Saturday, November 19, 2011

Isu NFC: Kisah 3 Pakar Lembu PKR Yang Kantoi Bodoh


Isu NFC  yang difitnah oleh 3 ekor pakar lembu PKR nampaknya  jelas satu pembohongan & tuduhan langsung tak berasas . Apabila pihak  NFC memberi penjelasan sebenar yang disampaikan sendiri  oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail , baru kita nampak PKR selama ini telah berbohong demi memburukkan kerajaan .

Semua sembilan tuduhan berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang dilemparkan pembangkang terutama 3 ekor pakar lembu itu  dijawab  Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail ketika lawatan media khas ke NFC semalam .  Beberapa rakan blogger juga dijemput ke sana termasuk  GPB , tetapi tak   dapat pergi kerana ada urusan kerja .

GPB mengikuti berita sebentar tadi di TV serta laporan  akhbar hari ini berkenaan  isu  NFC . Apa yang menariknya perhatian GPB ialah  Dr Mohamad Salleh steady saja   menjawab satu demi satu tuduhan fitnah  dilemparkan  terutama yang dibuat oleh Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Ia  termasuk sekali fitnah PKR yang cuba spin untuk  mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil .



Ikuti 9 tuduhan fitnah PKR   & dijawab oleh pihak NFC 



Tuduhan pertama - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa tidak bercakap benar apabila menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta.

Mengulas perkara ini, Mohamad Salleh berkata, pengeluaran dana itu mempunyai dua tahap dan kedua-dua pemimpin itu berkata benar bahawa NFC hanya mendapat RM181 juta pada 2009.

Katanya, jumlah RM250 juta dimasukkan dalam Akaun Pinjaman Khas (SLA), tetapi proses pengeluaran baki dana memerlukan pengesahan dan perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman. 

Tuduhan kedua – harga seekor lembu NFC RM4,481, berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,700.

Katanya, tuduhan itu berikutan kegagalan memahami prinsip pengurusan akaun yang menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX) dalam harga seekor lembu. Ini menyebabkan perbelanjaan perjalanan dan utiliti juga dimasukkan dalam harga ternakan.

“Berikutan pengurusan akaun, lebih banyak lembu dijual, harga semakin rendah. Ini menyebabkan pada peringkat awal harga seekor lembu NFC adalah mahal,” katanya.

Bagaimanapun, perbandingan tidak boleh dibuat dengan lembu tempatan kerana ternakan NFC adalah antara 70 hingga 100 peratus lebih berat berbanding lembu tempatan.

Tuduhan ketiga – rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran NFC. 

Katanya, diskaun tiada kaitan sepenuhnya kerana Meatworks bersama 70 pembeli lain juga menerima diskaun sama daripada RFC dan jumlah RM2.9 juta itu sebenarnya diskaun dan promosi RFC kepada semua pembeli berdaftar.

Tuduhan keempat – NFC mencatat kerugian antara RM7 juta hingga RM11 juta pada 2009 dan akan menghadapi masalah menyebabkan kerajaan melupuskan pinjaman itu.

Menjawab tuduhan itu, Mohamad Salleh berkata, pandangan itu adalah rumusan tidak matang kerana perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan syarikat masih dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dalam tempoh tertentu menyebabkan NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman. 

“Perniagaan NFC sedang berkembang dan ini membolehkan harga seekor lembu diturunkan dan keuntungan meningkat. Dijangka syarikat akan mencatat keuntungan pada 2015 atau 2016. Oleh itu, menuduh NFC gagal adalah tidak adil pada peringkat ini," katanya.

Tuduhan kelima – dakwaan Rafizi dana disalurkan dari NFC kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC.

Beliau berkata, NMLC diwujudkan bagi membolehkan pengimportan lembu, penyembelihan dan pemprosesan diasingkan dari fungsi pengedaran dan peruncitan yang diuruskan RFC. 

“Tiada dana yang masuk dalam poket individu, terutama secara langsung dikaitkan dengan Shahrizat. Tuduhan berlaku penyelewengan dan ketirisan dana adalah fitnah kerana semua pelaburan dibuat atas nama NFC dan NMLC," katanya.

