KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan memohon untuk mengetepikan sapina yang menghendaki mereka menjadi saksi pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh.
Peguam mereka, Hisyam Teh Poh Teik, berkata beliau akan mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sedang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.
Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - BERNAMA

Komentar KP: Kalau PM layan jugak pak sheikh nie,alamatnya silap-silap dia kalih tuduh PM yang liwat saiful...hahah...pak sheikh yang sedap-sedap....tiba-tiba nak suruh orang lain yg tanggung...Piraaaaah...
Nasib baik PM bijak dan tidak mengikut rentak tari pak sheikh nie... Nampaknya habis la pak sheikh dah tak ada talian hayat dah....pihak pendakwaraya dah ada bukti yang sangat kukuh dan jelas...Jangan nak auta lagi la pak sheikh....tobat lahum la....dah tua dah..rumah kata pi kubur kat mai ja tue
PM tak akan masuk dalam perangkap yang sedang dipasang. Lebih baik beliau fokus kepada tugas negara yang lebih penting.
ReplyDelete