Penasihat DAP, Lim Kit Siang hanya layak menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri jika pelantikannya diputuskan hasil pemuafakatan semua parti dalam pakatan pembangkang.
Justeru Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, sesiapa sahaja termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak membuat ketetapan itu jika tiada kesepakatan dibuat dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu.
“Sesiapa saja termasuk beliau (Anwar) tidak berhak isytiharkan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika kita (pakatan pembangkang) menang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
“Lainlah jika sudah ada muafakat dan semua parti dalam pakatan pembangkang bersetuju untuk lantik beliau (Kit Siang) jadi Timbalan Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pendiriannya sebelum ini yang tidak bersetuju dengan tindakan Anwar menamakan pemimpin DAP itu sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya mentadbir negara.
Harun tetap dengan pendiriannya berhubung isu itu walaupun bercanggah pendapat dengan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob yang bersetuju Kit Siang dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu yakin semua parti dalam pakatan pembangkang termasuk Pas akan dapat menerima pelantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pelantikannya mendapat persetujuan semua pihak dalam pakatan itu. UM
**KALAU KIT SIANG JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI, HADI AWANG JADI APA PULA?...PKR JADI PERDANA MENTERI, DAP JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI, PAS JADI?? MALANG SUNGGUH NASIB PAS WALAUPUN MEMPUNYA SOKONGAN ORANG MELAYU TERBESAR DALAM PAKATAN HARAM.....
Sumber : Empayar Pemuda
Komentar KP: Sampai bila nak jadi kuda tunggangan sahaja,PAS perlu berbuat sesuatu jika hendak melihat survival parti mereka terus relevan dengan politik semasa,asyik tunduk dengan kehendak parti lain ibarat PAS ini bacul dan penakut sahaja.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.