Tuduhan keenam – pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta, bagaimanapun dakwaan mengatakan RM9.8 juta diseleweng untuk tujuan itu yang tiada kena mengena dengan industri ternakan lembu.

Katanya, pembelian kondominium itu dibuat Lembaga Pengarah kerana ada dana yang tidak digunakan untuk projek pusat penyembelihan yang tertangguh disebabkan faktor bukan kesalahan NFC.

“Sebenarnya menempatkan dana itu dalam simpanan tetap adalah kurang kontroversi, tetapi tidak memberi hasil sepatutnya kepada syarikat melalui dana sebanyak itu.

“Kondominium itu diberi diskaun 20 peratus dengan jaminan sewa sebanyak RM30,000 sebulan yang dikreditkan dalam kumpulan NFC. Katakan memasukkan RM13.8 juta dalam simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus akan memberi pulangan sebanyak RM379,500.

“Sewa pula memberi pulangan RM360,000 setahun. Oleh kerana hartanah ini dibeli 20 peratus lebih rendah berbanding nilai pasaran maka diandaikan jika hartanah ini dijual semula pada harga pasaran, maka akan ada tambahan RM2.76 juta bersama sewa setahun RM360,000,” katanya.

Ini bermakna, jumlah keuntungan adalah RM3.12 juta, iaitu lebih tinggi 22.6 peratus dalam tempoh setahun berbanding simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus.

Selain itu, katanya hartanah itu adalah atas nama syarikat dan tidak akan memberi kelebihan atau kekayaan kepada individu persendirian.

Tuduhan ketujuh – dakwaan NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.

Mohamad Salleh berkata, sebenarnya NFC mendapat pinjaman bukan geran dengan pinjaman mesti dibayar balik seperti mana-mana pinjaman komersial lain.

Selain itu katanya, NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan.


Tuduhan kelapan – perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 sedangkan hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.

Katanya, setakat ini perbelanjaan itu hanya kira-kira 0.3 peratus daripada RM250 juta, iaitu suatu jumlah kecil berbanding nilai projek.

“Pada peringkat awal NFC, pengurusan syarikat perlu pergi ke Australia untuk berjumpa perunding dan juga membeli lembu. Perbelanjaan begini memang dijangka dan dimasukkan dalam bajet,” katanya.

Tuduhan terakhir – Rafizi mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.

Katanya, NFC tidak wujud pada 2006 dan jika tentangan itu adalah berdasarkan daya maju syarikat itu, mereka tidak sepatutnya terlalu banyak merujuk kepada personaliti, tetapi terhadap daya maju syarikat.

“Ini menunjukkan secara terang-terangan serangan terhadap menteri, malah keluarganya,” katanya.

Anda boleh nilai sendiri penipuan 3 ekor Pakar lembu PKR ini terutama Rafizi Ramli yang dikatakan paling cerdik antara semua depa.  NFC tak wujud pun masa 2006 pun Rafizi dah tipu bahawa dia  telah jumpa pegawai kementerian . Pegawai mana yang  dia jumpa ?  Nampak jelas semuanya satu tuduhan fitnah oleh mereka .

GPB cuma harap sangat pihak  NFC kalau boleh  saman terus kaki fitnah PKR terutama Rafizi kerana tuduhan jahatnya jelas telah memburukkan keluarga  Datuk Seri Shahrizat dan NFC 

Sumber: Generasi Pejuang Bangsa

#Akhirnya tembelang 3 pakar lembu PKR untuk memperdayakan rakyat mengenai kononnya berlaku penyelewengan dalam National Fidlot Corporation sememang fitnah dan pembohongan yang keterlaluan.Kini semua persoalan sudah terjawab dan NFC sedang menunggu masa sahaja untuk mengheret 3 badigol pakar lembu PKR itu ke Mahkamah untuk tindakan undang-undang kerana menabur fitnah dan mengemukakan maklumat-maklumat yang tidak betul dan salah mengenai NFC.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.