Alhamdulillah, fenomena aneh ini berlaku di Pejabat Perhubungan Umno Negeri Kelantan, disini dapat kita lihat sebilangan besar rakyat Kelantan sudah menukar corak politik mereka kerana selama ini mereka merasakan tertipu dengan semua janji-janji manis Pas kepada mereka.Sungguh aneh, Jadi Nik Aziz tidak perlulah hairan setelah penjelasan ini GK berikan. Jika dahulu sangatlah sukar untuk melihat hadirin memenuhi ruang pada mana-mana majlis yang dianjurkan oleh Umno. Sikap PAS sewaktu ketika dahulu yang menuduh penyokong Umno adalah kafir disebabkan Umno berkongsi kuasa dengan MCA akhirnya memakan diri mereka sendiri kerana mereka juga sedang berasmara dengan DAP.
Dikalangan dari mereka yang hadir ini menyatakan dahulu mereka terlalu taksub kepada Pas sehingga menyebabkan terputus hubungan kekeluargaan hanya kerana berbeza fahaman politik. Mereka percaya sungguh dengan tuduhan Pas terhadap orang yang menyokong Umno adalah kafir. Tapi setelah Pas menjalinkan hubungan dengan DAP mereka mula merasa sangsi dengan perjuangan PAS. Klik sini untuk paparan seterusnya
Sumber : Gelombang Kick
Komentar KP : Melihat daripada jumlah hadirin yang begitu ramai hadir dalam gambar ini jelas menunjukkan sokongan besar rakyat Kelantan sudah kembali kepada UMNO dan Slogan Gelombang Merah UMNO Kelantan bakal menjadi kenyataan melihatkan kepada sambutan hebat rakyat Kelantan di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan.
Mungkin seperti kata blogger Gelombang Kick,rakyat Kelantan telah tertipu dengan permainan politik PAS yang mempergunakan Islam untuk kepentingan mereka dan membiarkan rakyat kelantan hidup dalam kedaifan akibat kurangnya pembangunan dan ekonomi yang pesat di kelantan.Masalah air di Kelantan sehingga ke hari ini masih lagi belum selesai dan rakyat kelantan perlu menunggu lebih 15 tahun lagi untuk keperluan air yang baik dan mencukupi.
"Ambo malu dengan rakyat ambo" |
Sepatutnya Nik Aziz perlu malu dengan rakyat Kelantan kerana gagal menjadi seorang MB yang menjaga kebajikan dan keperluan rakyat di Kelantan.Sudah tiba masanya rakyat Kelantan menongkah arus memilih kerajaan yang lebih bertanggungjawab kepada rakyat pada PRU akan datang.Tidak guna Nik Aziz menangis lagi,gambar diatas cukup sudah menjadi saksi.
LOL.. thank god it is 2011.. or else.. this is totally sucks..
ReplyDelete