Thursday, October 27, 2011

Nik Aziz Taubat,Tidak Mahu Lagi Cakap Pasal Hudud


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) tidak mahu lagi bercakap dan menjawab soalan daripada media mengenai hudud bermula hari ini.

Malahan beliau turut mengumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai jurucakap rasmi mengenai isu hudud.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sekarang sudah sampai masanya untuk melaksanakan hukum tersebut dan bukannya hanya bercakap kosong.

"Saya sudah berjanji tidak mahu bercakap lagi mengenai hudud. Hanya Mohd. Amar seorang sahaja yang akan cakap mengenai hudud supaya tidak celaru.

"Zaman bercakap hudud sudah habis, sekarang masa bertindak, kita sudah buat jawatankuasa, biar jawatankuasa tentukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perlombongan Interbumi Mining Sdn Bhd dan penyampaian sumbangan sempena Aidiladha 2011 di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pihaknya tidak memberi tempoh masa tertentu kepada Jawatankuasa Pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan untuk menyiapkan kajian mereka.

Hari ini, Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Zaini Hassan dalam ruangannya Cuit membidas tindakan kerajaan Pas Kelantan yang hanya banyak bercakap daripada bertindak melaksanakan hudud di negeri ini.

Kelmarin, Kerajaan Pas Kelantan mengumukan pembentukkan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

1 comment:

  1. Apa lagi nak di katakan tentang bapak segala setan ni melainkan mintak tuhan turun kan balasan pada puak2 yg asyik mmpermainkan agama demi kelangsungan politik mereka...tak habis2 buat fitnah dan menuding jari pada UMNO...biarlah tuhan akan menghukum mereka...kebenaran tetap akan terbukti.....hudud hudud hudud tak buat juga...yg kena kencing rakyat....yg kena tuduh UMNO....tak apa lah kejatuhan mereka kian hampir...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.