Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.
Penulis lirik 'lagu berhantu' Isabella itu ditahan ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.Mereka dibawa ke balai polis berdekatan sebelum dilepaskan kemudiannya.
Turut ditahan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid itu hadir ketika majlis berlangsung.
Bob yang juga cicit ulama terkenal Kelantan Tok Kenali ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya malam tadi tetapi engan mengulas lanjut pada masa ini.
Ketiga-tiga mereka dijadual memberikan kenyataan kepada JAIS di pejabat agama daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini.-Malaysiakini
KOMENTAR KP: Tahniah atas tindakan pantas JAIS mengekang aktiviti ceramah agama yang berunsurkan politik ini dari terus berleluasa di sekitar negeri Selangor. Mereka engkar atas titah perintah Sultan Selangor yang melarang sebarang sebarang ceramah agama berunsurkan politik dan tidak mempunyai tauliah
dari pihak JAIS

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.