Bagi menutup malu PAS kerana terhimpit dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja 3 Ogos lalu, Datuk Mustafa Ali cuba mengalih pandangan dan menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik isu itu. Bagi UMNO Selangor, ini satu pembohongan, dan sudahpun memulakan proses menyaman Setiausaha Agung PAS itu.
Dalam pada itu, seorang pemimpin PAS, Dr. Che Rosli Che Mat menyelar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana banyak mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng.
Che Rosli, seorang pakar sains nuklear, mendapati Fuziah menggunakan fakta palsu. Che Rosli juga mengkritik Harakah kerana menyiarkan laporan tidak benar. Tapi Penerangan PAS Pusat dan kalangan pemimpin PAS tidak senang dengan tindakan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat ini. Ini semua bermaksud apa? PAS lebih senang rakyat terus dibohongi dengan maklumat palsu daripada diberikan fakta sebenar.
Terbaru, Jamilah Abu Bakar, yang melihat ibu bapa dan adiknya ditembak komunis 61 tahun lalu, memberitahu bahawa Naib Yang Dipertua PAS Pulai, Zaaba Ibrahim, telah memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai kerajaan semasa melawat ke rumahnya Ahad lalu bagi pihak Mat Sabu. Jirannya, Mokhtar Jalok, 72, berkata pemimpin PAS itu berbohong kerana dia kenal Zaaba bukan kakitangan awam tapi peniaga besi buruk.
Jamilah dan keluarganya tidak mahu berjumpa Mat Sabu kerana sakit hati dengan pembohongan Timbalan Presiden PAS itu mengenai peranan dan jasa pahlawan Melayu yang menentang komunis. Mat Sabu berkeras mengatakan komunis adalah wira, seolah-olah polis dan tentera adalah tali barut British.

Sebelum ini, Mat Sabu terbabit dalam kontroversi pasca-Bersih. Dia mendakwa cedera dilanggar kereta polis. Rakaman polis yang ditonton jutaan penduduk Malaysia menerusi TV menunjukkan beliau tidak dilanggar kereta polis, malah jatuh longkang kerana motornya terbabas. Dia menafikan versi polis tapi ramai percaya dia berbohong.
UMNO tidak perlu berbuat apa sebenarnya. Sejak akhir-akhir ini, pemimpin PAS seperti Mat Sabu dan parti pembangkang lain bagaikan menggali kubur sendiri atas percakapan dan tindakan yang menyakiti hati rakyat. Episod terbaru ini pasti menyebabkan Pas kehilangan banyak sokongan dan undi orang Melayu.
Padahal PAS beria-ia benar mahu menggantikan UMNO sebagai parti tunggal orang Melayu dan pernah menguar-uarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri. Ini sekadar mimpi kerana Pas sudah menjadi parti terkecil dalam Pakatan Rakyat. Hakikatnya, populariti UMNO semakin melonjak dan PAS pula merudum.
Hari ini, UMNO mempunyai 79 kerusi di Parlimen, PAS hanya ada 24 sahaja. UMNO juga memenangi empat pilihan raya kecil berturut-turut, mengalahkan calon PAS di Galas (4 November 2010), Tenang (30 Jan. 2011), Merlimau (6 Mac 2011), dan Kerdau (6 Mac 2011). Undi yang PAS perolehi di DUN-DUN bermajoriti Melayu dalam Pilihan Raya Kecil 2010 dan 2011 semuanya semakin menguncup berbanding yang diperolehinya pada 2008.
Bilangan kerusi PAS di Parlimen adalah paling sedikit. Apabila bersekongkol dengan DAP dan PKR bermakna PAS tidak mungkin lagi dapat bertanding kerusi Parlimen yang mencukupi dalam pilihan raya untuk membolehkannya menjadi parti terbesar di Dewan Rakyat. Ini juga bermakna sampai bila-bila pun PAS tidak boleh menubuhkan negara berkebajikan. Inilah realiti yang harus disedari semua ahli dan penyokong PAS.
Ramai berkata, punca populariti PAS menjunam sekarang adalah kerana kerjasama politiknya dengan PKR dan DAP. Pemimpin PAS pernah menyatakan kesanggupan bekerjasama dengan sesiapa saja, waima syaitan, untuk menjatuhkan UMNO. Belum sempat berpakat dengan syaitan, baru dengan PKR dan DAP pun, PAS sudah longlai dan tidak konsisten dalam perjuangannya. Kerana mahu ambil hati kawan, PAS sanggup gadai prinsip perjuangan.
Kerana ingin mengecap sedikit kuasa, PAS tidak lagi mempertahankan konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak, judi dan rumah urut di Selangor. Untuk pilihan raya umum 2004 dan 2008, PAS tidak lagi mengangkat Dokumen Negara Islam seperti 1999, tapi menjunjung pula Buku Jingga, yang sarat dengan janji palsu yang tidak tertunai.
Janji palsu terbesarnya ialah hudud. PAS menentang UMNO di Kelantan pada 1990 dan Terengganu pada 1999 kerana tidak melaksanakan undang-undang Islam. Bila dapat memerintah, PAS memberi pelbagai alasan kenapa tidak melaksanakan hudud. Antaranya, sekatan Kerajaan Persekutuan, mahu memberi masa kepada rakyat terutama bukan Islam memahami konsepnya dan tidak cukup pelaksana seperti peguam dan hakim.

Sebagai Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi pernah berkata hudud tidak penting untuk dilaksanakan kerana ia cuma 0.00001 peratus daripada syariah Islam. Di muktamar PAS ke-57 lalu, dia baru sedar negara Islam tidak disebut dalam al-Quran. Dalam keadaan sekarang, kerana bersekongkol dengan PKR dan DAP yang sememangnya menolak undang-undang syariah, maka janji PAS ini tidak akan tertunai sampai bila-bila.
Dan dalam keadaan beginilah, bagaikan orang mabuk baru bangun tidur, PAS membuat kenyataan mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa. Dulu, PAS menolak hak keistimewaan orang Melayu.Untuk paparan selanjutnya Klik Sini

Sumber: medan-info-kita.blogspot.com
Komentar KP: "Rupa-rupanya hanya islam pada nama sahaja,Perjuangannya sudah jauh dari islam.Lebih baik jika tiada nama islam pada namanya,tetapi islam tetap terus kekal sebagai perjuangannnya sampai bila-bila ,barangkali itu lebih baik baginya"
Elok tukar PAS kepada PPP parti pembohong penipu pengkianat
ReplyDeletePAS ni pada saya ok...cuma PEMIMPIN2 nya sahaja yang HAMpas. Bila dah masuk kategori "hampas" paham2 jer la. Memang tak boleh pakai...ayam ngan itek pun tak sudi nak makan...Saya harap pengikut2 nya tidak terpengaruh dengan perjuangan yang di bawa oleh pemimpin2 mereka sekarang. Amin.
ReplyDeletesalam Mohon Umno laksanakan Islam dalam parti...seperti teguran untuk isteri xpakai tudung,mendedahkan dada dan sebagainya..
ReplyDeleteUstaz,Sarawak