Friday, November 18, 2011

Gempar!!! Blogger Sebarkan Gambar Bogelnya Di Internet


Kaherah – Tindakan seorang pelajar universiti yang juga seorang blogger di Mesir, Aliaa Magda Elmahdy yang memuat naik gambar bogelnya dalam internet dengan alasan membantah halangan terhadap kebebasan bersuara di negara berkenaan, telah mengejutkan dan mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Aliaa, 20, memuat naik beberapa keping gambar bogelnya, sejak beberapa hari lalu dalam laman web Facebook, blog dan Twitter dengan menggelar perbuatan berkenaan sebagai `revolusi kebebasan’.

Ia menerima 1.5 juta pengunjung sejak gambar bogel itu disiarkan dan jumlah pengunjung laman webnya itu meningkat secara purata tiga pengunjung dalam masa dua saat.


Aliaa menerima pelbagai komen dalam blognya itu dengan kebanyakannya melahirkan rasa terkejut dan marah dengan tindakan yang tidak bermaruah itu.
Ia termasuk gelaran  pelacur murahan yang sakit jiwa, dan menggesa polis menahannya.

Dalam blognya itu, Aliaa yang menuntut di Universiti Amerika di Kaherah menggelar dirinya sebagai sekular, liberal, feminin dan vegetarian itu, mendakwa dirinya sebagai atheis sejak berusia 16 tahun.

Gadis itu juga turut mengecam wanita yang memakai hijab di Mesir dengan mendakwa mereka berbuat demikian kerana takut dipukul di khalayak ramai dan atas paksaan keluarga.

Aliaa mendakwa gambar itu diambil di rumah teman lelakinya, Kareem namun kemudian menukar kenyataan itu dengan menyatakan gambar itu diambil di rumah ibu bapanya beberapa bulan sebelum bertemu Kareem.

Pada mulanya gadis itu mendakwa sebagai anggota Pergerakan Belia 6 April Mesir, namun kemudiannya menarik balik kenyataan itu selepas pergerakan itu menafikan dia pernah menjadi anggota kumpulan itu.

Ingin lihat foto lagi ,sila ke uptomu.net

# Perghh....1.5 juta pengunjung ke blog tersebut dalam beberapa hari saja,kepada bloggers pembangkang yang nak naik pageview tue kalau nak try tue cuba la,nanti kami bloggers cytro  yang lain yang akan buat follow up and coverage terbaik punya..hahaha

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.