengan memakai baju T-Shirt Kuning BERSIH ,mereka cuba menjadi jaguh dan cuba membuat onar di majlis ini bertujuan memalukan PM.Tetapi diatas ketangkasan pihak polis dan pihak keselamatan,mereka ini dihalau dari kawasan tersebut dan sempat di boo teruk oleh rakyat disekitar kawasan luar sekolah tersebut kerana cubaan bodoh nak memalukan PM akhirnya diri sendiri yang malu.Itulah padahnya taknak berfikir panjang sebelum bertindak akhirnya terpalit ke muka sendiri.
PM dilihat amat berpuas hati dengan sambutan oleh rakyat di Parlimen Permatang Pauh dan ini bakal menjadi petanda pada PRU 13 akan datang bahawa bumi Permatang Pauh ini akan menjadi pusara buat PKR dan BN akan merampas kembali kerusi kubu kuat Ketua Pembangkang ini.
Ucapan Terima Kasih PM Kepada warga Permatang Pauh di Facebook beliau
Ucapan Terima Kasih PM Kepada warga Permatang Pauh di Facebook beliau
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.