Tuesday, October 11, 2011

Wardina dikecam pertikai Yuran PIBG sekolah dan persekolahan anak menteri



Semuanya bermula apabila Wardina telah mengulang kenyataan yang dibuat oleh salah seorang peminatnya di laman Twitter berkenaan isu Yuran PIBG yang dikatakan agak mahal. Namun kenyataan yang di "retweet" oleh Wardina telah mendapat respon negatif dari kebanyakan pelayar Twitter termasuklah Ahli Parlimen Rembau, Saudara Khairy Jamaluddin.

Artis yang menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 tersebut juga dilihat telah mempersoalkan sama ada anak-anak Menteri didalam negara bersekolah di sekolah kerajaan. Kenyataannya itu segera dibidas oleh anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Najwa Muhyidin yang menyatakan beliau serta adik beradiknya semua bersekolah di sekolah kerajaan.

Ini menyebabkan Wardina bertanyakan sokongan peminatnya dan segera menyeru supaya semua anak Menteri wajib masuk ke sekolah kerajaan dan Universiti tempatan.



Kenyataan artis ini juga telah menjadi bahan utama blog-blog penyokong kerajaan untuk mengkritiknya. Blog empayar-pemuda.blogspot.com menyifatkan tindakan Wardina itu adalah signal untuk artis berkenaan bertanding di pilihanraya umum yang akan datang. Beliau turut mempersoalkan tindakan Wardina yang sering mengeluarkan kenyataan yang sering menghentam kerajaan.

Manakala blog yuseriyusoff.blogspot.com pula menyindir Wardina dan menasihatkan personaliti berkenaan supaya cermin diri sendiri dahulu sebelum membuat kenyataan yang bersifat provokasi terhadap pihak-pihak kerajaan. Penulis tersebut juga mengingatkan Wardina agar berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan.


Sebelum ini, Wardina juga pernah dikritik hebat didalam blog-blog politik apabila gambarnya didalam satu program ceramah Pakatan Rakyat tersebar di internet. Akibatnya, artis tersebut terpaksa "bercuti" selama hampir 2 minggu dari ke udara di rangkaian televisyen tempatan.
Sumber: UtaraNews.com


Komentar KP: Itulah jadi kalau menuduh tidak ada bukti ,mengata sesuka hati sahaja,kan dah kena kecam,behave sikit status update di laman sosial ,silap-silap haribulan boleh makan diri tau.jangan ikut sedap mulut ja dan jangan terlalu nak over sangat sampai nak tuduh yang bukan-bukan....

9 comments:

  1. semenjak dua menjak ni...aku dah meluat tengok muka wardina di tv3.. harap pihak tv3 tolong tukar pengacara lain .lagi pun pengacara yang banyak songeh macam wardina ni bukanlah bagus sangat membosankan lagi ada..

    ReplyDelete
  2. A Classic case of BEAUTY WITHOUT BRAIN, day in and day out she just read the tele-prompter and act as if she knows the world on her finger tips, Hence the RT incident, it is natural for her to keep putting her foot in her mouth these days...

    ReplyDelete
  3. Minah ini dari dulu sampai skrg...dr zaman separuh telanjang sampai bertudung mmg over sentiasa :D

    ReplyDelete
  4. wardina ni kan bagus kalau masa tsunami ni dulu ada di Acheh!!!hehehehe.....

    ReplyDelete
  5. dulu aku suka tgk rancangan pagi kat TV3 tp sejak dua menjak ni jika ada wardina.aku terus tutup sbb dah tak berselera lagi nk tgk.meluat sungguh tgk dia...bajet bagus..TV3 do something...ganti pengacara lain...

    ReplyDelete
  6. Siapa yang ada blog buat undian ,siapa menyokong wardina di keluarkan dari MHI, kami sama-sama mengundi. Dah dapat keputusan hantar memo kepada TV 3. Kita bagi dia title Minah Over. Ilmu sejengkal , ceritanya sedepa.

    ReplyDelete
  7. Dengan resminya kita bagi jolokan... Wardina Over. Ilmunya sejengkal ceritanya sehasta. Bloggers sediakan memo dan hantar ke Media Prima. Takkanlah Johan Jaafar nak pikul biawak hidup macam ni. Banyak lagi pengacara yang lain.

    ReplyDelete
  8. muka wardina macam CELAKA DAPig!!!!!!

    ReplyDelete
  9. anak menteri gi sekolah pun dia nak sibuk. suka hati dia orangla nak gi sekolah manapun. dia orang mintak duit mak bapak ko ke. bayar yuran pibg pun kedekut. inilah salah seorang bangsa subsidi. dah bagi betis nak paha dah bagi paha nak semua. aku dulau anak2 aku semua buku teks beli sendiri. segala yuran kena bayar. jadi AJK PIBG lagi banyak pengorbanan untuk sekolah dan anak2 kita. yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul. bukan asik nak makan suap je macam wardina ni. tak pernah suka tgok dia di MHI. macam bagus. ntah kriteria apa yang digunakan tv3 ambik dia pun tak tahulah. mungkin sebab dia dulu pelakon, model yang terkangkang sana sini. suka burukkan orang tp sendiri....sendiri mahu ingat la

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.