Ada kalangan lebih 30 wartawan dan jurugambar yang rasa macam nak give up tunggu lama sangat mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut ,Kuala Lumpur Rabu malam.
Kesimpulannya ialah PKR-PAS–DAP terus bersetuju untuk berbeza dalam soal ideloji tentang isu berkenaan.
Kalau siang lain cerita.Ia bermula sekitar jam 9 malam dan berakhir lepas tengah malam.
Kerana mengenangkan ini mesyuarat penting dicelah kehangatan PAS dan DAP bertegang urat pasal isu hudud maka semua menahan sabar menunggu sidang akhbar selepasnya.
Harap-harap dapat penjelasan penuh dan dapat tembak segala macam soalan.Namun lain ceritanya.Sidang akhbar yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim cuma sekitar 10 minit.Sudah tu nak tanya lebih-lebih beliau potong kata dah malam sangat semua letih.
Hadir sama di sidang akhbar itu ialah Pengerusi DAP Karpal Singh.Sebelum ini beliau jarang hadir mesyuarat Majlis Pimpinan PR.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kata Kelantan tetap nak laksanakan hudud tidak hadir pada mesyuarat ini.Beliau diwakili oleh Exco Kerajaan Negeri Takiyuddin Hassan.
Isu hudud kembali hangat bila Karpal berentap dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana marah beliau membangkitkannya semula.
Malah beliau melepaskan kata-kata yang menyengat label Nik Aziz sebagai orang tua yang merengek cari perhatian.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menghangatkan lagi bila menegaskan seluruh pimpinan pusat DAP akan letak jawatan dalam parti jika hudud dijadikan sebahagian dari agenda PR.
Nyata apa yang muncul dari mesyuarat lebih tiga jam itu tidak menepati kata-kata Anwar sendiri sebelum ini bahawa mesyuarat berkenaan perlu mencapai satu konsensus pasal hudud.
Ikut ceritanya mesyuarat berlangsung hangat.Namun semua pimpinan PR yang hadir gam mulut tidak mahu cakap mengenainya.
Anwar memulakan sidang akhbar dengan membaca kenyataan enam perenggan yang nampak terlalu umum mengenai hal itu,seperti berikut:
Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini, sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.
Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.
Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.
Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat di samping menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.
Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak UMNO-Barisan Nasional untuk memecahbelahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.
Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh UMNO-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Segajat (Universal Justice) Pentadbiran Yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.
Kesimpulannya ialah PKR-PAS–DAP terus bersetuju untuk berbeza dalam soal ideloji tentang isu berkenaan.
Ibarat orang yang sudah tidak ada alasan lagi,katanya pakatan itu menghormati pendirian PAS dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.
Anwar yang biasanya suka melayan soalan untuk betulkan persepsi tentang PR nampak tidak berminat kali ini.
Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut beliau memberi jawaban yang berbelit merujuk balik kepada kenyataan enam perenggan itu hingga membingungkan kalangan wartawan.
Seperti biasa untuk bersilat beliau cuba mempersalahkan UMNO cuba pecahbelahkan PR.
Katanya PR tidak akan terheret dengan mainan politik UMNO-BN.
Seorang wartawan kedengaran berbisik kepada rakannya waktu itu, yang bangkitkan isu hudud ialah PAS dan yang menentang ialah DAP.
“Apa kena mengena UMNO?” katanya.
Ahli Parlimen BN kawasan Kota Belud ,Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam twitternya mengulas hasil mesyuarat PR itu berkata, "Finally, after a stressful day they made me laugh. Thanks anwar and pakatan. They r the best comedians" - Agenda Daily
Ahli Parlimen BN kawasan Kota Belud ,Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam twitternya mengulas hasil mesyuarat PR itu berkata, "Finally, after a stressful day they made me laugh. Thanks anwar and pakatan. They r the best comedians" - Agenda Daily
Komentar KP: Hudud...hudud....dan hudud, skrip yang mungkin tidak akan tamat kisahnya jika masih tidak dilaksanakan lagi. Pakatan Rakyat masih bermain tarik tali dengan isu hudud dan PAS ibarat orang bodoh yang menjadi pak turut sahaja akan kehendak Big Brother mereka DAP ,mereka lebih setuju kepada konsesus bersama dari melaksanakan hukum Allah ...Masyaallah...Wa Nauzubillahi Min Zalik...
Ibarat indah khabar dari rupa, akhirnya Pakatan Rakyat tidak bersetuju atas desakan Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat selepas mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat untuk menyokong pelaksanaan hukum hudud .DAP menjadi penyebab utama kerana mereka begitu menentang keras pelaksanaan hudud ini.Tetapi ,Pakatan Rakyat tetap menuduh UMNO /BN sebagai puncanya.
Selepas ini apa pula skrip yang akan dimainkan oleh PAS pula selepas skrip Hudud dikoyak-koyak oleh Pakatan Rakyat terutamanya DAP.Hj. Hadi mungkin masih kebingungan akan keputusannya yg dibuat bersama PR ini demi menjaga semangat persahabatan yg berbeza ideologi dan fahaman politik.
Kita tunggu dan lihat apa pula skrip yang akan dikarang oleh PAS pula selepas ini!!!!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.