Tuesday, November 29, 2011

Maya Karin Teruja Lakonkan Babak Ranjang Dengan Aaron Aziz


Maya Karin Teruja Adegan Di Ranjang
Untuk seorang yang terbabit dalam bidang perfileman, pasti mahu mencuba pelbagai watak bagi memastikan dirinya benar-benar layak bergelar sebagai seorang pelakon yang hebat.
Begitu juga dengan Maya Karin apabila dia digandingkan dengan Aaron Aziz dalam filem ‘Ombak Rindu’.
Dalam salah satu babak filem berkenaan, dia perlu membawa watak di ranjang atau atas katil.
Walaupun agak kekok pada asalnya, namun Maya tetap juga berjaya memenuhi kehendak Pengarah, Osman Ali.
“Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,” katanya.
Aktres berusia 32 tahun itu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pra-tonton “Ombak Rindu” baru-baru ini.
Menurut bebrapa pihak termasuk pengkritik, gandingan Maya dan Aaron dalam filem berkenaan merupakan yang terbaik untuk ditonton.
Keserasian dan kemesraan yang ditonjolkan begitu menyerlah sehingga sesiapa yang melihat pasti mencemburui kasih sayang antara Maya dan Aaron dalam filem berkenaan.
Mengulas mengenai gandingannya bersama aktor pujaan ramai itu, aktres “Pisau Cukur” itu memuji tahap profesionalisme yang ditonjolkan oleh Aaron.
“Seronok berlakon dengan Aaron. Seperti peminat lain, dia juga merupakan hero kegemaran saya. Dia seorang yang profesional dan menghormati saya. Ketika di set penggambaran, dia tahu bila masa yang sesuai untuk bergurau dan juga bila saya perlu dapatkan mood,” katanya.-MyNewsHub
# KP teruja baca kenyataannya " Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan lancar selepas lakonkan adegan ranjang".Perlu ke kata "Alhamdulillah" ??Musykil tengok kejahilan artis hari ini yang tidak boleh menilai lakonan babak tersebut  itu contoh maksiat atau tidak.Walaupun lakonannya itu sebagai lakonan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami ,namun tidak perlu lah dimention kan "syukur Alhamdulillah "itu kerana ia mungkin orang diluar sana bakal salah anggap akan kenyataan ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.