Thursday, October 27, 2011

PANAS: Budaya Kristian Cuba Dibawa Mahasiswa !!! Nauzubillah

iiu student vigil 251011 07
Kebebasan Akademik yang dipinta tetapi budaya kristian yang ditonjol oleh mereka
Sekumpulan mahasiswa berhimpun di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak malam tadi bagi menuntut kebebasan akademik ekoran tindakan universiti itu terhadap pensyarahnya Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Walaupun hasrat awal untuk mengadakan demonstrasi, akhirnya kira-kira 50 aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menukar rancangan dengan mengadakan protes secara senyap.
Mereka mula berhimpun pada jam 8.35 malam, di perkarangan masjid kampus berkenaan, dengan menyalakan lilin dan mengangkat beberapa poster antaranya tertulis "Mahasiswa tuntut kebebasan akademik" dan "Bebaskan universiti dari cengkaman politik".

Woo...ini sudah lebih beb...KP ingat setakat nak pergi berdemo sahaja....yang nie siap-siap bawa lilin pula...kat UIA Gombak blackout ke bro...kalau tak yang pegang-pegang lilin sorang satu nie apahal pula..yang KP tahu yang ini merupakan amalan orang-orang kristian dalam agama mereka yang dipanggil "Candlelight Virgil" dan telah difatwakan larangannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Di mana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal agama Islam kali ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan pengenai penglibatan orang Islam dalam aktiviti Candlelight Vigil, di mana di dalam Muzakarah tersebut keputusan yang telah di ambil sebagaimana di bawah ini:

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara bukan agama Islam.

2. Candlelight Vigil mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan Agama Bukan Islam dan boleh menjejaskan akidah Umat Islam

1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.

Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim)

3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa'ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa'ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda "Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim).

 
Bukankah dengan cara yang tidak kena oleh mereka ini turut menyumbang kepada pembudayaan amalan kristian dalam kalangan orang islam dan paling menyedihkan dilakukan oleh mahasiswa islam sendiri.Jadi umpama sia-sia sahajalah usaha lebih 30 NGO islam berkumpul mengadakan Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober ,sabtu lalu yang menggagaskan 10 deklarasi mempertahankan aqidah umat islam akibat tindakan bodoh dan kurang matang mahasiswa yang berkumpul kononnya hendakkan kebebasan akademik.Renungkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud  yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”


KP berpandangan kemungkinan mereka ini (mahasiswa) cuba nak membawakan budaya yang mereka lihat di dalam Pakatan Rakyat yang suka menyalakan lilin akibat budaya yang diterapkan oleh Kristian DAP dan PKR dan akhirnya  orang islam sendiri akur dan redha atas amalan ini yang bertentangan dengan syarak kerana kita di dalam islam dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain.Ingat, kita jangan pernah redha dengan agama lain dan mesti yakin dengan keyakinan yang hakiki(haqqul -yaqin) terhadap islam seperti dalam firman Allah dalam Surah Al kafirun ayat 6 :

“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”

YB Nizar Jamaluddin bersama-sama DAP Perak menyalakan lilin  berkabung untuk kematian Teoh Beng Hock

Justeru ,tindakan sekumpulan mahasiswa ini berprotes sambil memegang lilin ibarat ritual orang kristian sebenarnya memalukan UIAM sebagai institusi pendidikan tinggi islam  yang terkemuka di dunia dan dengan campurtangan oleh orang luar terutamanya SMM telah mecalarkan imej islam yang dibawa oleh UIA sebagai wadah perkembangan ilmu duniawi dan ukhrawi pada umat islam. 

8 comments:

  1. masyat ALLAH......apa sudah jadi wahai Umat ku..Aqidah mu amat mudah di bolosi.....ayuh anak muda didikan PAS dan PKR..bangkitlah dari lena...di mana akidah anda yang berpndidkian tinggi????terbukti amat jelas memegang lilin amalam Kristian!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..kenapa ini terjadi...?????ALLAH HUAKHBARRR!!!!amat halus puak2 DAP merosakan akidah pemikiran orang melayu islam kita...!!!..ayuh...Bangkit perbetulkan Akidah anak melayu kita!!!!!!

    ReplyDelete
  2. rasanya diorang tak sedar apa yang diorang dah lakukan.... Astagfirullahhalazim....

    ReplyDelete
  3. Konon nak tunjuk pandai sangat padahal dangkal! Nih! Ambik cermin! Inilah yang dinamakan mahasiswa keparat!

    ReplyDelete
  4. kalau setakat PKR tu aku tak heran lah sebab PKR itu sendiri bukan parti Islam.

    ReplyDelete
  5. Kenyataan ini adalah tidak benar. Orang Cina, agama Buddha menyalakan lilin semasa orang meninggal dunia. Lilin ini mesti dinyalakan supaya orang mati dapat berjalan dalam cahaya. Tolong perbetulkan apa yang telah dinyatakan. Bukan agama kristian sahaja yang menggunakan lilin tetapi agama-agama lain juga menggunakannya untuk menandakan sesuatu kecuali agama Islam.Sila baca asal-usul sesuatu agama sebelum membuat komen. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Tok guru aziz barai kata boleh... anak buah ikut sahaja sebab duit upah dah habis dimakan...

    ReplyDelete
  7. tak kira la klu agama lain amalkan amalan ini, tapi sebagai umat islam,kita seharusnya tidak meniru atau menyerupai amalan khusus agama lain dikhuatiri akan merosakkan aqidah umat islam

    ReplyDelete
  8. Dah la buat salah, pastu bila ada org tegur bukan nak terima, bahkan mereka mati-matian menafikan perbuatan mereka itu salah di sisi agama. Tengok link ni.. http://www.facebook.com/groups/iiumonline/permalink/265438200159401/

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.