Biarpun UMNO dan BN tidak melaksanakan hukum hudud di dalam negara ,itu tidak bermakna Chua Soi Lek secara sembrono boleh menghina hukum hudud yang jelas tercatat di dalam Al Quran.Pegangan kami para blogger sangat jelas, akan mempertahankan agama,bangsa dan negara kami.
Apabila ada pihak mahu memburuk-buruk hukum Allah yang sangat sempurna,kami para blogger akan bangkit pertahankannya.Kami tidak akan kata betul jika perkara yang dilakukan itu salah meskipun dilakukan oleh pemimpin dalam BN.Berbeza dengan penyokong totok pakatan rakyat yang mengiakan sesuatu perkara itu benar meskipun tahu benda salah dan tidak betul serta fitnah semat-mata.Membenarkan orang bukan islam membaca Al Quran walaupun salah bacaan tajwidnya dan membiarkan ayat-ayat Allah diperkotak-katikkan itu bukan budaya dalam UMNO dan BN seperti mana PAS yang menghalalkannya demi undi bukan islam.
Jangan kau punahkan harapan Datuk Seri Najib dalam mengtransformasikan negara dengan hinaan engkau terhadap hukum-hakam agama kami.Fahamilah dengan lebih mendalam akan hukum hudud ini sebelum engkau keluarkan kenyataan sedemikian kerana ia bakal mengguris hati-hati kami orang islam .Ulama-ulama UMNO perlu segera memperjelaskan isu hudud ini secara holistik dan lebih baik kepada bukan islam didalam BN supaya perkara sebegini tidak diulang-ulang kerana ia bakal menjadi peluru-peluru hidup oleh pembangkang untuk menghentam UMNO dan BN.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.