Tuesday, November 29, 2011

Parti Zaid Ibrahim Mula Melacur Menjelang PRU-13

Tindakan parti KITA pimpinan luncai buangan PKR ,Datuk Zaid Ibrahim untuk membuka peluang kepada pemimpin-pemimpin BN yang tidak tercalon untuk bertanding di DUN mahupun Parlimen pada PRU-13 adalah dilihat tindakan terdesak parti itu yang kekurangan pemimpin dan ahli politik yang berwibawa dan bijaksana dalam berpolitik.Tindakan mereka yang mempelawa mana-mana pemimpin parti BN yang tidak tercalon menunjukkan BN merupakan sumber dan lubuk pemimpin yang berkualiti untuk rakyat.

Tidakkah kita terfikir kenapa pimpinan parti KITA tidak mempelawa pemimpin-pemimpin parti dari Pakatan Rakyat untuk bertanding diatas tiket mereka??Parti KITA kini sudah dilihat seperti pelacur jalanan yang sanggup menerima sesiapa sahaja untuk bertanding mewakili suara mereka.

Tetapi,kita yakin bahawa pemimpin -pemimpin BN tidak akan mengkhianati dan menentang parti kerana mereka kini sudah yakin akan segala transformasi kerajaan dan politik yang dibawa oleh Najib akan membawa negara ke arah lebih maju dan terus kehadapan.


Kita bakal letak calon pemimpin BN? 

PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) menimbang untuk meletak pemimpin Barisan Nasional (BN) yang terpinggir sebagai calon parti itu dalam pilihan raya umum akan datang (PRU13). 

Keputusan ini berdasarkan tindakan beberapa pemimpin Umno, MCA dan MIC yang terpinggir menghubungi Kita untuk tujuan berkenaan, kata Pengerusi Kedah Zamil Ibrahim. 

“Pemimpin Umno dan BN yang merasa terpinggir sila hubungi Kita kerana kami menawarkan peluang dan tempat kepada pemimpin yang merasakan mereka masih berpengaruh,” katanya. 

Kita dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri BN dan naib presiden PKR sebelum meninggalkan parti itu tahun lalu. 

1 comment:

  1. APA LA PUNYA KOMAN PARTI NI!!!... SAMPAIKAN CALON PUN NAK AMBIK BN / UMNO PUNYA... BAIK TAK PAYAH ADA PARTI.. BUAT PARTI BEBAS JER LAA

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.