KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad mengaku menggunakan perkatan babi di Parlimen baru-baru ini.
Dzulkefly yang dikritik hebat kerana menggunakan perkataan tersebut memberitahu laman web The Mole, perkataan ‘memang babi’ yang digunakan beliau adalah ulangan selepas perkataan yang sama disebut oleh Ahli Parlimen lain.
“Secara jujurnya apa yang saya boleh ingat ialah saya hendak berdiri untuk bercakap, seseorang menggunakan perkatan babi, saya hanya mengulang apa yang diperkatakan, sebab itu saya menggunakan perkataan ‘memang’ pada permulaan ucapan saya,” katanya.
Dzulkefly menambah, beliau tidak ingat siapa yang mengucap perkataan itu mula-mula sekali atau ia sama ada ditujukan kepada dirinya atau kepada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.
Sebelum ini, seorang pengguna Twitter yang juga merupakan seorang penulis blog, @firdyfire mempersoalkan tindakan Dzulkefly menggunakan perkataan itu di Parlimen.
Beliau bagaimanapun pada awalnya cuba menafikan perkara itu dengan mendakwa ia satu penipuan dan hansard Parlimen belum dikeluarkan lagi ketika itu.
Penafian beliau itu mendorong beberapa pengguna lain untuk memasukan imej dan link ke hansard yang merakamkan kenyataan Dzulkefly itu.
Ketika ditanya penafian awalnya, Dzulkefly yang juga Pengarah Penyelidikan PAS berkata, beliau hanya ingat bahagian yang mana beliau memanggil Zulkifli penipu besar.
“Secara jujur, pada mulanya saya memang tidak ingat sebarang kenyataan selain memanggil Zulkifli penipu besar, bila saya ambil masa untuk mengingat kembali apa yang saya cakap, ketika itu baru saya sedar,” katanya.
Beliau juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin terasa dengan perkataan yang digunakannya itu.
Dzulkefly mengaku bukan cara beliau untuk memaki-hamun orang.
KOMENTAR KP: Dah memang perangai macam tue juak-juak pembangkang ,nak buat macam mana lagi!!!
"Dzulkefly mengaku bukan cara beliau untuk memaki-hamun orang".... terlajak kata ko ingat ko boleh under. hahaha.. dah kantoi nak cover pun boleh terlepas cakap. Selalunya kalo marah perkataan pertama itulah yg mengambarkan diri kita sendiri. tepuk dada tanya poknik.
ReplyDeletelu meme babi la...mari ajar puak pembangkang mengenai tatabahasa...
ReplyDeletepejuang hamas...