Monday, October 10, 2011

Kerajaan Batal Kenaikan Elaun Ahli Parlimen



Kerajaan Batal Kaji Kenaikan Elaun Ahli Parlimen
KUALA LUMPUR – Kerajaan pada Isnin menarik balik cadangan kenaikan gaji dan elaun bagi kemudahan 222 ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan penarikan semula cadangan berkenaan dibuat berdasarkan bantahan empat pemimpin utama pembangkang.
Menurut beliau, penarikan tersebut membabitkan peruntukan kira-kira RM30 juta daripada Bajet 2012.
“Cadangan kenaikan berkenaan dibantah keras oleh pemimpin utama pembangkang, jadi saya mengambil maklum bahawa mereka bercakap bagipihak ahli Parlimen lain daripada parti masing-masing.
“Jadi saya gagal untuk buktikan kepada Perdana Menteri bahawa cadangan ini mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli Parlimen sendiri,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.
Menurut Mohamed Nazri, empat Ahli Perlimen yang membuat bantahan keras berkenaan ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; SetiausahaAgung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun ahli Parlimen sekiranya mendapat sokonganpenuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan bebas. – mStar Online

Komentar KP: Nampaknya tak sempat la Ahli-ahli Parlimen Malaysia nak merasa durian runtuh oleh kerajaan.Dulu Pembangkang la yang paling lantang menuntut kerajaan mengkaji semula elaun ahli parlimen ,kini mereka pula yang tolak kononnya rakyat lebih memerlukan ,semua ini hanya nak cari populariti murahan sahaja.

1 comment:

  1. depa dah kaya...(kot?). elaun dulu tak habis makan. tak pa tengoklah sari dua lagi, mengelepiaq la puak tu. huhu... nak bagi tak mau, tak bagi keriau... apa daa!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.